Video yang diberi nama 'Yummy - Ratatouille in Malaysia Restoran' telah menjadi viral, mungkin kerana nama video itu sendiri. Masalahnya, kenapa restoran abah jadi target? Nama dan lokasi restoran abah terpampang dalam video tersebut. Mana ada tikus yang jadikan restoran abah tempat tinggal mereka? Bukan kata tikus, lipas malah semut pun tak berani bertandang. Sebelum buka dan tutup perniagaan, abah akan pastikan pekerja-pekerja bersihkan restoran dahulu. Malah, setiap hari Jumaat ada cleaner luar yang abah bayar khas untuk bersihkan restoran. Pokok pangkalnya, abah amat pentingkan kebersihan restoran itu.
Agaknya mereka yang suka buat fitnah lupa balasan Allah. Allah SWT berfirman yang bermaksud: 'Sedangkan fitnah lebih kejam daripada pembunuhan.' (Al-Baqarah 217)
"Kita kena buat sesuatu kak. Kita tak boleh diam macam ni?" Assh berdengus kasar.
Kemarahan Assh masih membara. Dia boleh muntah darah baca komen-komen tentang video itu. Yang dia marah sangat, kebanyakkan komen tu datang daripada netizen yang dia yakin tak pernah jejak kaki pun kat restoran abah. Bulat-bulat percaya apa yang mereka baca. Ada pula tu berderet-deret buat komen-komen kelakar. Arg, mereka tak sedar agaknya, ketawa mereka itu adalah tangisan yang orang teraniaya. Agaknya, masih sempatkah nak minta ampun.
Allah SWT berfirman yang bermaksud;
'Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta rasa hati (akal fikiran), semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.' (Surah Al-Isra': 36)
"Assh sabar dulu. Abang janji abang akan cari orang yang buat video tu. Assh kena jaga ibu Assh. Biar abang dan kakak Assh selesaikan masalah ini dan uruskan masalah restoran."
"Kenapa tidak Assh saja? Kakak boleh teman ibu di sini." Di sini maksudnya di hospital.
Mata Assh jatuh kepada aku. Ketinggian Assh sama dengan Ian. Renungan Assh minta aku beri dia peluang. Dia anak lelaki. Mungkin dia rasa ini tanggungjawabnya. Tapi buat masa ini, sebagai anak sulung, aku harus yang pikul tanggungjawab ini.
"Assh lebih diperlukan di sini. Bila abah sedar, Assh tak kan menangis seperti kakak. Assh akan senyum tengok abah. Tentu abah lebih tenang. Lagi pun Assh kan tahu buruknya muka kakak kalau kakak menangis? Takut nanti abah pengsan semula."
Aku cuba buat lawak bodoh. Namun tidak ada yang ketawa. Tidak juga aku kerana di hati kami hanya ada kesedihan. Air mata aku berkolam di kelopak mata.
"Ok. Tapi, kalau ada apa-apa terjadi, kak phone Assh. Assh tak nak kak pula yang sakit." Assh rangkul bahu aku.
Sebaik saja Assh setuju, Ian ajak aku keluar. Aku ikut tanpa bantahan. Mungkin Ian tidak suka melihat aku lemah depan Assh. Mungkin sebab itu dia buat muka ketatnya atau mungkin ada sebab lain? Aku menyusahkan diakah? Tapi bukan aku! Dia yang beritahu ibu, sebagai tunang aku, dia adalah sebahagian daripada keluarga kami. Dia yang nak tolong. Jadi? Ah, aku tak faham dengan lelaki ini atau, eh sekejap, sebagai tunang?
Eh, aku yang tak faham. Dia buat semua ini sebab dia tunang aku. Hanya sebab itu. Aku yang bodoh ini tak sedar diri. Bila aku bukan lagi tunang dia, dia tidak akan ambil tahu lagi pasal kami. Kami bukan tanggungjawap dia. Hakikatnya aku tidak ujud lagi di dunia dia. Kenapa sekarang terasa perit hati ini bagai dihiris dengan pisau belit? Ya Allah...
Ah, aku tidak boleh lemah. Aku kena cekalkan hati. Aku kena cuba sedaya upaya lindungi keluarga aku. Aku kena buat ini tanpa pertolongan Ian.
"Terima kasih tapi saya rasa saya dah boleh handle."
Aku berjalan melepasi dia. Kami berada di parkir. Kereta dia parkir di sebelah kereta abah. Assh pandu kereta abah datang sini. Nasib baik aku ada kunci spare dalam beg galas aku. Aku dan Ian nak ke restoran. Sejak abah sakit, restoran abah terpaksa aku tutup.
YOU ARE READING
Duel Cinta
HumorAku tulis: Nobody can fire me cause I'm the boss here! Dia tulis: Hah! That's why the food here stink like the boss! Grrrrr... Sekarang dada aku yang turun naik tahan marah. Mr Dumbo ni dah tekan punat kemarahan aku yang teratas sekali! Aku about to...