CHAPTER 46

13 1 0
                                    

Bila tengok Bunga kahwin ni, saya rasa macam nak kahwin pula, kan Aurora?" Ujar Nareesa sambil matanya setia memandang sisi wajah gadis yang duduk berhadapan dengan cermin.

"Haah Nareesa, saya pun rasa nak kahwin je sekarang ni." Balas Aurora.

Kedua gadis itu memandang ke arah kawan mereka yang sudah berpakaian lengkap baju pengatin serta bertutup lekuk dengan tudung putih. Dan hari ini adalah hari bahagia untuk kawan mereka yang akan bergelaran isteri sebentar lagi. Akad nikah akan diadakan di rumah pengatin lelaki dan majis di langsungkan di sebuah dewan besar.

"Kau orang please jangan pandang aku macam tu, malu aku kalau kau orang asyik tenung aku macam tu." Kata Bunga sebelum menutup wajahnya dengan buka malajah.

"Sekejap lagi dah nak jadi isteri orang dah, tolong buang sikit perangai comel kau tu." Aurora merampas buku malajah itu dari tangan Bunga lalu diletakkan atas meja sebelah.

"Kau dah ambli kan kursus kahwin?"

Soalan daripada Aurora itu membuatkan mereka berpaling memandang gadis itu dengan mulut ternganga luas. Soalan apakah ini miska?

"Bodohnya soalan awak ni Aurora..." Ujar Nareesa dan Bunga mempersetujui apa yang dikatakan Nareesa.

Mesti la mereka sudah pergi ambli kursus kahwin?!

"Aku saja je bagi soalan bodoh kau Bunga, ketawa la sikit." Balas Aurora sambil menepuk lembut bahu Bunga.

"Tak nak." Bunga geleng kepala.

"Alahai cantiknya bestie aku ni dah macam bidadari pula aku tengok." Puji Aurora melambung sebelum mencubit geram kedua belah pipi Bunga.

"Auch! sakit la Aurora." Bunga melepaskan tangan Aurora dari kedua belah pipinya.

Aurora sekadar ketawa suka bila dapat mengusik kawannya.

"Kau bila balik Beijing?" Tanya Bunga.

"Aku balik minggu depan." Tangan ligat membetulkan tudung yang dipakai oleh Bunga.

Terletak elok sahaja tudung putih itu pada atas kepala dan bentuk wajah Bunga.Terlihat sanggup cantik apabila kawannya mengenakan tudung di waktu hari bahagia ini.

Bunga meng"oh"kan sambil angguk.

"Kerja kat sana okey ke tak?"

Aurora menarik kerusi yang ada di sebelah lalu melabuhkan pinggul di kerusi itu sebelum ia bercerita.

"Okey je, cuma aku kena cari pembantu yang boleh cakap bahasa cina la, sebab haritu ada kilen cakap aku dengan bahasa cina. Diorang ingat aku faham kot?"

"Kau jawab apa lepas dia habis cakap?"

"Xièxiè (terima kasih)"

"Ibu kau mix cina kot? Takkan kau tak pandai cakap cina?" Bunga jungkit keningnya.

"Haah!" Nareesa mengusap dagu sambil berfikir.

"Memang la tapi aku tahu yang basic je, ucap terima kasih, salam perkenalan.. itu jela yang aku tahu-"

"Eh buat apa lagi kat bilik ni..sempat lagi kau orang bergosip, jom la tok iman dah tunggu tu." Bebel Puan Mawar di jernang pintu sebelum kaki melangkah masuk ke dalam bilik.

"Biasa la aunty.. perempuan kan mesti la bergosip dulu?" Aurora membalas seraya merangkul bahu Puan Mawar dari tepi.

Puan Mawar menoleh bersama senyuman manis diukir dihujung bibirnya. "Aunty tahu la.. tapi sekarang ni dah lewat anak dara oiii."

WE MEET AGAIN [OG] Where stories live. Discover now