CHAPTER 44

24 2 0
                                    

Sebuah kereta hitam diparkir betul di hadapan rumah besar itu sebelum jejaka itu keluar dari perut kereta. Perasaan penuh gugup dihati jejaka itu sampai membuatkan dia terlupa mahu menutup pintu kereta.

"Eider relax." Lelaki itu menarik nafas panjang sebelum menghembus keluar. Kaki panjang diatur menuju ke arah pintu depan.

Eider mengetuk pintu besar itu.
"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam, eh Eider lama tak jumpa kamu." Balas Puan Mawar lalu menpelawakan lelaki itu untuk masuk ke dalam rumah.

"Aunty dengan Uncle sihat."

"Alhamdulillah sihat, kamu takyahlah panggli aunty uncle.. panggli mama ngan papa aje, nanti kamu kan akan jadi jadi menantu kami tak lama lagu." Puan Mawar menutur sambil berjalan ke arah sofa.

"Baik mama." Eider hanya akur sahaja.

"Sila lah duduk dulu Eider, nak tunggu Bunga bersiap lambat lagi."

Eider melabuhkan punggung di sofa tiga empuk itu dengan malu-malu.

"Kamu jangan malu-malu buat macam rumah sendiri je." Puan Mawar duduk di sofa satu.

"Siapa tu sayang?" Tanya Tuan Barnett selari langkah kaki mendekati ke arah isterinya.

"Eider bang.. Abang borak lah dulu dengan dia, saya nak pergi buat air kejap."

"Eh tak payah mama buat susah-susah je." Tolak Eider sopan.

"Tak apa tak susah pun, buat air je." Puan Mawar berlalu meninggalkan mereka di ruang temu.

"Eider apa khabar?" Eider menyalami Tuan Barnett terlebih dahulu sebelum menjawab pertanyaan itu.

"Baik papa, papa pula." Soal sama ditanya.

"Aik belum jadi menantu dah panggli papa." Gurau Tuan Barnett lalu tertawa kecli sebelum mendaratkan punggung di sofa satu.

"Mama yang suruh panggli. Eider panggli jela." Eider tersengih malu.

"Tak apa panggli aje lagipun kamu tak lama lagi kan jadi menantu kami.." Sambung Tuan Barnett lagi. Terselit usikkan sedikit.

Eider angguk dengan tertawa malu.

"Kamu datang kemari ada apa?"

"Eider datang sini sebab Bunga ajak jumpa."

"Ouh, Bunga mesti ada sesuatu nak bincang dengan kamu ni." Ujar Tuan Barnett mengusap janggut sambil memandang ke arah Eider.

"Kamu dengan Bunga dah lama ke bercinta?" Tuan Barnett beralih tempat dan duduk di sebelahan dengan Eider.

Soalan yang tidak dijangka oleh lelaki itu dan membuatkan lelaki itu terus terdiam sambil menoleh ke sebelah. Tuan Barnett menunjuk muka seperti ingin tahu sangat berapa lama anak gadisnya itu bercinta dengan dirinya.

"Baru semalam.. tak sampai satu hari lagi?"

"Papa dah agak dah." Tuan Barnett tepuk bahu kiri Eider berulang kali.

"Papa tahu?"

"Yaa, anak papa papa tahu lah, tengok melalui mata pun papa tahu tau." Tuan Barnett ketawa halus sebelum menggeleng kepala.

"Bunga tu rapat dengan papa, jadi dia akan cerita semuanya dekat papa, dia dapat kawan baru pun dia cerita kat papa, kalau dia ada masalah pun dia cerita kat papa juga. Bunga tak pernah simpan segala masalah dia sebab papa suruh dia luahkan.. jangan pendam segala masalah tu sendiri." Cerita Tuan Barnett.

"Jika sebelum ini papa jadi tempat dia mengadu segala masalah dia, tapi nanti kamu akan ganti tempat papa. Kamu akan jadi tempat dia mengadu segala masalah dia dan tempat dia bergantung, papa harap kamu boleh jaga dia sepertimana papa dengan mama jaga Bunga."

WE MEET AGAIN [OG] Where stories live. Discover now