BAB 33

8 0 0
                                    

Buntu. Benar-benar buntu. Tumbukkan kecil naik turun menghentak meja. Melabuhkan dagu di hujung meja. Kelopak mata menutup cahaya. Dalam kegelapan dia mahu cari jalan penyelesaian. Namun tidak ditemui. Diangkat kelopak mata. Ditampar cahaya kenyataan. Dia jadi gelisah. Jadi resah. Apa harus dia buat? Apa?

Dia cinta Ilqis, bukan Aylin. Aylin hanya tunang cabaran dia. Itu saja. Tapi, mama nak Aylin. Tak nak orang lain jadi menantu dia. Hanya Aylin. Itu masalahnya.

Ian lepas keluhan. Menyandar. Meraup wajah. Dia kena dapatkan kekuatan kalau dia mahu Ilqis dan dalam masa yang sama, jaga hati mama. Di kanan ada mama. Di kiri ada IIqis. Di tengah ada Aylin. Arg, Aylin. Pengacau kebahagiaannya.

Meluru masuk Dato Hanan tiba-tiba. Mana tajam melihat Ian.

"Ian sepatutnya buat temujanji dengan Futoshi semasa dia berada di Malaysia. Kenapa tak buat?"

Dato Hanan menegur anaknya dengan nada marah. Dia tidak faham mengapa Ian tidak mengambil peluang untuk berjumpa dengan Pengurus Besar syarikat Jepun yang berminat meluaskan perniagaan mereka ke Malaysia. Sudah berkali-kali dia mengingatkan Ian tentang peluang ini.

"Ya Allah, Ian lupa papa." Ian menepuk dahi. Sungguh, dia tak ingat langsung.

"Ian, papa tahu Ian ada masalah, tapi Ian tu CMO syarikat. Papa bergantung pada Ian sepertimana semua pekerja syarikat bergantung seratus peratus dekat kita untuk majukan syaikat ini. Kalau mereka bekerja keras untuk majukan syarikat, apa hak Ian nak buat sebaliknya. Ingat, kita cari rezeki bukan untuk keluarga kita saja. So don't be selfish!"

"Ian minta maaf, papa." Ian berdiri. Kedua-dua tangan dah ke belakang.

"Inilah yang papa tak suka. Bila ada Ilqis, Ian hilang fokus kepada kerja." Keluh Dato Hanan. Kecewa dengan sikap anaknya.

Ian tunduk. Mengakui kata-kata daddy. Ilqis boleh buat hidupnya tidak keruan sama saja seperti dahulu.

"Papa nak Ian ke Jepun jumpa Futoshi hujung minggu ni. Cuba sedaya upaya dapatkan peluang untuk bekerjasama dengan mereka."

"Tapi papa, Ian dah buat rancangan nak teman Ilqis dan Auntie Deniz ke Phuket."

"Cancel it! Papa rasa Ian dah banyak habiskan masa dengan mereka. Ian jangan lupa Ian tu tunang Aylin bukan Ilqis. Dulu Ian bukan main marah bila terima gambar Aylin dengan lelaki lain. Sekarang apa yang Ian buat lebih teruk dari itu. Dah tak tahu beza halal dan haram." Bentak Dato Hanan. Tidak setuju dengan kelakuan anaknya.

Ah, sakit! Papa seperti baling pisau tepat kena dadanya.

"I love Ilqis, pa."

"So, dunia Ian kena berputar sebab itu sajakah? Selama IIqis di Italy, Ian ok saja. Ian ada kehidupan Ian sendiri, begitu juga dengan Ilqis. Jangan jadikan cinta itu satu issue yang mengikat hidup Ian sekarang."

"Ok pa." Ian tidak berani kata lain dari itu. Tidak boleh ambil risiko menambah kemarahan papa.

"One more thing, jangan ignore Aylin. Aylin don't deserve your cold shoulder. It's not totally her fault both of you got engaged. Aylin tunang Ian, bukan Ilqis, Ingat tu!" tukas Dato Hanan sebelum keluar.

Dia begitu kecewa dengan sikap anaknya. Orang yang terlalu kemaruk cinta tanpa menggunakan akal, tidak akan ke mana pun. Hanya menyusahkan diri sendiri.

Terduduk Ian. Papa memang jarang marah tapi kalau dah marah, memang papa tak kan give in punya. Baik diamkan saja. Tapi apa yang papa kata tentang layanannya terhadap Aylin, memang betul. Sejak Ilqis muncul, dia langsung tidak kontek Aylin. Sejujurnya, dia anggap Aylin seperti punching bag. Tempat lepas geram. Terutama, bila mama senaraikan perbezaan Aylin dengan Ilqis. Semua tentang Aylin positif. Kalau Iqlis, semua negatif. Bagi mama, Iqlis bukan gadis timur lagi, tapi gadis yang terlalu ikut budaya barat. Kadang-kadang terlebih barat daripada orang barat. Ah, merana badan begini.

Duel CintaWhere stories live. Discover now