BAB 26

527 37 9
                                    

DING DONG !
DING DONG !
DING DONG !

Siapa pulak yang datang pagi-pagi buta ni? Mawar segera atur langkah, menjengah melalui jendela. Kelihatan kelibat Ariana yang sedang berdiri di luar pagar memegang sejambak bunga dan bungkusan plastik di tangan.

"Ariana?"

Dia buka pintu dan berdiri bercekak pinggang di muka pintu.

"Morning, Mawar!" Ariana lambaikan tangannya.

"Dah kenapa pagi-pagi buta datang rumah aku?" Mawar menyoal pelik. Dia berjalan ke arah pintu pagar.

"Najmi ada?"

"Ada apa kau cari laki aku?" Mawar angkat sebelah kening. Kecil besar, kecil besar je dia tengok Ariana saat ini.

"Dia sakit, kan?"

"Mana kau tahu dia sakit?"

"I stalked ig story you," selamba Ariana berkata.

"What?! Bila masa pulak kita follow each other?!"

"Mana husband you, Mawar?" Ariana terjengah-jengah kepala ke dalam rumah.

"Euw! Apehal cari laki orang? Tak malu eh?" Selar Mawar.

Datang rumah orang pagi-pagi, cari laki orang. Memang sah-sah tak malu! Mawar jeling tajam Si Ariana.

Dari jauh, kelihatan kelibat Najmi yang sedang berlari ke arah mereka. Berpeluh-peluh tubuh badan dan juga mukanya. Mawar terus membuka pagar dan menarik si suami masuk. Kemudian, dia tanpa segan silu memeluk erat batang tubuh suaminya yang berpeluh itu. Tindakannya itu seolah-olah nak menyedarkan Ariana bahawa lelaki itu miliknya.

Najmi biarkan sahaja perlakuan Mawar. Dia sembunyikan senyum melihat wajah si isteri yang jelas-jelas sedang menahan cemburu.

"Hi, morning! You baru balik jogging ke? Bukan you sakit?" Tegur Ariana. Sesekali mata dikerling kepada Mawar yang sedang memeluk erat batang tubuh Najmi.

"Morning! I baru lepas jogging. Semalam I demam sikit je," jawab Najmi.

"Tangan you kenapa?" Ariana menyoal apabila melihat lengan Najmi yang berbalut itu.

"Nothing much. Luka sikit je. By the way, ada apa you datang sini? Cari Yasmeen ke?"

"I cari you."

"Cari I? Kenapa?" Najmi berkerut dahi.

"Nah! Untuk you. I datang nak melawat orang sakit. Tapi, tengok-tengok, orang sakit dah baik. Siap berjogging lagi," ketawa Ariana. Bunga dan bungkusan plastik tadi dihulurkan kepada Najmi.

"Eh? Susah-susah je." Najmi sambut huluran tersebut dengan teragak-agak. Mawar lepaskan pelukannya. Dia bercekak pinggang.

"Ni kau dah nampak kan laki aku tak sakit, apa lagi? Baliklah!" Halau Mawar.

"Yasmeen, apa cakap dengan tetamu macam tu?" Najmi menegur isterinya. Ariana herotkan bibir.

"Taknak jemput I masuk ke?" Ariana ajukan pertanyaan.

"Taknak!" Mawar berpeluk tubuh.

"Masuklah!" Ajak Najmi.

Mawar jegilkan biji mata ke arah sang suami. Apa yang suaminya baik sangat dengan Si Ariana ni? Dia tidak berpuas hati.

"Cantik rumah you," puji Ariana.

"Credit to my wife! I beli rumah je. Yasmeen yang mengemas dan menghias."

𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐍𝐚𝐣𝐦𝐢 (𝐂)Where stories live. Discover now