Aku dan Ian bertunang seminggu selepas kedatangan Dato Hanan ke rumahku. Majlis kecil saja di kalangan keluarga terdekat. Tapi itu tidak bermakna kami luangkan masa untuk kenal hati budi satu sama lain selepas itu. Masing-masing buat hal sendiri. Bayang-bayang kami tidak mungkin bersatu. Emm?
Aku sekarang sibuk mencari tempat untuk buat praktikal. Kawan-kawan sekuliah yang lain ramai yang dah dapat. Aku dan Emeera saja yang masih mencari. Hari ni kami buat keputusan untuk Google lagi. Duduk melepak atas katil aku.
"Eh misi, kenapa tak tanya saja dekat tunang kau? Dia kan orang bisnes. Manalah tahu dia boleh rekomen tempat praktikal kat kita." Ngomel Emeera.
Dia dah baring. Dah bosan nak mengadap komputer.
"Nope. Aku tak nak dengar sindiran dia."
Aku ikut Emeera baring. Bukan Emeera saja yang buat cadangan begitu, ibu aku juga buat cadangan yang sama. Nasib baik abah tidak galakkan. Abah kata jangan mula berbudi dengan tunang sendiri, takut tergadai body. Body anak dara Amirul kan mahal? Hehehe. Itu cakap abah. Jadi jangan marah aku.
"Dengar sajalah misi. Masuk telinga kiri, keluak telinga kanan. Yang penting kita ada kerja."
"Tolong sikit, telinga aku bukan pintu keluar masuk hembusan angin Mr Dumbo tu! Telinga aku ada kelas tersendiri."
Aku bangun. Ambil telefon pintar aku yang sedang berbunyi. Siapa pula hantar mesej?
Encik Tunang? Eh, kami panggil dia masuk set kah? Tiba-tiba saja mesej aku. Nak apa?
Mesej dia - Saya on the way. Tunggu saya kat bawah. Saya nak bawa awak keluar. Bawa kawan. I bringing my friend along.
Biar betul? Boleh aku balas, aku tak nak? Tapi mesti ada hal penting hingga sangup Mr Dumbo tu drive sampai sini. Kawan dia ni, kekasih hati dia? Dia nak putus pertunangan kami? Really? Wah, ini memang bagus! Melantun semangat aku nak jumpa dia. Let get this over with!
Sekejap, aku nak bawa siapa? Anak mata aku zapp dapatkan jawapan. Emeera! Perfect untuk misi ini. Aku bagi Emeera baca mesej Ian. Apa lagi Emeera kernyeh.Willingly semawa diri nak ikut. Bagus juga. Emeera boleh jadi bodyguard aku walaupun skill mempertahankan diri dia memang tak ada. Menjerit minta tolong bolehlah kot.
Jadi, kami pun tergesa-gesa bersiap. Dah siap, perlahan-lahan turun ke tingkat bawah. Tidak mahu tarik perhatian kawan-kawan satu asrama. Sebaik saja kereta Ian berhenti di depan kami, aku dan Emeera terus masuk. Kami berdua duduk di belakang. Ian tidak datang seorang, dia bawa Zamir. Bukan kaum hawa tapi kaum adam seperti dirinya. Frust!
"Hai, Aylin. Ini siapa?" tanya Zamir mesra.
"Emeera, kawan sebilik saya."
Aku dah tak kekok dengan Zamir sebab Zamir antara insan yang sibuk semasa majlis pertunangan aku dengan Ian dulu. Sayangnya Emeera tidak hadir semasa majlis pertunangan aku kerana dia kena jaga mak dia di hospital. Mak dia demam denggi.
"Hai Emeera, saya Zamir. You dah ada kekasih hati?"
Wah, cepat benar Zamir buat pick-up line!
Emeera hanya senyum dan geleng kepala. Sememangnya Emeera belum berpunya. Budak Emeera ni memang fussy dalam bab ni. Dia takut kaum Adam yang nak dekat dia tak boleh terima syarat yang sudah disenaraikan oleh dirinya sendiri. Percayalah, memang ada insan seperti Emeera ni. Senget atau tak, aku tak tahu. Antara syarat penting, tidak boleh halang dia untuk bantu mak dan adik-adiknya bila-bila masa dan di mana saja. Tidak boleh ada istilah mak di kemudiankan atau di kecualikan dalam kehidupan sehariannya. Tidak ada kompromi dalam hal ini. Jadi, kau orang fikir ada tak lelaki yang boleh memenuhi kriteria begini? Mungkin satu dalam seribu.
YOU ARE READING
Duel Cinta
HumorAku tulis: Nobody can fire me cause I'm the boss here! Dia tulis: Hah! That's why the food here stink like the boss! Grrrrr... Sekarang dada aku yang turun naik tahan marah. Mr Dumbo ni dah tekan punat kemarahan aku yang teratas sekali! Aku about to...