TOK! TOK! TOK!
Datin Sharifah mengetuk pintu bilik Mawar. Baru saja tangan hendak mengetuk lagi sekali, pintu kamar sudah dibuka dari dalam. Muka Mawar yang baru bangun tidur muncul disebalik pintu.
"Ibu, kenapa?" Mawar menyoal sambil menggosok mata. Serak suaranya baru bangun tidur.
"Adik tidur apa petang-petang macamni? Jom, ikut papa dengan ibu!"
"Pergi mana?"
"Pergi rumah paklang. Kan dia orang buat jamuan makan-makan malam ni. Jom, siap-siap!"
"Hmmm... kkkk..." Mawar menjawab dengan mata masih tertutup. Dia bersandar pada pintu kamar.
"Yasmeen!" Datin Sharifah menepuk kuat bahu anak perempuannya itu.
"Aduh! Sakitlah, ibu!" Mawar menghentak-hentak kaki.
"Jangan tidur lagi! Pergi mandi, bersiap! Papa marah nanti ibu tak tahu. Bangun!"
Sempat Datin Sharifah menarik kuat hidung Mawar sebelum melangkah meninggalkannya. Perlahan-lahan Mawar menolak daun pintu, namun belum sempat ditutup habis, Najmi muncul.
"Abang! Bila balik?!"
Mawar teruja apabila kelibat suaminya muncul di depan pintu bilik dengan seragam celoreng. Terbuka luas matanya. Dah tak mengantuk seperti tadi.
"Semalam?" Najmi menjawab malas.
"Yeke? Yas tak nampak abang pun semalam." Dahinya berkerut. Bendul juga Si Mawar ni ya!
"Awak baru nampak saya ni, kan? Maksudnya saya baru baliklah ni."
Najmi jentik kuat dahi Mawar membuatkan wanita itu terjerit halus.
"Sakitlah, abang!"
"Padan muka! Suka sangat tanya soalan bongok!" balas Najmi.
"Abang kata dua minggu, hari ni baru hari ke...." Mawar membuat kira-kira dengan jarinya.
"Baru hari ke-12," sambungnya.
"So?"
"Tapi abang kata dua minggu. Dua minggu kan 14 hari?"
"Kurang dua hari je. Apa masalahnya?"
"Masalahnya, Yas rindu sangat kat abang!"
Terus Mawar peluk batang tubuh suaminya. Najmi kaku seketika sebelum meleraikan pelukan itu.
"Tepilah, Yasmeen!"
Tanpa sengaja, Najmi tertolak kuat tubuh Mawar membuatkan isterinya itu hampir saja jatuh ke lantai. Dia pula selamba saja terus berjalan menuju ke kamar mandi, tidak menghiraukan isterinya yang sedang memandang dia dengan mata yang berkaca.
Mawar mengetap bibir rapat-rapat. Taknak menangis! Taknak! Dia menjerit dalam hati.
"Jangan nangis, Yasmeen. Laki kau baru balik kerja. Dia penat, kau pulak nak mengada-ngada dengan dia macamtu. Siapa yang suka? No, jangan nangis!"
Mawar dongakkan kepala. Air mata yang bergenang, dia cuba masukkan kembali ke dalam mata. Sebaik sahaja suaminya keluar dari kamar mandi, Mawar pula masuk ke kamar mandi untuk membersihkan diri dan bersiap-siap. Dia tidak mahu papa dan ibunya menunggu lama.
"Abang nak pergi mana?" Mawar menyoal perlahan apabila melihat Najmi sudah siap memakai seluar jeans hitam dan baju melayu berwarna biru.
"Papa ajak pergi jamuan rumah paklang awak, kan?"
"Abang pergi jugak? Tapi kan abang baru je balik. Abang tak penat ke?"
"Cepatlah awak siap!"
Najmi terus keluar dari bilik. Mawar apalagi, bersemangat dia bersiap apabila ada si suami. Kalau tak, memang malas je rasanya dia nak pergi.
YOU ARE READING
𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐍𝐚𝐣𝐦𝐢 (𝐂)
Romance𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐉𝐌𝐈 𝐱 𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐘𝐀𝐒𝐌𝐄𝐄𝐍 ~𝑻𝒊𝒂𝒅𝒂 𝒂𝒓𝒂𝒉 𝒌𝒆𝒎𝒃𝒂𝒍𝒊 𝒑𝒖𝒍𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒂𝒓𝒊𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒄𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒊𝒏𝒊~