Tiga hari kemudian...
Najmi baru saja memarkirkan motosikalnya. Kelihatan Puan Humaira menjinjing banyak beg plastik dan beg kertas di tangan. Malahan, pada tangan pemandu peribadi keluarga mereka, Pak Tam juga terdapat beberapa beg plastik. Dia menapak mendekati dua insan itu.
"Mama, banyak belanja. Beli apa ni?" Najmi menyoal sebelum meneguk air mineral.
"Oh! Ni barang-barang nak buat hantaran Mi!"
Puuuurrrrrffffff!!!!
Tersembur keluar air mineral yang sedang diteguk sebaik sahaja mendengar jawapan itu. Nasib baik tidak kena pada Puan Humaira dan Pak Tam yang berada di hadapannya.
"Dia terima?!" Najmi menyoal seakan tidak percaya.
"Astaghfirullah! Terkejut sangat ke, Mi?" Puan Humaira menyoal.
Pak Tam pula sudah tersengih-sengih. Najmi menggaru kepala mendengar pertanyaan itu. Mereka melangkah masuk ke dalam rumah. Beg plastik yang berada pada tangan, Pak Tam letak di atas meja sebelum berpamit, "Puan, saya keluar dulu ya!"
Puan Humaira mengangguk lalu berkata, "Terima kasih ya, Pak Tam!"
"Dia terima ke, mama?" Najmi menyoal lagi.
"Yelah! Datin Sharifah cakap, Mawar setuju untuk dijodohkan dengan Mi. Kalau tak, buat apa mama beli barang-barang ni semua? Takkan nak masuk meminang madu untuk mama pulak?" Puan Humaira berkerut dahi melihat reaksi terkejut Najmi.
"Dia setuju?" Najmi menyoal lagi.
"Astaghfirullah, budak ni. Kenapa? Tak percaya?" Puan Humaira pula menyoal.
"Huh? T-ta-takde apa."
Najmi menyengih seraya menahan geram. Botol air yang berada dalam tapak tangan digenggam kuat sehingga kemek. Dia mendaki anak tangga laju menuju ke kamarnya. Telefon pintar dikeluarkan dari poket. Laju jari-jemarinya menari di atas skrin.
[Whatsapp]
Ryan Najmi : Kan aku dah suruh kau reject aku! Kenapa kau terima?!Merah padam wajahnya. Dia mengipas-ngipas muka sendiri dengan tangan sambil menunggu balasan mesej daripada wanita itu. Dengan baju celoreng harimau masih tersarung di badan, dia berjalan mundar-mandir di dalam kamar untuk beberapa ketika sebelum akhirnya punggung dilabuhkan di birai katil. Keluhan halus dilepaskan.
"Betul jugak cakap dia. Kalau kau taknak, kenapa kau tak cakap sendiri dengan mama, yang kau taknak?" Najmi menyoal diri sendiri.
"Kenapa kau nak kena susahkan dia macamni pulak?"
"Aku tak sampai hati nak tolak permintaan mama."
Dia yang memberi pertanyaan, dia juga yang memberi jawapan. Keluhan berat dilepaskan. Sama berat dengan isi dalam kepala otaknya saat ini. Badan dijatuhkan di atas tilam, berbaring terlentang.
"I miss you."
Perlahan Najmi menggumam sebelum mata dipejamkan rapat. Ingin menghilangkan penat barang sebentar.
"Jangan terperangkap dengan masa lalu awak bersama saya. Awak berhak untuk bahagia, sayang. Lupakan saya. Teruskan hidup awak. Lupakan saya, Najmi."
Suara itu kedengaran jelas bersama bunyi deburan ombak namun si pemilik suara tidak kelihatan. Najmi yang sedang berdiri di gigi air menoleh sekeliling mencari pemilik suara.
"Impian kita untuk menggapai cita-cita dan bahagia bersama tidak tercapai. Awak masih ada peluang untuk gapai bahagia itu bersama orang lain. Terimalah dia, sayang. Awak berhak bahagia. Lupakan saya."
YOU ARE READING
𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐍𝐚𝐣𝐦𝐢 (𝐂)
Romance𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐉𝐌𝐈 𝐱 𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐘𝐀𝐒𝐌𝐄𝐄𝐍 ~𝑻𝒊𝒂𝒅𝒂 𝒂𝒓𝒂𝒉 𝒌𝒆𝒎𝒃𝒂𝒍𝒊 𝒑𝒖𝒍𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒂𝒓𝒊𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒄𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒊𝒏𝒊~