Mawar melangkah mendekati Najmi yang baru saja turun. Suaminya kelihatan segak dengan baju loreng digital.
Sudah hampir dua bulan dia menjadi isteri kepada lelaki itu. Namun sehingga ke hari ini, tidak pernah dia menyediakan pakaian kerja milik suaminya itu kerana suaminya tidak memberi izin kepadanya untuk berbuat demikian.
"Abang, jom makan! Yas dah siapkan sarapan."
Mawar mendekati si suami yang baru saja melabuhkan duduknya di atas sofa. Najmi mengerling jam di pergelangan tangan.
"Saya dah lambat ni. Tak sempat nak makan."
Mawar pantas berlari ke dapur dan kembali dengan pinggan berisi makanan serta segelas air ditangan.
"Nah! Bismillah!"
Mawar menyuakan mi goreng ke mulut Najmi membuatkan lelaki itu agak terkejut sedikit, namun dia tetap makan suapan daripada sang isteri sementara tangannya sibuk menyarung stoking ke kaki.
Usai, dia bingkas bangun melangkah ke luar dan menyarungkan bootnya. Suapan Mawar masih berterusan. Dalam tidak sedar, habis juga sepinggan dia makan disuap oleh wanita itu.
"Ha! Kan habis tu! Handsomenya suami Yas pakai uniform ni."
Mawar mengelap kesan comot makanan di bibir suaminya dengan jari-jemari. Najmi terpempan seketika dengan tindakan wanita itu.
"Awak dah makan belum? Sibuk bagi saya makan, awak jangan lupa makan pula." Najmi menitip pesan.
"Ya, abang. Nanti Yas makan. Suami Yas dulu, baru Yas." Mawar lemparkan senyuman manis.
"Ubat, jangan lupa! Saya pergi kerja dulu." Najmi segera memboloskan diri ke dalam kereta.
"Abang!" Mawar memanggil.
"Apa lagi, Yasmeen? Saya dah lambat ni!"
"Na... nak salam."
Mawar menghulurkan tangan. Najmi hulurkan juga tangannya dengan riak wajah yang serius.
"Hati-hati, abang. Abang balik pukul berapa hari ini? Nanti tengahari abang balik makan ke?"
Najmi menarik nafas panjang. Geram pula dengan isterinya yang bertanya soalan tanpa henti.
"Awak ingat saya kerja macam orang office ke, sayang? Tak tahu lagi. Kalau saya nak balik lunch, saya bagitahu awak dulu, ya sayang? Ada apa-apa lagi nak tanya, sayang?" Najmi memerli dengan jelingan tajam.
Mawar menggelengkan kepala. Tanya pun salah, getus hatinya. Namun begitu, hatinya tetap berbunga mendengar panggilan sayang daripada suaminya itu.
"Pintu pagar jangan lupa kunci. Pintu rumah pun kunci juga. Kalau ada apa-apa urgent, terus call saya."
"Kalau tak urgent, boleh call?"
Najmi membalas dengan jelingan tajam saja.
"Kalau rindu, boleh call tak?"
"Tak payah mengada-ngadalah, Yasmeen!"
"Yas kan mengada-ngada dengan abang je, suami Yas."
Najmi tidak menghiraukan kata-kata tersebut. Dia terus memandu kereta keluar dari perkarangan rumah.
Mawar pula tidak berganjak sehinggalah kelibat suaminya itu hilang dari pandangan. Dia melakukan pekerjaan rumah tangga, namun tidak banyak yang perlu dia kerjakan. Sudahnya, dia mengambil keputusan untuk membaca novel sehingga terlelap di atas sofa.
Ting!
Dia terjaga dari lelapnya saat mendengar bunyi telefon bimbitnya. Dia pantas membuka pesanan yang diterima daripada suaminya.
YOU ARE READING
𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐍𝐚𝐣𝐦𝐢 (𝐂)
Romance𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐉𝐌𝐈 𝐱 𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐘𝐀𝐒𝐌𝐄𝐄𝐍 ~𝑻𝒊𝒂𝒅𝒂 𝒂𝒓𝒂𝒉 𝒌𝒆𝒎𝒃𝒂𝒍𝒊 𝒑𝒖𝒍𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒂𝒓𝒊𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒄𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒊𝒏𝒊~