Mawar leka membersihkan taman bunga Najmi. Sudah dua minggu dia berada di rumah Encik Razif. Aaryana datang kepadanya lalu berkata, "Akak, jom pergi shopping. Adik bosanlah," rengek Aaryana.
"Adik nak beli apa?" Mawar menoleh sekilas ke arah adik iparnya itu.
"Takde apa, just nak jalan-jalan je. Bosanlah kak duduk rumah je." Aaryana menjuihkan bibir.
Mawar tertawa halus melihat muncung Aaryana. Dah macam mulut itik! Dia bingkas bangun dan membersihkan tangan. Sisa dahan yang dipotong dikutip dan dibuang ke dalam plastik hitam.
Sejujurnya, dia juga bosan asyik terperap saja di rumah. Najmi juga masih belum pulang dari operasi ketenteraan. Mungkin esok atau lusa suaminya itu akan pulang.
Semenjak makan malam itu, dia perasan suaminya itu sudah kurang bercakap dengannya. Namun, perhatian yang diberikan tetap sama. Dia tahu, setiap malam lelaki itu akan mencium dahinya senyap-senyap sewaktu dia tidur. Dia juga tahu, lelaki itu merenung dan melihatnya dari jauh. Tidak lagi mengganggunya dengan soalan-soalan bodoh atau gurauan. Hanya bercakap dan bertanya perkara-perkara penting sahaja.
Contoh perkara penting? Mawar Yasmeen!
"Sayang dah makan ubat? Ni air untuk sayang. Jangan lupa makan tau!"
"Sayang ada teringin nak makan apa-apa? Nak abang belikan? Kalau nak apa-apa, bagitahu abang."
"Abang dah masukkan duit belanja untuk sayang. Pergilah shopping!"
"Kalau sayang nak keluar, keluarlah. Abang izinkan. Tapi hati-hati ya, sayang. Drive safe!"
Jika dulu dia yang beriya-iya menghantar pesanan Whatsapp panjang berjela, kini lelaki itu pula yang melakukan hal tersebut, menceritakan tentang aktiviti hariannya terutamanya sewaktu bekerja.
Memandangkan suaminya itu tahu dia sukakan langit dan awan, maka Najmi akan menangkap gambar pemandangan langit dan awan yang cantik lalu dihantar kepadanya.
Adakalanya, lelaki itu menghantar video yang dirakam sewaktu di dalam helikopter. Teringat akan hal itu, Mawar tersenyum.
"Akak!" Tegur Aaryana apabila melihat Mawar tersenyum sendiri.
"Huh? Oh, adik nak keluar! Boleh, tanya Kak Diya sekali dengan mama. Bolehlah kita girls' day out harini!" Mawar berkata ceria.
Aaryana bingkas bangun dan berlari anak mendapatkan mama serta kakak iparnya yang berada di dalam rumah.
"Kakak! Mama! Jom kita semua pergi shopping!"
Suara Aryana bergema di segenap ruang. Puan Humaira dan Diya yang sedang memasak di dapur, segera menoleh ke arah pemilik suara.
"Adik nak shopping apa?" Puan Humaira menyoal.
"Entah, adik nak jalan-jalan je. Bosan terperap kat rumah. Kakak tak bosan ke terperap je kat rumah?" Soalan ditujukan kepada Diya.
"Akak tak boleh ikutlah, adik. Sorry," balas Diya.
"Mama nak ikut?" Aaryana menyoal mamanya pula.
"Taklah, mama dah janji nak tea-time dengan kawan mama petang ni. Adik pergilah, tapi jangan balik lewat pula," pesan Puan Humaira.
"Hm, okeylah kalau macam tu. Adik pergi dengan Kak Mawar je."
Aaryana memeluk Puan Humaira dari arah belakang dan menghadiahkan kucupan pada pipi mamanya. Puan Humaira tersenyum dengan perangai manja si bongsu.
Diya juga ikut tersenyum melihat keakraban dua beranak itu. Ibu mentuanya tidak pernah membezakan kasih sayang di antara anak dan juga menantu. Semua dilayan sama rata.
YOU ARE READING
𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐍𝐚𝐣𝐦𝐢 (𝐂)
Romansa𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐉𝐌𝐈 𝐱 𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐘𝐀𝐒𝐌𝐄𝐄𝐍 ~𝑻𝒊𝒂𝒅𝒂 𝒂𝒓𝒂𝒉 𝒌𝒆𝒎𝒃𝒂𝒍𝒊 𝒑𝒖𝒍𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒂𝒓𝒊𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒄𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒊𝒏𝒊~