Najmi berpeluk tubuh sambil menyandar pada kerusi. Dari kejauhan, ternampak kelibat manusia yang ditunggu dari tadi. Jam tangan dilirik sekilas. Lambat 20 minit!
"Awak, sorry saya lambat."
Mawar merapatkan kedua-dua tapak tangan. Dia melabuhkan punggung di hadapan lelaki itu yang sedang memicing mata memandang ke arahnya.
"Kau tak reti tengok maps, kan? Lepastu kau sesat. Sebabtu kau lambat. Macam nilah perempuan," kata Najmi. Mawar memicing mata.
"Terbukti!" Sambung Najmi sinis.
"Apa yang terbukti?" Mawar menyoal pelik.
"Terbukti, perempuan tak pandai tengok maps. Buta peta!" Bibir terherot sinis.
"Amboi! Sedap mulut kutuk kaum saya! 20 minit je pun lambat. Bukan 20 jam!" Balas Mawar, geram.
Najmi senyum mengejek lalu menyoal, "Nama kau Mawar Yasmeen?"
"Ya, saya Mawar Yasmeen." Mawar menjulingkan mata ke atas. Padahal dah tahu nama, saja buat-buat tanya pulak!
"What should I call you? Mawar? Yasmeen?"
"Panggil sayang jelah." Mawar pantas menekup mulut dengan tangan. Dia menepuk perlahan dahinya.
Najmi pula tersedak air liur mendengar bicara wanita itu. Bukan main selamba lagi bercakap! Pernafasan dikawal. Air teh o ais dalam gelas disedut laju.
"Semalam kan awak panggil saya Yasmeen. So, Yasmeen jelah," kata Mawar.
"Okay, whatever! Aku nak kau tolak kalau mama aku datang meminang kau," ujar Najmi tanpa basa-basi.
"Ke-kenapa?" Mawar menyoal dengan dahi berkerut.
"Kenapa? Maksudnya kau dah tahulah yang mama aku nak pinang kau?" Garang tatapan Najmi kepada Mawar.
"Err, t-ta-takdelah. Meminang saya untuk siapa?" Lambat-lambat Mawar mengajukan pertanyaan.
Bukannya dia tidak tahu soal itu. Ibunya sudah memberitahu soal itu pagi tadi. Dan dia dengan pantas saja memberikan kata setuju. Namun, dia tidak pula menyangka kalau lelaki itu hendak berjumpa dengannya untuk membahas soal ini.
"Aku! Dan aku nak kau tolak!" Jari telunjuk dihala tepat ke wajah Mawar.
"K-kenapa pulak?"
"Simple. Because I don't love you!" Tegas suara Najmi berkata.
"Macam mana nak kahwin kalau tak ada rasa cinta?" Najmi menyambung.
Mawar pula terkedu. Lelaki itu benar-benar menolak dirinya. Sedangkan dia, dia sukakan lelaki itu sejak dulu lagi.
"Kalau awak taknak kahwin dengan saya, you should tell your family about this, Encik Ryan Najmi!" Mawar pula bertegas.
"Kenapa kau nak rumitkan keadaan? Kau boleh je kan tolak terus? Cakap je taknak! Apa masalahnya?" Najmi sudah mula geram apabila wanita itu dilihat seakan tidak mahu memberi kerjasama.
"Kenapa awak nak rumitkan keadaan? Awak boleh je kan cakap dengan family awak yang awak taknak kahwin dengan saya? Cakap je taknak! Apa masalahnya?"
Mawar memulangkan kembali kata-kata tersebut kepada lelaki di hadapannya itu. Dia juga sudah mula geram dengan sikap lelaki itu.
"Okey, saya minta maaf sebab cakap kasar dengan awak tadi," ujar Najmi. Bahasa panggilannya sudah berubah. Suaranya juga mengendur, tidak lagi keras seperti mula-mula tadi.
Mawar menjeling sekilas mendengar ucapan maaf tersebut. Apa masalah lelaki ini, dia sendiri tidak tahu. Kalau taknak, cakap jelah taknak kepada keluarganya sendiri. Perlu ke menyusahkan dirinya begini semata-mata hendak meminta dia menolak peminangan yang dihantar oleh keluarga lelaki itu sendiri? Mawar melepaskan keluhan.
YOU ARE READING
𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐍𝐚𝐣𝐦𝐢 (𝐂)
Romance𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐉𝐌𝐈 𝐱 𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐘𝐀𝐒𝐌𝐄𝐄𝐍 ~𝑻𝒊𝒂𝒅𝒂 𝒂𝒓𝒂𝒉 𝒌𝒆𝒎𝒃𝒂𝒍𝒊 𝒑𝒖𝒍𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒂𝒓𝒊𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒄𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒊𝒏𝒊~