Mawar memandu perlahan dalam perjalanan pulang memandangkan hari hujan lebat. Tiba-tiba hujan turun mencurah lebat tadi. Sudahlah dia geram apabila ditinggalkan begitu saja oleh Najmi tadi. Nasib baik dia tak menunggu lama sebelum mendapat pesanan Whatsapp daripada lelaki itu.
[Whatsapp]
Annoying Person🙄 : Sorry, aku ada urgent. Aku on the way balik. Kau pun baliklah. Ingat, REJECT AKU!Itulah pesanan yang dia terima sewaktu dia menunggu lelaki itu yang dia sangkakan menjawab panggilan telefon. Sepuluh minit menunggu, barulah dia mendapat mesej tersebut.
Barulah dia tahu lelaki itu dah balik terlebih dahulu meninggalkan dia sendirian di kafe tadi! Cikampek punya mamat! Dia mengutuk Najmi dalam hati.
Kata-kata Najmi terngiang kembali.
"Aku nak kau tolak kalau mama aku datang meminang kau."
"Tapi saya tak cintakan awak. Hati saya masih milik orang lama."
Orang lama? Maksudnya, lelaki itu pernah ada kekasih? Kalau orang lama maksudnya dah berpisah, kan? Atau cinta lelaki itu bertepuk sebelah tangan? Atau macam mana?
Fikirannya menerawang jauh sambil memandu, memikirkan jawapan-jawapan untuk setiap soalan yang dia ciptakan sendiri. Dia buntu. Tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. Dia sudah terlanjur memberi kata setuju kepada ibunya, Datin Sharifah. Dan memang itu juga adalah keinginannya.
Namun lelaki itu, benar-benar menolak dirinya. Adakah dia mementingkan diri sendiri jika dia tidak menuruti kehendak lelaki itu? Tapi orang kata, kalau suka kena kejar! Kena berusaha! Dia dianggap sebagai perigi cari timba ke kalau dia terima saja pinangan dari keluarga lelaki itu?
BAMMM!!!!
Tiba-tiba, badan terdorong ke hadapan. Dada terhentak dan kepala terhantuk di stereng kereta. Nasib baik dia pakai tali pinggang keselamatan, jadi impak hentakan itu berkurangan sedikit.
Entah bila masa dia terbabas ke tepi melanggar tiang lampu, dia tidak tahu. Itulah padahnya! Masa tengah memandu, jangan berangan! Tambahan pula hari sedang hujan. Kan dah mendapat! Mawar memarahi diri sendiri.
"Ugh! Sakitnya, Ya Allah!"
Dia memegang dada. Rasa sesak nafasnya saat ini. Beg tangan yang diletakkan di tempat duduk sebelah pemandu sudah terpelanting jatuh ke lantai kereta. Dia cuba mencapai beg tangannya untuk mengambil telefon.
"Mawar! Mawar!"
Suara seseorang memanggil dia diluar bersama ketukan pada cermin tingkap keretanya. Dia menekan butang [Unlock] untuk membuka pintu kereta.
Sebaik sahaja pintu dibuka dari luar, wajah Haidar menerpa kornea. Lelaki itu sudah basah kuyup. Baju kemeja putih yang dipakai melekap pada badan, menyerlahkan ketulan enam biji roti pada badan lelaki itu.
"Haidar..."
Lemah suara Mawar. Kepalanya terasa sakit. Disentuh dahi. Cecair merah pekat melekat pada jari. Dia tersandar dalam keadaan sukar bernafas.
"Mawar! Ya Allah! Sekejap, saya dah call ambulans."
"Sakit..." kata Mawar sambil memegang dadanya.
Haidar panik. Muka Mawar sudah pucat tak berdarah. Dahi wanita itu pula sudah mengalirkan darah. Terluka akibat hentakan kuat pada stereng kereta. Haidar menoleh ke sekeliling. Terdapat beberapa kenderaan lain yang sudah berhenti untuk memberikan bantuan.
Suara hiruk-pikuk manusia di luar semakin perlahan. Pandangan mata Mawar juga semakin berbalam. Perlahan-lahan matanya tertutup.
"Mawar! Mawar!" Panggil Haidar.
YOU ARE READING
𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐍𝐚𝐣𝐦𝐢 (𝐂)
Romance𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐉𝐌𝐈 𝐱 𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐘𝐀𝐒𝐌𝐄𝐄𝐍 ~𝑻𝒊𝒂𝒅𝒂 𝒂𝒓𝒂𝒉 𝒌𝒆𝒎𝒃𝒂𝒍𝒊 𝒑𝒖𝒍𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒂𝒓𝒊𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒄𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒊𝒏𝒊~