BAB 5

14 0 0
                                    

Penat. Memang penat. Mental dan fisikal.

Emeera dah give up. Dah masuk tidur. Tinggal aku saja yang masih nak cuba. Berselerak satu dapur gara-gara nak cipta nasi ayam terbaru. Mana tidaknya, resepi-resepi yang kami ambil kat internet kami kena olah untuk sesuaikan dengan nasi ayam. Aku lihat jam. Pukul sebelas lima minit. Malam bukan siang. Issh patut pun. Dah lewat. Mana tidaknya, kami mula eksperimen lepas aku tutup restoran. Esok sajalah. Aku ada sehari saja lagi. Esok kena betul-betul cuba. Esok boleh mula pagi, sebab esok restoran tutup. Tiap-tiap Jumaat, abah tutup restoran.

"Misi, aku tak boleh tolong kau hari ni, Mak aku telefon, suruh aku balik. Dia nak aku tolong ajak adik aku buat projek sains. So aku kena balik, tapi habis saja projek tu, aku balik mai sini, ok?" Ujar Emeera keesokkan pagi.

Laa maknanya kena cuba sendiri. Terima sajalah, sebab masalah ni, masalah aku bukan masalah Emeera.

"Misi maaflah."

Emeera lurut pipi aku. Agaknya kasihan melihat aku. Emeera memang kawan terbaik. Sepanjang kami berkawan, dia tidak pernah mengecewakan aku.

"Aku ok. Aku yang mula. Jadi, aku kena fight to the end. Dahlah kau pergi balik. Adik kau perlu kau."

Bye-bye. Aku dah ucap. Emeera dah balik. Masa untuk eksperimen. Aku ke dapur. Aku buka buku resepi ibu. Baca Bismillah. Minta Allah tentukan terbaik untuk aku. Aku keluarkan ayam dari peti sejuk. Aku keluarkan juga beras basmathi. Daripada buku resepi abah, aku nak masak nasi ayam guna beras jenis tu. Abah tulis dalam kurungan. nasi ayam mahal sikit. Emm mahal mungkin jenis berasnya. Abah letakkan daun pandan. Terpaksalah aku ke taman mini ibu di tepi rumah, ambil daun pandan. Aku ternampak daun kunyit. Selalunya ibu guna daun ini untuk masak Daging Padang. Resepi turun temurun keluarga ibu. Daging Padang ini selalunya ibu masak masa hari raya. Ia lebih kurang ganti rendang daging cuma bahan-bahannya tak begitu renyah. Santan bersama cabai mesin, hirisan bawang besar, beberapa batang serai dititik akan dimasak bersama ketulan daging lembu. Bila daging dah empuk, masuk serbuk kunyi sedikit, minyak masak, daun kunyit, air asam, gula dan garam secukup rasa. Masakan ini ambil masa lama sikit sebab nak kena tunggu daging empuk. Tahu-tahu sajalah dagingkan liat tapi itu yang sedap. Masak pula kena guna kuali besar, tak boleh masak dalam periuk. Sekali sekala kena kacau takut hangit belah bawah. Tapi tak boleh kerap-kerap kacau pula takut daging hancur.

Akal dah ketuk-ketuk aku. Apa kata, cuba resepi ini dengan nasi ayam beras basmathi abah. Iyalah, sama seperti nasi ayam berempah, Hainan dan nasi-nasi ayam yang lain. Cuma kali ini nasi ayam ini bernama Nasi Ayam Padang sebab ambil daripada nama asalnya Masak Daging Padang. Tapi yang pasti aku tak boleh guna daging. Aku kena guna ayam. Ayam bahan utama. Masalahnya ayam daging akan hancur kalau masak terlalu lama.

Macam mana ni? Arghhh sedih!

Psst, guna ayam kampung. Daging ayam kampung lebih liat dan keras. Boleh masak lama. Tentu ramuan-ramuan boleh serap masuk dalam daging ayam. Mesti sedap. Tentu sedap punyalah. Yum-yum sedap!

Laaa belum rasa sudah kata sedap? Tak boleh ambil risiko. Kena try dulu. Yap try!

Tapi mana nak dapat ayam kampung? Masalah ni. Di pasaraya mungkin ada, tapi tak fresh. Dekat pasar! Pasar mana? Adakah?

Issh, fikir... fikir Aylin, kat mana kita nak dapat?

Ding-dong-ding-dong...

Mak su! Iya kena tanya mak su.

Aku terus meluru masuk rumah. Capai telefon. Siapa lagi aku telefon kalau bukan mak su tersayang. Berdoa mak su boleh dapatkan ayam kampung untuk aku. Setidak-tidaknya aku kena ada 2 atau 3 ekor ayam kampong.

"Assalammualaikum mak su."

"Waalaikumsalam Aylin. Aylin sihat? Ada apa-apa tak kena? Aylin cakap saja, mak su boleh tolong. Mak su risau fikir Aylin kat rumah tu sorang-sorang."

Wah, terharu dengar dialog prihatin mak su.

"Aylin sihat, mak su. Mak su, Aylin nak ayam kampung yang fresh. Mak Su tahu mana Aylin boleh dapat?"

Aku atur ayat dengan nada kesian kat diri sendiri. Maklumlah ini soal nak mengalahkan Sang Pengkritik.

"Emm... mak su rasa kat rumah kawan mak su ada. Pak cik dia bela ayam kampung buat jual. Kamu nak buat apa Aylin?"

"Nak buat eksperimen. Mak su, boleh dapatkan ayam kampung tu sekarang tak? Aylin pergi ambil mak su. Lepas tu kita boleh pergi ke rumah kawan mak sutu. Mak Su siap sekarang."

Aku matikan talian tanpa menunggu balasan mak su. Aku kena cepat. Aku tak ada banyak masa.

Alhamdullillah, selepas hampir sejam, aku balik ke rumah semula dengan 3 ekor ayam kampung yang telah siap disembelih dan dipotong. Bukan itu saja, aku juga beli seekor ayam piru. Nak cuba try guna ayam piru juga.

Berjam-jam aku di dapur hingga adik aku balik pun aku tak sedar. Nasib baik adik aku, kalau pencuri, mati aku. Tapi adik aku ada kunci rumah. Tak hairanlah dia boleh masuk.

"Kak, buat apa ni?" Asshir dah beliakkan mata. Semak satu dapur.

"Kalau ibu ada, mesti kak long kena marah. Kak masak apa ni? Guna belanga besar ibu pula. Kak asak daging padangkah?" Bau memang macam daging padang saja.

Aku ketawa kecil. Wah, adik boleh bau! Maknanya resepi aku menjadi.

"Kak tengah buat eksperimen. Assh boleh jadi mangsa untuk rasa lauk kak."

"Bagus juga, Assh tengah lapar ni. Assh pergi mandi dan solat dulu. Nanti Assh turun."

Issh, aku pun belum solat! Hai, tak boleh jadi. Kalau ibu ada, mesti kena leter sebab lambatkan solat. Aku cepat-cepat matikan api. Aku kena solat dulu. Dah rasa berdosa. Ya Allah, tolong ampunkan dosa hambaMu ini.

Jom kita solat dulu. Doa agar Allah permudahkan laluan kita. 

(●'◡'●) Selamat pagi. Pasang mood yer untuk baca sebab hari ni nak tulis banyak bab hahaha

Duel CintaWhere stories live. Discover now