Waktu bergulir. Hari berganti hari. Kini sudah hampir enam bulan Mawar bergelar isteri. Selama itu jugalah layanan suaminya acuh tak acuh kepadanya. Sekejap layan baik macam tuan puteri, sekejap layan macam singa tertelan kapur. Ada ketika dia terfikir, adakah suaminya itu mempunyai masalah mental?
Haipp! Tak baik kata suami sendiri macam itu. Dia beristighfar.
Sungguh pun layanan suaminya begitu, namun nafkah serta kebajikan dirinya dijaga dengan baik. Wang nafkah untuk dirinya serta perbelanjaan harian keperluan rumah semuanya lengkap disediakan.
Tidak dinafikan, Najmi ialah seorang suami yang bertanggungjawab. Hanya saja masih belum ada cinta dalam hati lelaki itu buat dirinya. Andai saja cinta Najmi miliknya, pasti dia wanita paling beruntung di dalam dunia ini, senandika berbicara.
Perihal wanita bernama Hana itu juga, setiap masa bermain dalam kepalanya. Siapa sebenarnya Hana? Kalau dilihat pada gaya suaminya, Hana itu merupakan seseorang yang penting pada suaminya. Terdetik dalam hatinya untuk menemui Hana, namun amaran suaminya terngiang-ngiang dalam kepala.
"Awak jangan memandai nak cari tahu pasal Hana. Jangan cuba-cuba nak stalk dia atau apa-apa. Faham tak?!"
"Kalau Yas buat jugak, kenapa? Abang nak pukul Yas ke?" Sinis Mawar menyoal.
"Saya tak dayus nak pukul perempuan, Yasmeen. Saya cakap jangan, jangan! No means no! Faham tak?!" Tinggi suara Najmi.
Itulah amaran yang pernah diberikan oleh Najmi kepadanya. Sehingga sekarang dia hanya biarkan saja dulu hal itu. Bukannya sebab takut akan amaran si suami, namun kerana dia sendiri rasa dirinya masih belum cukup kuat untuk mengetahui kebenaran yang bakal keluar nanti.
Mawar menuruni anak tangga perlahan-lahan. Kelihatan suaminya sedang berbaring di atas sofa dengan pakaian seragamnya.
Mesti baru balik kerja, desis hatinya. Perlahan anak langkah diatur mendekati si suami yang sedang leka dengan telefonnya.
"Abang, Yas demam."
Serak suaranya. Anak tekak terasa perit benar. Muka pula pucat. Bibir jelas kelihatan kering tanda kekurangan air. Koyok ditampal pada kiri dan kanan kepala.
Harap-harap dapat attention daripada suami, getus hatinya.
"Dah makan ubat?" Najmi menoleh sekilas sebelum mata kembali difokuskan pada skrin telefon.
"Belum."
"Kenapa tak makan ubat?"
"Abang bawa Yas pergi klinik sekejap, boleh?"
"Ni awak elok je boleh berjalan, boleh bangun lagi ni. Tak adalah teruk mana demam awak ni," ujar Najmi dengan mata yang masih tertancap pada skrin telefon.
Mata Mawar berkaca. Bibir diketap rapat menahan rasa. Sedaya-upaya ditahan agar air matanya tidak tumpah di hadapan lelaki itu yang tidak suka melihat dia menangis.
"Takpelah, abang."
Mawar pusingkan badan berkira-kira hendak kembali ke bilik tidur.
"Sakit sangat ke? Awak makan dulu ubat. Tak payahlah pergi klinik. Dah dekat Maghrib ni saya malas nak keluar. Demam sikit je," ujar Najmi
Mawar pusingkan kembali badan menghadap Najmi. Kuyu matanya menatap lelaki itu.
"Esok kalau tak baik lagi demam awak tu, baru saya bawa pergi klinik. Atau saya bawa je awak ke hospital terus!" Najmi menyambung.
Mawar tidak mempedulikan kata-kata suaminya. Dia pantas berbaring di atas badan Najmi yang sedang leka dengan telefonnya dan memeluk erat leher suaminya.
YOU ARE READING
𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐍𝐚𝐣𝐦𝐢 (𝐂)
Romance𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐉𝐌𝐈 𝐱 𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐘𝐀𝐒𝐌𝐄𝐄𝐍 ~𝑻𝒊𝒂𝒅𝒂 𝒂𝒓𝒂𝒉 𝒌𝒆𝒎𝒃𝒂𝒍𝒊 𝒑𝒖𝒍𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒂𝒓𝒊𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒄𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒊𝒏𝒊~