BAB 7

393 18 0
                                    

Mawar mendengus geram. Geram dengan lelaki itu. Siapa lagi kalau bukan Najmi! Telefon pintarnya dicampak atas tilam. Keluhan halus dilepaskan. Desakan lelaki itu benar-benar melelahkan jiwanya. Pesanan Whatsapp yang dihantar oleh Najmi tadi tidak dibalas.

Mata dipejamkan sebelum dibuka kembali apabila telefonnya menjerit meminta diangkat. Laju sahaja tangan menggesek skrin telefon apabila melihat nama si pemanggil.

"Halu, yadik manis? Kamu di mana? Turunlah, sayang! Aku di bawah ni!"

"Kau datang rumah aku ke?" Mawar membalas.

"Eh, tak! Nenek aku yang dalam kubur tu datang. Kesian rangka dia menunggu kau kat bawah tu. Turun kaih!"

"Okey, jap!"

Mawar mengukir senyum mendengar bicara sahabatnya, Darlina. Walaupun kasar gurauannya, namun itulah sahabatnya yang ada kala suka dan duka, susah dan senang.

Tanpa berlengah, dia bingkas bangkit dari pembaringannya dan menyarung tudung. Laju kakinya menuruni anak tangga.

"Dar!"

Mawar menjerit kecil sebaik sahaja kelibat sahabatnya itu menerpa pandangan mata. Teruja sebab dah lama tak jumpa. Padahal rumah dekat je pun! Namun kekangan masa membataskan waktu untuk mereka bertemu.

"Mawar!" Darlina juga teruja. Mereka melonjak-lonjak kegembiraan.

"Eh, mana ibu kau?" Darlina meliarkan mata ke sekeliling.

"Lepas ambil aku dari hospital tadi, papa dengan ibu aku keluar semula. Takde orang kat rumah ni," jawab Mawar.

Darlina melabuhkan duduknya di atas sofa mewah Dato' Azahari.

"Aku peninglah," ujar Mawar seraya melabuhkan punggung di sebelah Darlina.

"Pening apa pulak? Effect accident ke?" Darlina menyoal prihatin. Tapak tangan dilekapkan pada dahi Mawar.

"Bukan."

"Pastu? Kau kalau nak cakap, boleh tak cakap terus? Jangan tunggu aku tanya satu-satu. Boleh tak? Penat mulut aku," jeling Darlina.

"Family aku nak jodohkan aku dengan lelaki yang aku suka tu!"

Laju Mawar menutur kata. Mulut Darlina terbuka luas sebelum senyuman terbentuk perlahan-lahan.

"Family kau nak jodohkan kau dengan lelaki tu?" Darlina menyoal seakan tidak percaya. Mawar angguk laju.

"Lepastu? Lepastu?" Teruja Darlina ingin mendengar cerita sahabatnya itu.

"Tapi mamat tu taknak aku!" Mawar mendengus geram.

"Sebab dia ada pilihan sendiri?"

"Dia cakap dia tak cintakan aku. And hati dia masih pada orang lama. And, dia suruh aku tolak pinangan family dia!"

Mawar diam seketika. Darlina pula masih menunggu dia untuk meneruskan kata-kata.

"Aku pun macam, what? Kau taknak aku, kenapa kau taknak cakap sendiri dengan family kau yang kau taknak aku?"

"Maybe family dia berkeras juga nak dia kahwin dengan kau kut. So dia takde pilihan lain. Kalau kau sendiri yang tolak, takkanlah family dia nak paksa kau pulak. Kan?" Darlina memberi pendapat.

"Tapi aku nak dia... macam mana, Dar?" Rengek Mawar. Tangan Darlina digoncang-goncang olehnya.

"Baru je aku nak ucap tahniah, mamat tu pulak reject kau. Aduh! Dia ada girlfriend ke?"

𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐍𝐚𝐣𝐦𝐢 (𝐂)Where stories live. Discover now