"Asal kau lambat?" Najmi menyoal garang.
Belum sempat Mawar tutup pintu kereta, dia sudah diterjah begitu.
"Assalamualaikum, cik abang sayang. Bukan saya yang lambat, tapi awak yang cepat. Tak elok pagi-pagi ni marah-marah, cik abang sayang. Sebelum nak sambung marah, cik abang sayang tolong jawab dulu salam tu," ujar Mawar dengan perlian.
"Ugh!" Najmi mendengus.
"Dah jawab salam belum?" Mawar menyoal.
"Aku jawab dalam hatilah!"
Najmi mula memandu meninggalkan perkarangan rumah Dato' Azahari. Sesekali dia mengerling si tunang yang sedang sibuk menulis apa benda entah dalam buku nota kecil. Keluhan dilepaskan.
"Awak penat ke?" Polos Mawar menyoal.
"Penat sikit." Najmi menjawab malas.
"Awak larat ke? Harini kita nak pergi fitting baju, cari gelang batal air sembahyang. Tengok muka awak macam penat sangat je."
"Kau ingat aku lembik macam kau ke?" Najmi jeling si tunang di sebelah.
"Hm, okey."
Malas hendak memanjangkan cerita, Mawar kunci mulut. Tidak mahu bertanya apa-apa lagi. Suasana sepi di dalam kereta. Hanya alunan radio yang menjadi halwa telinga.
"Kau kenapa sok sek sok sek dari tadi? Demam ke?" Najmi menyoal apabila dia terdengar Mawar seperti sedang selesema.
"Aircond kereta awak kuat sangat. Saya tak tahan sejuk," jawab Mawar.
Hidungnya ditutup dengan tisu. Tidak mahu air hidung keluar meleleh. Malulah nanti kalau hingus keluar depan bakal suami!
"Aircond aku buka satu je," jeling Najmi.
"Ya, takpelah. Buka jelah aircond. Saya takde suruh awak tutup pun," balas Mawar bersama senyum tipis. Pandangan dilontarkan ke luar.
"Nah!"
Najmi hulurkan sweater miliknya yang tergantung di bahagian belakang.
"Nak buat apa?" Mawar menyoal pelik.
"Entah. Esok lusa manalah tahu kut-kut kau nak meniaga nasi lemak, bolehlah bungkus pakai benda ni," perli Najmi.
Jelingan halus diberikan kepada Mawar sebelum berkata, "Dah kau kata sejuk tadi, pakailah sweater ni! Suka tanya soalan bongok."
Mawar kulum senyum. Mulut dengan perbuatan tak seiring. Nak buat sweet-sweet dengan orang, tapi mulut tak reti nak sweet-sweet. Nasib baik sayang, desis Mawar dalam hatinya.
Hampir 30 minit memandu, mereka tiba di destinasi; sebuah butik pengantin ekslusif.
"Selamat datang, Cik Mawar." Pengurus butik menyapa mesra.
Najmi terus mengambil tempat duduk di atas sofa yang disediakan. Niatnya ingin berehat sebentar menghilangkan penat.
Tidaklah penat mana, tapi memandangkan luka tembakannya belum pulih sepenuhnya, jadi kesakitan itu masih menjalar ke seluruh tubuh apabila dia banyak bergerak. Terjengket-jengket dia berjalan dengan bantuan topang kaki.
"Hai Lina, baju saya macam mana? Dah settle?" Mawar menyoal mesra pengurus butik yang bernama Lina itu seraya melirik sekilas ke arah Najmi.
"All is done, Cik Mawar. Baju nikah dah siap. Baju sanding pun sudah siap."
Tidak lama, tiga orang staf butik datang membawa baju nikah dan baju sanding yang ditempah oleh Mawar.
"Cantiknya, Ya Allah!" Mawar teruja melihat busana nikah yang akan digayakan pada hari perkahwinannya nanti.
YOU ARE READING
𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐍𝐚𝐣𝐦𝐢 (𝐂)
Romance𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐉𝐌𝐈 𝐱 𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐘𝐀𝐒𝐌𝐄𝐄𝐍 ~𝑻𝒊𝒂𝒅𝒂 𝒂𝒓𝒂𝒉 𝒌𝒆𝒎𝒃𝒂𝒍𝒊 𝒑𝒖𝒍𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒂𝒓𝒊𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒄𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒊𝒏𝒊~