Ian menyandar. Merenggang kaki menolak kerusi ke belakang. Dia berdengus. Lagak insan yang kalah. Masih marah dengan Aylin. Aylin ini memang degil. Ah, teramat degil. Kalau dia kata dia boleh handle Aniz, maknanya dia boleh. Tolonglah, ini bukan pertama kali dia kena handle perempuan perangai macam Aniz. Kadang-kadang dia hairan, tindakan bodoh mereka macam tidak ada lelaki lain dalam dunia ni. Kalau orang dah tak suka, terima and move on. Tak bolehkah?
'Tak boleh. Sebab manusia ni Allah cipta lain kemahuan hatinya. Awak antara yang bertuah. Cinta awak berbalas. Kalau tak berbalas, mungkin awak juga jadi macam mereka. Masih berkeras nak juga walaupun ditolak berkali-kali.'
Eh, boleh masuk pula suara Aylin! Dalam ada masalah sendiri, masih nak sebok hal aku. Rungut Ian. Argh apa hal pula ni? Dah gila!
"Encik Ian, Firuz kata Cik Aniz hari ni shooting di Putrajaya. Firuz kat sana. Boss, nak jumpa Cik Aniz kat sanakah?" tanya Filza, setiausaha yang baru melangkah masuk.
Filza senyum. Bos nampak berserabut hari ini. Kasihan bos. Masalah dengan perempuan lagi. Dah bertunang pun masih ada juga perempuan yang nak ganggu hidup bos. Artis terkenal pula tu. Bos tak layan, boleh pula ganggu tunang bos. Teruk betul perangai Aniz tu. Hai tak kan muka cantik macam tu tak laku? Menggedik nak hak orang, dah kenapa? Issh, sengaja nak tunjuk lagaklah tu. Ingat semua yang dia nak, dia boleh dapat.
"Tak. Suruh Firuz call I guna handphone dia, and then, pass the line to Aniz. I tak nak Aniz guna handphone dia sendiri. That girl can be damn tricky."
"Betul tu."
Filza bersetuju dengan tindakan bos. Bos tidak boleh mengambil risiko. Silap-silap, Aniz sendiri yang akan membuat gosip bahawa bos yang beria-ia mahu mendekatinya.
Filza keluar. Kena cepat-cepat telefon Firuz. Lagi cepat bos selesaikan masalah ini, lebih cepat bos boleh tumpu kepada kerja. Firuz juga ada kerja lain. Kena ambil Dato Hanan dari lapangan terbang. Firuz ni salah seorang bodyguard Dato tapi kadang-kadang terpaksa juga buat kerja-kerja peribadi anak big bos.
Filza sambungkan talian kepada Ian bila Firuz berjaya dapatkan Aniz dalam talian.
"Hai sayang. Mimpi apa you call I?" ujar Aniz manja walaupun dia tahu panggilan ini mesti sebab Aylin. Mesti sepupu bodoh tu dah mengadu dekat Ian.
"I kan dah warning you jangan ganggu Aylin? You memang cari penyakit!"
"I rela sakit sebab you sayang. Masuk ICU pun tak apa sebab I really love you."
"You can go to hell with your love!"
"Garangnya. Ian, Aylin bukan untuk you."
"Aylin hak I. So pisst off."
"Tak! Aylin tak boleh dapat you."
Nada suara Aniz dah tinggi. Sakit hati dengar ayat Ian.
"Aylin memang dah dapat I pun! I hak dia saja."
Nada Ian melantun tinggi dari nada Aniz. Kemarahan dah memunjak.
"Dengar sini Aniz, you hantar gambar I dengan mana-mana perempuan kepada orang tua Aylin, nahas you I kerjakan."
"I tak takut. Kalau you nak upload gambar I dengan mana-mana lelaki pun, I dah tak kesah. I boleh nafikan. Jawap saja super impose. Lagipun, you tentu tak nak malukan lelaki-lelaki tu semua, kan? Ingat, kebanyakkan mereka ada famili."
Ian terdiam seketika. Hadam ayat-ayat Aniz. She got a point. Tentu sekali dia tidak akan libatkan orang lain dalam masalah mereka. Ah, dia tidak akan biarkan Aniz terlepas dengan ayat-ayat begitu.
YOU ARE READING
Duel Cinta
HumorAku tulis: Nobody can fire me cause I'm the boss here! Dia tulis: Hah! That's why the food here stink like the boss! Grrrrr... Sekarang dada aku yang turun naik tahan marah. Mr Dumbo ni dah tekan punat kemarahan aku yang teratas sekali! Aku about to...