Najmi dan Aaryan menunggang motosikal berkuasa tinggi milik masing-masing masuk ke perkarangan rumah Encik Razif. Khemah-khemah sudah siap dipasang untuk majlis kenduri doa selamat sempena meraikan ulangtahun kelahiran anak buah mereka iaitu Insyirah dan Jibrael.
"Assalamualaikum, abang!" Mereka menapak ke arah Adha yang sedang mendukung Insyirah.
"Waalaikumsalam. Baru balik?" Tegur Adha apabila dia melihat kedua-dua lelaki itu berpakaian celoreng harimau.
"Haah, abang! Penat! Mengantuk! Semua ada!" Keluh Aaryan seraya menguap.
"Kerja macam kita ni memang macam inilah, adik-adik abang. Pergi masuk rehat dulu. Malam nanti ada kenduri pulak. Tu mama ada masak special," ujar Adha.
"Jibrael! Ya Allah, sinilah dekat mama, sayang."
Mereka semua menoleh ke arah Diya yang sedang mengejar Jibrael bersama pinggan di tangan. Dia ingin menyuapkan makanan kepada Jibrael, namun anaknya itu kerap berjalan ke sana ke sini semenjak sudah dapat kaki. Letih dia dibuatnya.
"Hello, anak papa!"
Aaryan menapak ke arah Jibrael dan mendepangkan tangan. Laju sahaja anak kecil itu berlari dengan langkah kecilnya mendapatkan Aaryan. Insyirah pula sudah berada di dalam dukungan Najmi sebaik sahaja dia melihat kelibat Papa Najmi dia sebentar tadi.
"Yan, tolong pegang dia kejap! Kak ipar nak bagi dia makan. Asyik berlari je sana sini. Penat kak ipar kejar dia," ujar Diya sambil menyuapkan makanan ke dalam mulut anak lelakinya itu.
"Biasalah, kak ipar. Baru dapat kaki. Kan? Anak Papa Yan ni baru dapat kaki, kan?"
Aaryan mengagah anak kecil itu dan menggeletek halus badan si kecil. Tawa suka ria terbit dari mulut si kecil.
"Tak apa, sayang pergi masuk. Anak-anak biar abang uruskan." Adha mengambil pinggan daripada tangan Diya.
"Terima kasih, abang. Sayang masuk dalam dulu. Nak tolong apa yang patut. I love you, husband!" Diya kenyit mata kepada sang suami sebelum dia melangkah meninggalkan ketiga-tiga lelaki itu.
"Berbulu biji mata Yan, kak ipar oi!"
Diya melepaskan tawa mendengar kata-kata Aaryan. Sempat lagi dia memberikan flying kiss kepada sang suami.
Najmi yang tidak bercakap sejak tadi hanya menjadi pemerhati. Senyuman halus terbit dibibirnya melihat keluarga bahagia abangnya, Adha. Dia berharap agar kejadian dua tahun yang lalu tidak berulang lagi.
"Adik, okey tak?" Adha menyoal Najmi apabila melihat raut wajah si adik yang jelas kepenatan.
"Okey je, abang. Penat sikit."
Mereka duduk di bawah salah satu khemah. Jibrael dipangku oleh Aaryan manakala Insyirah dipangku oleh Najmi. Adha pula laju menyuapkan makanan ke mulut anak. Senang bila ada orang yang pegang. Tak perlu susah payah nak kejar.
"Macam mana eksesais kat Kuantan? Okey?" Adha menyoal seraya menyuap makanan ke mulut Jibrael dan Insyirah.
"Okey je, abang. Buat latihan menembak Hostage Rescue, lepastu payung terjun. Sama je latihannya hari-hari," jawab Aaryan.
"Kena buat latihan hari-hari untuk memastikan setiap anggota kita berada dalam siap-siaga." Adha senyum. Kepala Aaryan dan Najmi terangguk-angguk faham.
"Minggu depan kena pergi Ulu Kinta pula," ujar Najmi pula setelah lama mendiamkan diri.
"Ya? Buat CQB kat sana?" Adha menyoal. Kedua-dua lelaki itu mengangguk.
"Baguslah. Biar adik-adik abang ni sentiasa siap-siaga nak jaga agama, bangsa, dan negara. Tak lupa juga, keluarga." Adha senyum lagi.
"By the way, congrats on your promotion, Captain Najmi and Captain Aaryan!" Ucap Adha.
YOU ARE READING
𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐍𝐚𝐣𝐦𝐢 (𝐂)
Romance𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐉𝐌𝐈 𝐱 𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐘𝐀𝐒𝐌𝐄𝐄𝐍 ~𝑻𝒊𝒂𝒅𝒂 𝒂𝒓𝒂𝒉 𝒌𝒆𝒎𝒃𝒂𝒍𝒊 𝒑𝒖𝒍𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒂𝒓𝒊𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒄𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒊𝒏𝒊~