BAB 10

12 0 0
                                    

Dato Hanan senyum melihat isteri. Isteri balas. Isteri bangun dan cium tangan suami. Akui isteri yang dipilih arwah uminya sendiri, sentiasa menyenangkan hati. Mood tension boleh hilang bila melihat senyuman manis isteri.

Iya, memang betul perkahwinan mereka diatur keluarga. Mereka tidak pernah kenal antara satu sama lain pun sebelum bertunang. Masa bertunang masing-masing sedang belajar di luar negara. Dia di UK, Shifa di Jepun. Sebulan sebelum majlis pernikahan, mereka diketemukan di rumah arwah nenek Shifa. Shifa dipelihara nenek dan datuknya setelah papa Shifa berpindah ke London untuk bekerja di sana. Dia jatuh cinta dengan Shifa Zahra semasa sesi kenal hati budi masing-masing. Bayangkan mereka hanya diberi masa seminggu saja oleh keluarga masing-masing untuk mereka buat keputusan muktamad. Kalau mereka kata tidak, maka majlis pernikahan dibatalkan. Kalau seorang kata tidak tapi seorang lagi kata ya, tak jadi juga. Alhamdullillah dia dan Shifa kata ya. Maka pernikahan mereka berlangsung dalam majlis yang sederhana saja.

"Sayangku Dato Hanan, kenapa senyum-senyum ni?" Datin rangkul pinggang suami tersayang.

"Shifa, Ian kata Shifa nak tunangkan dia dengan gadis yang dia tidak suka? Why do my love need to do that to our only son?"

Datin ketawa. Pandai Si Anak dapatkan simpati papa sendiri untuk lepaskan diri.

"Sayang, bukan Shifa yang mula. Lihat ni."

Datin keluarkan nota yang dia ambil daripada Aylin.

"Ian sendiri yang kalah dengan gadis tu. Anak lelaki kita, pergi ke restoren orang, cari pasal. Hah, kan dah kena buku dengan ruas. Shifa tak kan benarkan dia lepas kali ni. He must be responsible for his own actions."

Dato'Hanan baca. Dia geleng. Apa anak bertuah ni dah buat? Boleh kalah pula tu dengan perempuan. Malunya.

Hai, isteri pun satu, sekali sekala janganlah tegas sangat.

"Kenapa sayang tak bagi anak kita menang?"

"Shifa tak tahu tentang cabaran mereka masa tu. Tapi kalau Shifa tahu pun, Shifa kena adil. Nasi ayam yang Aylin hidang hari tu memang sedap. Dia berhak menang."

"Dan anak kita kalah. Tapi sayang, ini soal masa depan Ian. Have pity on him."

"Nope kalau kita pity kat dia sekarang, dia tak kan berubah. Sudah berkali Shifa kata jangan pandang rendah pada orang, tapi dia tetap buat. So, berani buat berani tanggung. Shifa tetap nak dia bertunang dengan Aylin."

Dato senyum. Aylin ni mesti nama gadis yang kalahkan anaknya. Dua kali nama itu muncul. Bagaimana agaknya rupa gadis ini? Taste Ian kah? Mungkin tidak, sebab tu Ian tension. Ini baru disuruh bertunang, kalau dipaksa kahwin boleh terus merana budak tu. Ah, tak boleh jadi ni!

"Sayang, sorrylah kalau abang tak setuju."

Datin merangkul kedua-dua pipi suami. Daripada riak muka yang ditunjukkan, dia tahu suami tidak setuju dengan tindakannya.

"But this is the right thing to do. Trust me, love."

Emmm bila isteri romantik begini, jiwa jadi lemah. Perasaan cinta ibarat angin sejuk mendayu masuk. Indah dalam kalam kehidupannya. Hai, masakan hendak ragui keputusan insan yang kita sayang?

"Ok. Tapi orang tua Aylin macam mana? Sayang dah kenal mereka?"

Spontan bersinar mata Datin. Senyum senang tengok suami.

"Dah. Abah Aylin nama Amirul. Ok sangat orangnya. Peramah tapi yang bestnya, ibu Aylin, Saidatul Akma. Sayang tahu tak, dia kawan lama Shifa. Arwah tok mak yang mula-mula panggil dia Bunga Akma. Lepas tu, satu kauters polis panggil dia dengan nama tu. Dulu kita orang berjiran, belajar satu kelas. Masa tu arwah bapa dia dan arwah tok abah bertugas di balai polis kat Taiping. Masa tok abah kena tukar ke Bukit Aman, bapa Saidatul Akma pun kena tukar juga. Abah dia kena tukar ke Sabah sebab tu kita orang terus putus hubungan."

Duel CintaWhere stories live. Discover now