Hari yang cerah mula bertukar gelap,
majlis pun telah selesai pada petang tadi. Semua tertemu sudah kembali
ke rumah masing-masing dan hanya ada keluarga makcik sedara Eider sahaja ketika ini. Iaitu Puan Hayiah kakak kepada ibunya, keluarga Puan Hayiah menginap satu malam di rumah adiknya."Eider, bawa Bunga naik atas, kesian dia mesti penat tu dari tadi layan tertemu." Ujar Puan Husna pada anak lelakinya.
Eider sedang berborak dengan Harzan langsung berpaling ke belakang apabila terasa tepukkan pada bahunya.
"Okey ibu, Harzan aku gerak dulu." Eider bangkit dari tempat duduknya sebelum melangkah ke arah isterinya.
Daripada jauh Eider dapat mendengar suara riuh dua wanita yang sedang duduk bersembang.Tidak tahu apa yang di sembang oleh sang isteri dan sepupu perempuan nya. Naysa, anak sulung kepada Puan Hayiah yang berusia dua puluh lima tahun.
Eider berdehem lembut.
"Bunga jom." Ujar Eider. Berdiri di hadapan isterinya dan sepupunya.
Bunga mengerutkan alisnya. "Pergi mana?"
"Rehat, mesti awak penat kan." Eider duduk bertinggung di hadapan isterinya. Tangan si isteri dielus lembut.
"Ouh, awak pun mesti penat juga kan, sebab dari tadi lagi saya tengok awak asyik layan tertemu aje, tak berhenti langsung." Tangan Bunga naik mengusap rambut pekat suaminya, serta memberi senyuman.
"Penat la juga, tapi penat itu hilang bila saya menatap wajah cantik isteri saya ni." Pipi mulus Bunga dicubit lembut sebelum berdiri kembali.
"Kau orang kalau nak bersweet depan aku pun agak-agak la, aku ni single lagi tau!"
Eider berpaling memandang Naysa yang sudah melarikan pandangan ke arah lain, tak kuasa mahu melihat pasangan itu yang sedang beromantik disebelah nya.
"Kau kahwin la cepat-cepat, si Fahim tu dah tunggu lama kau.. kau taknak ke?"
"Kau pergi la rehat tu, aku pun nak rehat aku naik atas dulu." Dalih Naysa laju sebelum melangkah pergi meninggalkan pasangan itu.
"Siapa Fahim?" Tanya Bunga mendongak ke atas. Tangan masih digenggam erat oleh Eider.
"Kawan Naysa." Ringkas jawapan yang diberi oleh Eider. Bunga hanya menggangguk kerana malas mahu bertanya lagi.
Setelah itu mereka mengatur ke anak tangga rumah untuk menuju atas sebelum bilik mereka dituju. Eider menolong sang isterinya untuk menginjak ke tangga dengan hati-hati kerana baju dipakai Bunga oleh agak labuh.
Sesampainya di depan pintu bilik. Eider menulas combol itu dan dikuak luas pintu bilik dan Eider menbagi laluan kepada sang isteri terlebih dahulu untuk masuk ke dalam.
"Kemas betul bilik awak ni." Ujar Bunga berjalan menghampiri ke katil sebelum melabuhkan punggung dibirai katil.
"Bukan bilik saya tapi bilik kita berdua."
Bunga menayang senyum kekok apabila Eider mendekati ke arahnya kemudian lelaki itu menghenyak pinggul di sebelah nya. Bunga tidak tahu kenapa segera tiba-tiba dia merasa kekok bila berduaan bersama Eider, apahal lelaki itu sudah menjadi suaminya yang sah.
"Qhalis ada adik perempuan erk?" Soalan Bunga mencuba menghilangkan rasa heningan antara mereka.
"Ada, Qisya namanya." Eider menoleh memandang isi wajah isterinya. Cantik!
"Qisya masih berlajar ke?"
Eider menggangguk bagi menjawab soalan Bunga. Matanya masih tidak lepas memandang wajah isterinya yang cantik bak bidadari ini.
YOU ARE READING
WE MEET AGAIN [OG]
Romance✦ 𝐖𝐄 𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐀𝐆𝐀𝐈𝐍 ✦ ╰┈➤ slow update 𝓔𝓲𝓭𝓮𝓻 𝓦𝓪𝓴𝓮𝓮𝓵 ⋆ 𝓑𝓾𝓷𝓰𝓪 𝓑𝓪𝓽𝓻𝓲𝓼𝓱𝓪 Walaupun dirinya dulu pernah dibuli dan dipukul dengan teruk oleh rakan sekelasnya hanya disebabkan dia seorang yang pandai dari segi pembelajaran...