Semua dokumen permohonan pernikahan sudah siap dikepilkan. Esok, dia akan menghantar dokumen-dokumen tersebut ke pejabat agama. Segala-segalanya sudah lengkap. Lega rasa hatinya.
Nafas dihela panjang. Dua minggu lagi majlis pernikahan mereka akan berlangsung. Perasaan gemuruh, gementar, bimbang, dan takut bercampur-baur.
Ting!
[Whatsapp]
Mr Fiancè : Esok kau pergi pejabat agama sendiri. Aku ada hal.[Whatsapp]
Mawar Yasmeen : Hal apa? Kan awak dah janji nak pergi sama-sama dengan saya.[Whatsapp]
Mr Fiancè : Kerja. Ada operasi. Kau tolong settle semua eh. Thanks![Whatsapp]
Mawar Yasmeen : Jaga diri elok-elok, bakal suami❤️Bluetick? Sudah tentu!
Dia menapak keluar dari bilik. Riuh-rendah suara ahli keluarga di bawah. Abang dan kakaknya pulang ke rumah ini pada hari hujung minggu bersama keluarga masing-masing. Anak buahnya, Aisyah sedang menempel dekat papanya, Dato' Azahari.
"Ish! Apa ni, Cah? Ini papa aunty la. Awak pergi kat papa awak sana!" Mawar berpura-pura menghalau kanak-kanak itu.
"Ish! Ni atok Aisyah la. Aunty la pergi kat papa sana," marah Aisyah.
"Eh, ini papa saya! Itu yang kat sana, papa awak! Awak pergi duduk kat papa awak. Saya nak duduk kat papa saya!"
Mawar bercekak pinggang. Suka benar dia menyakat kanak-kanak itu.
"Yas ni kan, dengan budak-budak pun nak cari gaduh," omel Ammar Khaleef, anak sulong Dato' Azahari.
"Eh! Ini papa Yas. Abang kan papa Aisyah, suruhlah dia duduk kat abang. Bluek!"
Mawar ambil tangan Dato' Azahari yang sedang memeluk Aisyah lalu digenggam erat. Taknak berkongsi!
"Ish, taknak kawan dengan aunty!"
Cemberut wajah Aisyah seraya berlari ke arah papanya. Dato' Azahari menggeleng halus melihat telatah anak gadisnya. Suka betul dia mengacau anak buah dia yang seorang tu.
"Esok Yas nak pergi pejabat agama?" Dato' Azahari menyoal.
"Haah, papa! Patutnya pergi dengan Najmi, tapi dia kena masuk operasi pulak tiba-tiba. Baru tadi dia bagitahu Yas."
"Takpelah, memang kerja dia jaga keamanan negara."
"Nanti lepas kahwin mesti Yas selalu kena tinggal dengan dia, kan papa?" Mawar merangkul erat lengan Dato' Azahari.
"Yas kena bangga tau. Bakal suami Yas wira negara. Sanggup berkorban demi negara. Pertaruhkan nyawa untuk negara dan rakyat. Jaga keamanan negara dari anasir-anasir luar."
"Tapi Yas takutlah, papa. Risau kalau apa-apa jadi masa dia tengah kerja," balas Mawar.
"Yas doakanlah dia. Minta perlindungan dari Allah untuk suami. Doa itu senjata orang mukmin. Lagi-lagi doa seorang isteri untuk suami. Sama makbul macam doa seorang ibu untuk anaknya tau. Dah kahwin nanti, dengar cakap suami. Taat perintah suami selagi ia tidak bertentangan dengan syariat Islam. Jangan nak buat perangai keras kepala. Jangan nak degil," panjang lebar Dato' Azahari memberi pesan kepada anak gadisnya.
Dua minggu sahaja lagi, dia akan melepaskan tanggungjawab dan amanahnya itu kepada lelaki lain yang akan menggalas peranan sebagai seorang suami kepada anaknya itu. Sebak pula rasa hatinya. Perlahan dikucup tepi kepala si anak yang sedang bersandar padanya.
"Lepasni Aisyah dah boleh manja-manja dengan atok pulak," sampuk Ammar.
"Yeke, papa?" Bersinar mata Aisyah.
YOU ARE READING
𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐍𝐚𝐣𝐦𝐢 (𝐂)
Любовные романы𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐉𝐌𝐈 𝐱 𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐘𝐀𝐒𝐌𝐄𝐄𝐍 ~𝑻𝒊𝒂𝒅𝒂 𝒂𝒓𝒂𝒉 𝒌𝒆𝒎𝒃𝒂𝒍𝒊 𝒑𝒖𝒍𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒂𝒓𝒊𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒄𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒊𝒏𝒊~