Aku dah buntu. Degil lelaki ini dah seperti batu konkrit tujuh lapisan. Tak boleh nak tembus. Dia sedikit pun tak mahu berganjak. Eeee lelaki ini hanya pentingkan diri sendiri.
"Kalau saya di tempat dia, saya pun akan marah. Tidak ada mana-mana ibu dalam dunia ini yang akan biarkan anak dia dipermainkan."
Hai, pi mai pi mai Cik Tunang cakap benda yang sama! Tension macam ni. Rungut Ian. Dia letak gelas yang dah kosong ke atas meja. Manalah mama ni? Kata tadi dah dalam perjalanan balik dari lapangan terbang. Bukan apa, kalau mama ada, tentu Aylin tak kan cakap pasal Aunt Deniz. Dia dan Aylin dah sepakat tidak akan beritahu mama. Takut mama dan Aunt Deniz bergaduh.
"Awak!" Aku tinggikan nada suara. Iyalah aku bukan dinding yang dia nak buat tak tahu.
"Ni, kalau awak ditakdirkan jadi isteri saya, awak jangan repeat ayat yang punya maksud yang sama kat saya berkali-kali boleh tak? Rimas."
Huh? Apa hal dia korner jalan lain? Lelaki ni sengaja nak tambah geram aku.
"Saya dah kata saya akan handle Aunt Deniz. Tak perlu awak nak rasa bersalah. Awak tunang saya. Qis kekasih saya. Aunti Deniz kena terima sepertimana awak dan Qis terima. Titik."
Weoi dia letak titik! Dia ingat aku akan berhenti? Tentulah tak.
"Jadi dunia ni kena rotate ikut awak? Awak memang selfish, arrogant, ego..."
"I heard that accusation before, My Little Parrot. So what!"
Eeeeee sakitnya hati. Boleh pula dia ejek aku. Aku tarik kerusi, duduk mengadap dia. Kami di meja makan, jadi jarak ni aku rasa aku masih selamat. Apa pun nak lawan, kena direct tengok muka musuh.
Ian senyum. Ian tahu Aylin rasa bersalah dengan Aunt Deniz tapi perasaan bersalah Aylin ini baginya dah keterlaluan. Masakan sebab ini, dia kena fikir nak putuskan pertunangan lagi.
"Look, Qis sekarang dah tak seperti Qis dulu." Ngomel Ian.
Sejak Qis bekerja sebagai Penolong Pengurus Pemasaran di sebuah hotel yang baru di buka di Port Dickson, Qis dah banyak berubah. Walaupun penat travel, Qis suka dengan kerjanya. Dapat bos pula yang boleh handle dia. Tegas tapi gentle. Walaupun dari UK, bos yang bernama Bernard ini beragama Islam dan boleh berbahasa melayu.
"Maksud awak, dia dah tak childish. Dah tak renget nak awak. Tak sebok nak pegang tangan awak setiap kali dia nampak muka awak."
"You're very observing and sound jealous." Ian angkat kening ke atas.
"Tolong sikit saya tak cemburu, Mr Crazy Squirrel!"
"Ayat cliché kaum Hawa."
Eee dia perli kaum Hawa pula pada hal kaum Adam ramai yang guna ayat tu. Ini kena beritahu dia. Tak boleh beri muka kepada kaum Adam.
"Dan ayat cliché juga bagi kaum Adam. Malah tahap cemburu kaum Adam lebih tinggi dan bahaya."
"Emm awak betul. Sebab itu saya tak suka playboy Ayaz awak tu dekat dengan awak. Saya cemburu gila!"
Aku terbeliak. Tak percaya. Bukan tak percaya dia tak suka Ayaz, tapi tak percaya dia boleh cemburu gila. Lelaki ini nak mainkan aku lagikah? Sat aku tengok muka dia samada ada lirikkan ketawa atau senyuman sinis. Laa tak ada malah dia tayang muka ketat seperti dah melekat gum keras.
Ah, kenapa dia nak cemburu? Dia bukan suka aku pun. Cinta, lagilah tak.
"Awak ni buat saya pening, tahu tak? Saya cakap pasal lain, awak bawa masuk benda lain."
"Penyakit awak dah singgah kat saya."
Laa aku kena lagi. Penatlah aku nak layan dia. Jom baliklah. Tolong abah kat restoran lagi bagus. Lagipun datin tak muncul pun. Dah hampir dua jam aku kat sini. Sebenarnya, kenapa datin suruh kita orang berdua tunggu sini? Tak kan datin dah tahu pasal ledakkan Aunt Deniz minggu lepas?
"Eh, awak nak kemana?" tanya Ian apabila melihat Aylin dah capai kunci kereta.
"Nak ke restoran abah. Saya nak urus restoran dan desak abah balik rehat. Tadi pagi ibu kata abah mengadu sakit dada."
"Kenapa tak bawa abah awak ke klinik?"
Ian berdiri dan mendekati Aylin. Kalau boleh dia tak nak Aylin balik. Sunyi pula dia kat sini. Tak kan nak ganggu pembantu rumah kat dapur.
"Abah tak nak. Dah puas ibu dan saya pujuk. Entahlah, mungkin perangai orang lelaki tak nak dengar cakap. Degil. Tapi tahap degil abah saya ok lagi daripada tahap degil awak. Degil awak, tujuh petala langit pun susah nak tembus."
Whoissh sempat aku smash! Senyum sikit.
"You need a good spanking, girl!"
Nasib baik dia balas smash aku tanpa pergerakkan anggota badan.
Telefon bimbit aku tiba-tiba berdering. Mesej masuk. Cepat-cepat aku buka. Assh rupanya.
Mesej Assh – Kak, pastikan abah tak tengok ni. Video ni dah viral. Assh call kakak bila Assh habis kelas nanti.
Aku terus tap video yang dihantar. Ya Allah, siapa punya kerja ni? Wajah pucat abah saja yang muncul di kelopak mata aku. Wajah pucat abah disertai dengan tangisan hati aku. Terketar-ketar tangan aku. Tanpa sedar, telefon aku terlepas dari genggaman. Ian sempat sambut dan melihat video yang Assh hantar.
"Abah... saya nak balik..."
Aku peluk tubuh. Terasa sekarang seluruh tubuh aku dah menggeletar.
"Saya hantar awak." Muka Ian dah merah padam. Celaka ke atas orang yang buat fitnah begini.
"Tapi..." Aku datang ke sini dengan kereta abah.
"Dalam keadaan awak begini, awak tak boleh drive. Kalau tak, saya bawa kereta awak saja. Lekaslah. Kita kena pastikan abah awak tak tengok video ni." Dia juga dah tak keruan.
Dia menarik hujung jubah lengan aku. Aku ikut. Fikiran aku hanya ada abah. Takut nak bayangkan reaksi abah kalau abah tengok video tu. Ya Allah, kejamnya orang yang buat fitnah ini. Kenapa nak aniaya abah. Apa salah abah?
>"< UwU 😔 hELLo rEaDerS, bAb nI pEnDek sAjA ibarat cawan dah tinggal seteguk kopi. 🙃🙄 Dah vote atau nak tak nak tinggal komen? Hahaha dua-dua free jer
YOU ARE READING
Duel Cinta
HumorAku tulis: Nobody can fire me cause I'm the boss here! Dia tulis: Hah! That's why the food here stink like the boss! Grrrrr... Sekarang dada aku yang turun naik tahan marah. Mr Dumbo ni dah tekan punat kemarahan aku yang teratas sekali! Aku about to...