BAB 27

376 15 3
                                    

Hujan lebat mencurah. Guruh berdentum. Mawar buka mata apabila merasakan ada tangan yang berlingkar pada pinggangnya. Dia kini sedang berada dalam dakapan erat si suami.

Tapi macam mana dia boleh ada di dalam bilik? Semalam seingat dia, dia berbaring di atas sofa selepas bertekak dengan si suami. Terasa hati punya pasal, konon-konon taknak tidur dalam bilik.

Jam pada telefon pintar, dia lirik. Baru pukul 2:40 pagi. Perlahan-lahan dia angkat tangan si suami dan cuba untuk bangun, namun badannya ditarik kembali ke dalam dakapan. Kali ini, lebih erat.

"Nak pergi mana?" Parau suara Najmi berbisik.

Mawar tidak menjawab. Dia kaku saja begitu. Terasa hembusan nafas hangat si suami pada batang lehernya. Setelah yakin suaminya itu benar-benar sudah tertidur, dia cuba leraikan lagi rangkulan tangan Najmi pada tubuhnya. Kali ini, berjaya!

Dia terus menuju ke kamar mandi, mengambil wuduk dan menunaikan solat sunat Tahajud. Teringat satu ceramah yang dia dengar, doa yang dilangitkan sewaktu tahajud umpama anak panah yang tepat mengena pada sasaran. Jadi, dia ingin mengambil kesempatan ini untuk melangitkan segala doa dan keinginannya, tambahan pula hari hujan. Waktu hujan adalah merupakan antara waktu-waktu yang dimakbulkan doa. Semoga segala doa-doanya akan dimakbulkan oleh Allah.

**********

"Selamat pagi, suami Yasmeen!" Ceria suara Mawar menyapa si suami yang baru saja duduk di meja makan.

"Pagi." Perlahan Najmi membalas.

"Abang nak apa? Nasi goreng? Roti? Mi goreng?"

"Kenapa masak banyak-banyak ni?"

"Saja." Mawar senyum segaris.

"Saja nak membazir?" Selar Najmi.

"Mana ada membazir. Yas dah hantar sikit kat rumah Kak Mona. Anak-anak dia kan ramai. Yas semenjak jadi suri rumah ni kan, skill memasak Yas semakin hebat tau, abang!" Mawar puji diri sendiri.

"So, suami Yasmeen nak makan apa?" Mawar bertanya lagi.

"Apa-apa jelah, Yasmeen."

"Nasi? Mi? Dua-dua jelah." Mawar ambil sesenduk nasi dan mi lalu diletakkan ke dalam pinggan.

"Saya makan sendiri." Najmi berkata sebaik sahaja Mawar mula angkat sudu untuk disuapkan ke mulutnya.

"Okey," balas Mawar bersama senyuman.

Dia ambil makanan lalu diletakkan ke dalam pinggannya pula. Usai makan, Najmi terus bangkit sambil mengangkat pinggannya.

"Eh, abang! Nak pergi mana? Tinggal je pinggan kat sini, nanti Yas kemas." Mawar ambil pinggan daripada tangan Najmi dan diletakkan kembali di atas meja makan.

Najmi pula terus melangkah keluar dari ruang makan. Mawar membuntuti langkah si suami walaupun dia belum selesai makan.

"Stoking abang mana? Sini Yas pakaikan."

Mawar tarik stoking yang terjuntai keluar daripada poket seluar Najmi. Dia bertinggung di atas lantai manakala Najmi pula sudah duduk di atas bangku.

"Yasmeen, saya boleh pakai sendiri. Hari-hari awak pakaikan untuk saya, nanti orang nampak orang cakap apa pulak?"

"Lah... orang nak cakap apa pulak, abang? Kat tiktok tu Yas nampak isteri pakaikan stoking untuk suami dia orang, elok je. Takde yang kecam pun. Macamni jelah cara kami isteri-isteri nak dapatkan pahala. Berbakti pada suami!"

Najmi ukir senyum tipis mendengar kata-kata Mawar.

"Dah siap!" Dia terus bangkit. Najmi juga ikut bangkit. Hujan masih menyimbah bumi.

𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐍𝐚𝐣𝐦𝐢 (𝐂)Where stories live. Discover now