"Assalamualaikum."
Najmi memberi salam. Beg pakaian dia dan Mawar diletakkan di atas lantai. Lalu dia menuju ke ruang tamu di mana Dato' Azahari dan Ammar sedang duduk.
"Eh, pengantin baru!" Tegur Dato' Azahari.
"Papa! Ammar!" Najmi menyalam mereka berdua.
"Papa!" Mawar terus memeluk Dato' Azahari.
"Ish! Dah ada suami tu. Tak payahlah nak manja-manja dengan papa lagi," sempat Ammar mengutuk si adik.
"Eleh, jealouslah tu!"
Mawar memeluk erat tangan papanya.
"Papa, saya nak minta izin. Nak tumpang tidur rumah papa dulu seminggu dua ni. Sebab rumah kami belum siap kemas lagi." Najmi garu kepala sambil tersengih.
"Boleh, Najmi. Papa lagi suka kalau korang ada kat sini." Dato' Azahari tersenyum.
"Terima kasih, papa."
"Ibu dah tidur ke, papa?" Mawar menyoal apabila kelibat Datin Sharifah tidak kelihatan.
"Yelah. Adik tengok jam pukul berapa sekarang? Dah pukul 10. Ibu tu kan tidur awal."
"Hm, okeylah. Adik nak naik tidur jugaklah, pa. Goodnight, pa. I love you!" Sekilas pipi Dato' Azahari dicium manja oleh anak perempuannya itu.
"Abang, nak naik sekali tak?" Mawar menyoal suaminya pula.
"Awak pergilah dulu. Nanti saya naik."
"Okey, abang. Bilik Yas betul-betul depan tangga tau. Takut abang salah masuk bilik pulak nanti." Mawar tersengih. Najmi angguk halus.
Mawar terus mendaki anak tangga meninggalkan tiga lelaki itu di bawah. Dia mengambil sehelai kertas A4 dan menulis sesuatu menggunakan pen marker hitam. Usai, dia menampal kertas itu di hadapan pintu biliknya. Risau jika suaminya tidak jumpa bilik tidurnya sebentar lagi.
"Okey. Siap! Hm?"
Hidung Mawar kembang-kempis menghirup udara di dalam kamarnya. Tidak ada bau wangi. Tangan mencapai pewangi udara lalu disembur ke setiap ruang.
Setelah berpuas hati, dia menilik cadar katil pula. Rasa macam dah lama sangat tak masuk bilik ni. Dikibas-kibas sedikit tilam dan bantal menghilangkan habuk, itu pun jika ada. Biliknya itu setiap hari dikemas oleh pembantu rumah.
"Okey, apa lagi? Dah wangi. Dah kemas. Settle!"
Mawar senyum girang. Sekarang dia cuma perlu tunggu suaminya masuk ke bilik saja. Sementara menunggu, dia membaca novel.
**********
"Yasmeen tu manja sikit, Najmi. Papa harap kamu boleh tahanlah dengan sikap budak-budak dia tu," ujar Dato' Azahari.
Najmi hanya membalas dengan senyuman halus.
"Kadang-kadang terlebih manja. Kalah budak-budak. Suruh makan ubat pun susah," sampuk Ammar pula.
"Ubat?" Najmi pelik.
"Yasmeen tu darah rendah. Ubat dia berlambak doktor bagi. Tapi makannya, tak diingatkan memang tak dimakanlah. Degil, macam papa!" Ammar menjuihkan bibirnya ke arah Dato' Azahari.
Ketawa besar lelaki separuh abad itu mendengar kata-kata si sulongnya.
"Oh ya, Najmi! Razif nak pindahkan saham dia pada kamu. Saham arwah Raqib dulu jatuh kepada Razif selepas dia meninggal. Bahagian abang kamu, Adha dah selesai. Tinggal bahagian kamu je belum selesai, Najmi."
YOU ARE READING
𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐍𝐚𝐣𝐦𝐢 (𝐂)
Romance𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐉𝐌𝐈 𝐱 𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐘𝐀𝐒𝐌𝐄𝐄𝐍 ~𝑻𝒊𝒂𝒅𝒂 𝒂𝒓𝒂𝒉 𝒌𝒆𝒎𝒃𝒂𝒍𝒊 𝒑𝒖𝒍𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒂𝒓𝒊𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒄𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒊𝒏𝒊~