BAB 34

501 26 12
                                    

Deringan telefon pintar Mawar di atas meja solek membawa langkah Najmi mendekat. Sebaik sahaja sampai di rumah tadi, isterinya itu terus memasak membuat sarapan untuk mereka.

Sudah diajak untuk makan di kedai sahaja, namun wanita itu menolak. Katanya teringin nak makan air tangan sendiri. Najmi pula tidak banyak kata, hanya menurut saja.

Hospital?

Dahi Najmi berkerut saat melihat nama si pemanggil. Baru saja tangannya hendak mencapai telefon pintar Mawar, isterinya sudah mengambil telefon itu terlebih dahulu.

"Apa ni sibuk-sibuk tengok call orang?"

Pantas Mawar membawa langkah keluar dari kamar seraya menjawab panggilan telefon. Najmi juga ikut melangkah keluar dari kamar. Senyap-senyap dia mengekori langkah si isteri dan mencuri dengar perbualan wanita itu yang melarikan diri ke dapur.

"Kau dah tengok result tu ke, Fatin?"

Najmi melihat isterinya itu sedang tekun mendengar butir bicara si pemanggil melalui corong telefon sambil berdiri bersandar pada island table. Serius wajah si isteri.

"No need. This is the second test. So, it's confirmed. Thanks, Fatin!" Terus Mawar tamatkan panggilan.

Najmi teguk liur. Kenapa hospital telefon isterinya? Dan dia dengar si isteri menyebut tentang keputusan sesuatu. Keputusan apa? Fikiran buruk mula bermain dalam kepala.

Isterinya... sakit?

"Sayang?"

Terhinggut bahu Mawar apabila Najmi memanggilnya. Lekas-lekas dia simpan telefon pintarnya ke dalam poket seluar.

"Nak makan ke? Saya dah siap masak," ujar Mawar.

Dia ambil mangkuk lalu mencedok sup bakso.

"Tolong bawa pergi depan."

Mawar hulurkan mangkuk tersebut kepada Najmi. Kemudian dia ambil pula bihun, daun sup, limau kasturi, isi ayam yang dicarik-carik, dan taugeh. Tekaknya teringin pula nak makan begitu sewaktu sedang datang bulan begini. Langkah di bawa menuju ke meja makan.

"Sayang, siapa call tadi?"

Baru kini Najmi dapat menanyakan soalan tersebut. Bakso bihun yang dimasak oleh isteri, dia makan dengan berselera. Sudah lama rasanya tidak makan masakan air tangan wanita itu.

"Kawan." Sepatah saja Mawar menjawab pertanyaan si suami.

"Kawan sayang nama Hospital?" Najmi menyoal inginkan kepastian.

"Tak payah banyak tanya. Boleh tak?" Bengis muka Mawar.

"Yelah, abang minta maaf. Sayang nak pergi jalan-jalan tak? Abang boleh bawakan," ujar Najmi ceria.

"Makan diam-diam je, boleh tak? Tolonglah! Tolong! Hilanglah selera aku nak makan. Banyak sangat soalan kau ni, Najemi!"

Mawar terus bangkit dan berjalan meninggalkan makanannya dan juga Najmi.

Najmi termangu sendirian. Seleranya turut hilang. Dia mengemas meja makan dan juga dapur. Sambil mengemas, air matanya mengalir perlahan, namun pantas diseka.

Benci sangatkah isterinya kepada dia?

Memang sudah tiada langsungkah ruang dan peluang untuk dia perbaiki semula segala-galanya?

**********

"Sayang nak pergi mana ni pakai cantik-cantik ni?" Najmi bertanya setelah duduk di birai katil.

"Keluar." Mendatar suara Mawar.

"Yelah. Keluar pergi mana, sayang?"

"Kenapa sibuk?"

𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐍𝐚𝐣𝐦𝐢 (𝐂)Where stories live. Discover now