BAB 32

525 32 15
                                    

Dari jendela bilik tidur Najmi, Mawar lihat suaminya itu sedang berbicara dengan Diya. Seronok sungguh dia lihat wajah si suami. Senyuman lebar, ketawa kuat.

Pelik! Memang pelik!

Kenapa dengan orang lain, suaminya boleh bergelak tawa? Kenapa tidak dengan dirinya? Tidak dengan dirinya sebab memang langsung takde rasa kasih dalam hati lelaki itu untuk dirinya ke?

Dia leka memerhati si suami yang berada di taman bunga itu bersama birasnya. Terbit cemburu dalam hatinya apabila melihat si suami yang sedang berbual mesra dengan wanita lain. Namun, apa nak dihiraukan? Dia punya cemburu bukan ada makna pun untuk lelaki itu.

Dia duduk di birai katil sebelum merebahkan badan. Dinding ditenung lama. Teringat kembali sikap dinginnya terhadap sang suami.

Sepanjang Najmi pergi kursus, kerap juga lelaki itu menghantar pesanan Whatsapp menanyakan khabarnya. Namun, dia tidak pernah membalas. Atau jika perlu pun, dia hanya membalas ala kadar sahaja.

Semalam pun, dia tidak mempedulikan si suami. Entah dah makan ke belum sejurus lepas pulang dari kursus, dia pun tidak tahu. Perasaan bersalah menghantui dirinya. Tidak sepatutnya dia bercakap kasar dengan suaminya semalam. Buruk macam mana pun, benci sekalipun, lelaki itu tetap suaminya. Memang wajar dia ditampar oleh ibunya semalam.

TOK! TOK!

Pintu bilik diketuk dua kali sebelum dibuka dari luar. Bingkas Mawar bangkit apabila suaminya melangkah masuk.

"Jom! Nak balik sekarang? Saya dah siap ambil bunga," ujar Najmi.

"Takpe ke balik sekarang? Nanti family awak cakap apa pulak kita singgah sekejap je," balas Mawar pula.

"Takpe sebab mama dengan kak ipar pun nak keluar tu. Nak bawa Jibrael ke klinik. Takde orang pun kalau kita stay sini."

Terus Mawar capai beg tangannya dan berlalu keluar. Usai berpamit dengan ibu mentua dan birasnya, Mawar terus memboloskan diri ke dalam perut kereta.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah orang tua Mawar, tiada satu patah perkataan pun yang keluar daripada mulut mereka berdua.

Najmi sibuk memikirkan bagaimana lagi caranya dia harus buat untuk mengambil hati si isteri. Mawar pula sibuk memikirkan tentang perasaannya.

Betul ke apa yang aku buat ni? Berdosa ke aku buat dia macamni?

**********

"Ibu..." Mawar menegur Datin Sharifah yang sedang menggubah bunga bersama Najmi.

"Sayang..." Najmi menyapa ceria.

Sayang?

Mawar memandang pelik. Nasib baik ada ibunya di situ. Kalau tak, memang dah kena lempang agaknya mulut Najmi.

"Adik..." tegur Datin Sharifah.

Mawar memeluk Datin Sharifah daripada belakang lalu mencium sekilas pipi wanita itu.

"Nah! Untuk sayang!"

Najmi hulurkan sekuntum mawar merah untuk wanita bernama Mawar Yasmeen itu.

Terlihatkan pandangan Datin Sharifah yang tersenyum simpul ke arahnya, disambut juga huluran Najmi. Bibir dipaksa mengukir senyum. Taknaklah buat perangai depan Datin Sharifah, nanti tak pasal-pasal kena pelempang lagi!

"Bila abang datang, ibu?" Mawar menyoal tentang Ammar.

Bunga yang diberi oleh Najmi tadi, dia campakkan ke bawah meja secara sorok-sorok. Tidak mahu ibunya nampak dia buang bunga pemberian lelaki itu.

𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐍𝐚𝐣𝐦𝐢 (𝐂)Where stories live. Discover now