BAB 52

6 0 0
                                    

Sekarang baru aku tahu perasaan menjadi mangsa seperti aku. Jenayah siber, tak perlu senjata untuk membunuh seseorang. Tak perlu pisau untuk menoreh, apalagi mengotorkan tangan dengan darah musuh. Hanya guna jari jemari, komputer, dan layar internet. Bina ayat dan adegan kreatif. Tip-tap-tip-tap, hantar. Satu dunia boleh berkongsi dosa menjadi pembunuh, bukan secara fizikal tapi mental.

Nasib baik kes kami sekeluarga bukan kes satu dunia, namun itu tidak bermakna efeknya tak sama. Sama saja. Ada orang kata, kita tidak seharusnya menyebarkan sesuatu cerita atau maklumat jika kesahihannya belum diketahui. Ketidakadilan pada individu yang menjadi mangsa keadaan yang mana kesan penyebaran maklumat awal lebih mempengaruhi minda masyarakat. Walaupun disebarkan maklumat terkemudian yang bertujuan untuk menjernihkan situasi, namun sukar untuk memperbetulkan persepsi masyarakat umum terhadap seseorang.

Itu yang berlaku. Walaupun Assh, atas nasihat Ian atau lebih tepat desakan Ian, telah membuat kenyataan penafian berserta dengan bukti daripada pihak berkuasa di media sosial, bisnes restoran abah tetap merosot. Nak dapat 10 pelanggan dalam satu hari pun susah.

Namun aku bersyukur abah dah sedar tapi masih lemah dan perlu rawatan. Doktor juga nak pastikan tidak ada darah beku di kepala abah. Kepala abah terantuk hujung meja masa abah rebah di restoran hari tu.

"Kak, betulkah tak nak Assh tolong?" Assh merangkul bahu aku. Sejak abah kena serangan jantung, Assh menjadi lebih protektif terhadap aku dan ibu.

"Betul. Assh balik kolej. Belajar. Biar kakak handle restoran ni."

"Kalau abah tahu tentang keadaan restoran ini sekarang, tentu abah sedih."

Assh lihat sekeliling. Sedih dan sayu. Hampir semua meja kosong. Cuma satu meja saja yang ada pelanggan. Itu pun kawan Nasrun.

"Sebab itulah abah tak boleh tahu. Kakak kena pulih keadaan restoran ini seperti dulu."

Cakap memang senang tapi nak buat itu yang sukar. Aku dah buntu. Tak tahu bagaimana nak tarik pelanggan datang ke restoran abah. Viral tu dah benar-benar memberi imej buruk pada restoran abah.

"Kak, Abang Ian agaknya dah tahu siapa yang buat video tu. Kenapa dia tak nak beritahu kita?"

Aku tak tahu. Alangkah bagus kalau aku ada kebolehan istimewa meneroka otak Ian dan cari apa yang dia sempunyi kat dalam tu. Dulu Ian pernah kata, dia yang akan handle Aniz, sekarang keluar ayat, 'biar saya yang handle orang tu'. Ok orang tu siapa? Aniz? Sebab itukah, Ian tak nak beritahu?

Arg, terduduk aku. Pernah tak terfikir akan tiba satu saat dalam hidup ini, di mana kehidupan kita seolah-olah berhenti, dan alam semesta membuka mulutnya dan terus muntahkan lava kebenaran yang menyakitkan? Itulah yang aku rasa. Aniz akan terus berdendam dengan aku? Sampai bila?

"Kak, kenapa ni?" Tanya Assh. Risau melihat kakaknya. Pucat dan tidak bermaya tiba-tiba.

Wajarkah aku beritahu Assh? Beritahu Assh ibarat menyimbah minyak ke dalam api yang menyala. Assh tentu mengamuk. Takut juga adik aku tu ambil tindakan drastik terhadapAniz Ini akan lebih memburukkan keadaan.

Tapi bagaimana kalau bukan Aniz yang buat? Mungkin musuh bisnes abah yang kami sendiri tak tahu ujud? Atau orng gila kat luar sana yang hobinya buat video untuk di viralkan dan kebetulan dia pilih restoran abah? Ah, masalahnya siapa? Tanpa bukti aku tidak boleh ikut suka tunding jari terutama terhadap Aniz. Berdosa.

"Kak..." Assh genggam tangan aku. "Assh risau tengok kakak. Macam ni laa.. Assh tunda pengajian Assh. Assh kat sini saja. Kita sama-sama pulihkan bisnes abah."

"Eh, jangan! Nanti abah syak ada yang tak kena kat restoran ni." Aku geleng. Tak boleh bagi Assh menang.

"Assh janji dengan kakak Assh akan habiskan pengajian Assh. Jangan slip. Kalau Assh slip, Assh akan kecewakan abah. Tentu sekali Assh tak kan buat begitu dekat abahkan?"

Aku tahu Assh serba salah. Tapi aku juga tahu Assh akan buat demi abah sepertimana aku akan buat apa saja bangunkan kembali restoran ini demi abah.

"Assh janji kak. InsyaAllah Assh tidak akan kecewakan abah. Semoga Allah tunjukkan jalan dan beri kita kekuatan."

Aamiin.

Ok nak hidupkan kembali bisnes abah, aku tak boleh berpeluk tubuh. Garisan carta semangat aku kena naik. Bukan biar mendatar apa lagi menjunam turun. Gagal sekali tak semesti akan terus gagal, kan? Yang penting kena kuat usaha. Yap, semangat dah ada cuma perlu teknik nak bangkit.

Pertama sekali, aku tak boleh hanya menunggu. Tak boleh paksa orang datang, tapi aku kena jemput secara terhormat orang datang ke restoran abah. Pagi ini aku dah buat rancangan. Assh dah balik kolej selepas solat subuh. Semalam aku dah cari cara-cara untuk bangkit semula di internet. Seperti orang kata, kalau tak rajin bertanya, sesat jalan, tapi dalam zaman moden ni aku layari internet untuk dapat info terbaik. Aku dah senaraikan. Masa untuk praktikkan. Kalau tukang fitnah tu guna media massa, aku juga akan guna media massa untuk bangun semula.

"Assalamualaikum misi."

Ameera beri salam tiba-tiba di muka pintu. Tak sempat aku nak jawap dia dah peluk aku. Salam aku berlabuh dalam pelukkannya.

"Jahatnya baru sekarang nak muncul."

Aku sebak. Rindunya aku pada Emeera. Emeera ikut sepupunya ke Sabah beberapa hari selepas majlis hari keluarga datin di vila. Sepupunya buka kedai komputer di sana dan ajak Emeera kerja dengannya.

"Maaflah. Aku kena selesaikan kerja aku kat Sabah dulu. Baru boleh berhenti."

"Yes!" Sukanya.Aku dah dapat kawan aku balik. "Jadi dah sah kau tak kerja lagi kat sana?"

"Ha ah. Aku dah jadi penganggur. Sebenarnya aku dari hospital. Kasihan aku tengok abah kau." Keluh Emeera.

Aylin dah ceritakan apa yang berlaku. Tak sangka ada orang yang sanggup aniaya Pakcik Amirul .

"Restoran ni periuk nasi abah kau kot kenapa nak kena..."

Emeera tidak habiskan ayatnya bila melihat muka sedih Aylin. Kalau dia, orang luar pun boleh terasa, inikan pula Aylin. Aylin sayang sangat dengan abah dia.

"Kau ok? Betul-betul ok?" Emeera paut bahu aku. Tarik aku dekat kepadanya.

"Tak... aku rindu abah aku yang dulu. Keluarga aku dah tak sama. Kebahagian kami dulu dah tak ada. Yang ada cuma penantian yang menyeksakan, menyedihkan. Yang paling menyakitkan... aku hanya boleh melihat kesakitan abah, kesedihan ibu, Assh tapi aku tak boleh buat apa-apa. Emeera aku takut abah aku akan tinggalkan aku."

Aku menangis teresak-esak. Kesedihan, kerisauan dan kekecewaan yang berkolam dalam diri mengalir keluar ibarat mata air mamancar laju tanpa henti, tanpa sempadan.

Emeera biarkan kawannya menangis. Dia tahu perangai Aylin. Kalau boleh dipendam, akan dipendamnya. Tak nak orang susah hati terutama keluarga sendiri.

"Dah..." Emeera pancarkan senyum simpatinya bila tangisan aku mula reda.

"Dah." Aku luntur kepala di bahu Emeera.

"Aku rasa bodoh pula menangis macam budak-budak padahal baru saja aku dah nekad nak jadi Supergirl. Tak boleh terus lemah. Tak boleh matikan jiwa aku."

Emeera ketawa. "Supergirl pun boleh menangis. So you are allow to cry, girl."

"Iyalah." Mengaku saja.

"Sekarang aku ada. Kau tak payah jadi Supergirl. Kau jadi kau yang lebih baik dari Supergirl, Lagipun kau ada aku. Kita boleh jadi Partners of Crime berdua, naikkan balik restoran abah kau ni."

Aku senyum. Partners of Crime? Partners tangkap ayam bolehlah. Namun, aku bersyukur Emeera dah kembali dalam dunia aku. Sekarang dengan dua kepala gila kami, mungkin kami boleh tarik pelanggan kembali ke restoran abah.

InsyaAllah.

Duel CintaWhere stories live. Discover now