Najmi menapak menuju ke kolam ikan milik Aaryan. Bunyi curahan air menenangkan jiwa dan mindanya. Langit malam yang luas terbentang dihiasi bintang-bintang bersinar, ditatap dengan senyuman. Indahnya ciptaanMu, Tuhan! Dia berkata dalam hati.
"Mi, termenung apa tu?" Puan Humaira muncul. Dia melabuhkan punggung di sebelah Najmi.
"Mana ada termenung," jawab Najmi.
"Mi, penat ke?" Puan Humaira menyoal. Dia tahu lelaki itu baru pulang dari latihan ketenteraan di Perak siang tadi.
"Biasalah, ma. Penat memang penat. Kenapa, ma? Mama nak Mi tolong apa-apa ke?"
"Takde apa. Saja tanya. Tapi mama ada benda lain nak tanya sebenarnya." Puan Humaira tersenyum simpul.
"Tanya apa, ma?"
Perhatiannya yang tadi diberi pada telefon kini beralih kepada mamanya pula. Diletakkan telefon di atas meja.
"Mi ingat lagi haritu anak Dato' Azahari, Mawar? Mama berkenan sangat kat dia."
Najmi dapat menangkap maksud disebalik kata-kata Puan Humaira. Dalam tidak sedar, dia sembunyikan senyum. Nafas dihela perlahan.
"Okey, mama berkenan kat dia. Hm, mama nak ambil dia jadi anak angkat mama ke?" Najmi pura-pura bertanya.
"Ish! Apa pula anak angkat."
Mata dipicingkan melihat ke arah Najmi lalu berkata, "Mi suka dia tak?"
Najmi tersedak air liur. Terbatuk-batuk dia. Diurut perlahan dada.
"Allah! Baru tanya sikit dah tersedak!"
Puan Humaira menepuk belakang badan Najmi. Senyuman halus terbit di bibir.
"Mama tanya apa tadi?" Najmi menyoal setelah batuknya kembali reda.
"Mama tanya, Mi suka tak dengan si Mawar tu? Orangnya cantik, manis, ayu, sopan-santun. Cikgu tadika. Suka budak-budak pulak tu. Haritu mama nampak dia melayan anak buah dia tu, suka mama tengok dia. Sejuk je mata ni. Hati pun sejuk je kalau dapat jadikan dia menantu." Puan Humaira berkias.
Najmi tergamam. Lama dia diam, tidak membalas kata-kata mamanya.
"Mi, suka dia tak?" Puan Humaira mengulang lagi soalannya.
"Mama suka dia?"
Puan Humaira angguk laju.
"Mama nak Mi kahwin dengan dia?"
Puan Humaira angguk lagi.
"Mama happy kalau Mi kahwin dengan dia?"
Anggukan diterima lagi daripada Puan Humaira.
"Dia nak ke kahwin dengan Mi?" Najmi garu kepala.
"Yang itu tak penting. Yang penting sekarang ni, mama nak tahu jawapan Mi je. Kalau Mi suka, mama boleh pinangkan dia."
"Mama suka dia, kan? Mama happy kalau Mi kahwin dengan dia, kan?" Sekali lagi diulang soalan yang sama.
"Memang mama suka dia, tapi mama pun taknak paksa Mi. Mama cuma tanya aje. Kalau Mi taknak, mama tak paksa," ujar Puan Humaira dengan lembut.
Dia mahukan yang terbaik untuk Najmi yang sudah dijaga seperti anak sendiri, namun dalam masa yang sama dia tidak mahu memaksa. Lelaki itu berhak memilih kehidupannya sendiri.
"Anything for you, mama. Kalau mama happy, Mi pun happy."
Senyuman manis dilemparkan buat wanita yang sudah menjadi sosok seorang ibu buat dirinya selama berbelas tahun itu. Apa saja, asalkan wanita itu gembira.
YOU ARE READING
𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐍𝐚𝐣𝐦𝐢 (𝐂)
Romance𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐉𝐌𝐈 𝐱 𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐘𝐀𝐒𝐌𝐄𝐄𝐍 ~𝑻𝒊𝒂𝒅𝒂 𝒂𝒓𝒂𝒉 𝒌𝒆𝒎𝒃𝒂𝒍𝒊 𝒑𝒖𝒍𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒂𝒓𝒊𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒄𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒊𝒏𝒊~