Mawar hanya memerhatikan saja suaminya yang sedang bersiap-siap dengan seragam celoreng. Cantik pula corak baju itu pada pandangan matanya.
"Lamanya dua minggu abang pergi training," sebik Mawar.
"Dua minggu je pun. Bukan dua bulan. By the time saya balik nanti, awak dah tak kerja lagi, kan?"
"Ya, abang. Abang balik nanti, Yas dah jadi suri rumah sepenuh masa. Suri rumah yang berjaya!" Seloroh Mawar.
"Ubat dah makan belum?" Najmi menyoal apabila teringat soal itu.
"Hmm... belum. Itu... itu k-kena ambil lepas makan," ujar Mawar tergagap-gagap.
"Okey, so ambil ubat awak. Now! Jangan degil, Yasmeen. Jangan sampai saya suruh awak record video awak telan ubat tu sebagai bukti."
"Ya, abang. Kalau hari-hari abang ingatkan Yas macamni, barulah Yas semangat nak makan ubat," kata Mawar. Gembira.
"Ngada-ngada," gumam Najmi.
"Abang, apa beza baju seragam abang yang ni dengan yang biru tu?" Mawar menyoal.
"Kenapa tanya?" Najmi menjeling sekilas.
"Saja je, nak tahu."
"Pergilah google," balas Najmi. Tidak diendahkan soalan si isteri tadi.
"Tak jumpa," tersebik bibir Mawar. Sengaja membuat muka kesian. Terkelip-kelip matanya berharap supaya Najmi cair dengannya.
"Baju ni saya pakai sebab nak pergi training. Awak tak payah kacau baju kerja saya. Saya uruskan sendiri."
Najmi terus melangkah keluar kamar sambil membawa helmet di tangan usai berkata-kata. Mawar pula mengekori langkahnya dari belakang. Dia juga sudah bersiap hendak menuju ke tadika.
Sebaik saja melihat Najmi duduk di atas sofa hendak menyarung stoking, Mawar terus mengambil stoking daripada tangan Najmi dan bertinggung sopan di atas lantai.
"Awak buat apa ni?" Najmi berkata perlahan. Mata melilau ke sekeliling melihat jika ada Dato' Azahari atau Datin Sharifah berdekatan mereka.
"Yas nak pakaikan stoking untuk abanglah. Kalau nak pakaikan seluar kecil, lamberrttt lagi. Kena tunggu abang tua kerepot baru boleh," seloroh Mawar sambil tersenyum manis.
Kaki Najmi diangkat dan diletakkan di atas pahanya, lalu disarungkan stoking ke kaki suaminya itu.
"Saya takde suruh pun awak buat semua ni untuk saya, Yasmeen."
Mata Najmi tidak lepas memerhatikan Mawar yang sedang menyarungkan stoking untuknya.
"Memang takde, tapi Yas yang nak buat. Suami ialah ladang pahala untuk seorang isteri. Jadi, abang ialah ladang pahala untuk Yas. Ini..."
Mawar mengusap lembut kaki Najmi yang masih lagi berada di atas ribaannya.
"Ini syurga Yas ni," sambungnya lagi.
Najmi tergamam mendengar kata-kata Mawar. Wanita itu benar-benar menganggapnya sebagai seorang suami. Tapi adakah dia juga benar-benar menganggap wanita itu sebagai seorang isteri? Atau dia sekadar menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami secara zahir sahaja?
"Najmi... Yasmeen. Mari sarapan sekali," tegur Datin Sharifah yang baru sahaja keluar dari dapur bersama pembantu rumah.
"Ibu..." bingkas Mawar bangkit dan menuju ke ruang makan.
"Najmi," tegur Dato' Azahari.
"Papa..."
"Mari makan sekali," ajak Dato' Azahari. Najmi menurut saja apabila bahunya sudah dipeluk oleh bapa mentuanya itu.
YOU ARE READING
𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐍𝐚𝐣𝐦𝐢 (𝐂)
Romance𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐉𝐌𝐈 𝐱 𝐌𝐀𝐖𝐀𝐑 𝐘𝐀𝐒𝐌𝐄𝐄𝐍 ~𝑻𝒊𝒂𝒅𝒂 𝒂𝒓𝒂𝒉 𝒌𝒆𝒎𝒃𝒂𝒍𝒊 𝒑𝒖𝒍𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒂𝒓𝒊𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒄𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒊𝒏𝒊~