BAB 16

407 26 6
                                    

"Ryan Najmi Bin Ahmad Raqib, aku nikahkan akan dikau dan aku kahwinkan akan dikau dengan Mawar Yasmeen Binti Azahari, berwakil walikan bapanya kepadaku, dengan mas kahwinnya sepuluh ribu ringgit tunai!"

"Aku terima nikah Mawar Yasmeen Binti Azahari dengan mas kahwinnya sepuluh ribu ringgit tunai!"

Bergema suara Najmi melafazkan akad melalui pembesar suara di ruang dewan mewah hotel itu.

"Sah?" Jurunikah menoleh kiri dan kanan, memandang saksi.

"Sah!"

"Sah!"

"Sah!"

Serentak soalan jurunikah dijawab.

"Alhamdulillah!"

Mereka semua melafazkan rasa syukur di atas penyatuan dua jiwa dalam ikatan suci pernikahan. Usai doa dibaca, Najmi menyalami Encik Razif dan Dato' Azahari. Tubuhnya didakap oleh mereka. Kemudian, dia mendapatkan pula Adha dan Aaryan, serta rakan-rakan Alpha team yang hadir pada majlis pernikahannya.

"Tahniah, adik abang! Dah jadi suami orang. Jadi suami yang baik, bertanggungjawab, dan penyayang." Adha memberi nasihat selepas mendakap erat batang tubuh adiknya.

"Thanks, abang!" Ucap Najmi bersama seulas senyuman.

"Tahniah, Mi! Tak sangka kau dah pegang title 'suami'. Aku jelah yang masih teruna," sebik Aaryan lalu dia mendakap tubuh lelaki itu.

"Congrats, bro!"

Faleeq, Khairol, Aiman, Jep, dan Firdaus masing-masing mendapatkan Najmi dan memeluknya.

"Dah! Tu isteri dah tunggu. Pergi batal wuduk dulu," kata Adha, meleraikan mereka semua.

Najmi mendekati Mawar yang sedang duduk di atas pelamin yang dihiasi indah. Majlis pernikahan yang diadakan di sebuah hotel mewah lima bintang itu meriah dengan kehadiran sanak saudara dan sahabat handai.

"Assalamualaikum, suami Yasmeen."

Mawar hulurkan tangan ingin menyalam Najmi tatkala suaminya itu sudah berdiri di hadapannya.

"Waalaikumsalam." Najmi menjawab perlahan.

Najmi letakkan tangan kiri di atas ubun-ubun Mawar dan tangan kanan ditadah. Mawar juga ikut menadah tangan apabila suaminya mula membaca doa.

"اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ،
وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْه."

"Maksudnya: Ya Allah! Aku memohon kepada-Mu kebaikan isteriku ini yang Engkau telah ciptakan atasnya, dan aku berlindung dengan-Mu daripada keburukan yang Engkau telah ciptakan atasnya."

Rakan-rakan Najmi tidak melepaskan peluang untuk merakam dan mengambil gambar momen-momen indah ini. Masing-masing memegang telefon pintar dan dihalakan kepada sahabat mereka yang kini sudah bergelar suami orang. Suami kepada sis baja organik, bak kata Jep!

"Mi, tunggu apa lagi? Duduklah sebelah isteri tu. Sarungkan cincin, pakaikan gelang. Lepastu, serahkan mas kahwin. Lekas!" Puan Humaira memberi arahan.

"S-sarung ci-cincin?" Tergagap-gagap Najmi menyoal.

"Yelah! Sarung cincin," kata Puan Humaira lagi.

Najmi gugup. Dia melabuhkan punggung di sebelah Mawar, namun kepalanya terarah kepada si mama yang berdiri di hadapan pelamin.

"Janganlah tengok mama! Tengoklah isteri tu!"

Najmi telan liur. Kenapa nervous semacam ni? Dia merasakan tapak tangannya basah dengan air peluh. Pernafasan dikawal.

𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐍𝐚𝐣𝐦𝐢 (𝐂)Where stories live. Discover now