Bunga, aku tak salah dengar kan yang kau nak kahwin bulan depan?" Tanya Aurora lagi selepas mendengar khabar itu daripada kawannya sebentar tadi.
Tas tangan diletakkan di atas meja makan sebelum melangkah ke dapur lalu peti sejuk dibuka kemudian botol air putih diambil sebelum dia meneguk laju air putih itu.
"Yaa kau tak salah dengar pun, memang aku kahwin bulan depan. Nanti kau balik tau." Bunga menyandarkan badannya pada kepala katil.
"Of course aku balik,tapi bila masa kau dengan Eider bercinta? aku tak tahu pun?" Aurora menutur sambil berjalan ke ruang temu kemudian melabuhkan punggung di sofa sebelum menyandarkan badan pada sofa itu.
"Yang tu nanti la aku cerita, kau macam mana kerja kat sana okey ke tak?"
Aurora menjuling mata sebelum meraup rambut panjangnya ke belakang.
"Okey je, cuma penat sikit hari ni sebab ada problem tadi kat tempat kerja, tapi kau jangan risau semuanya dah okey."
"Biasa la kerja, mesti ada je masalah nak datang." Aurora mengumam mengeyakan kata-kata Bunga.
"Tarikh kahwin dah ada ke?" Tanya Aurora.
Bunga tersenyum. "Hari sabtu..satu hari bulan bulan sebelas."
"Weh lagi tiga minggu!? sempat ke nak siapkan semua benda tu?" Dek terlalu terkejut Aurora langsung bangun dari tempat duduknya. Sebelah tangan naik mencekik pinggang.
Bunga sudah menjauhi gajet elektronik itu dari telinganya. Bunga memandang gajet tersebut dengan tertawa sebelum melekap kembali gajet itu pada telinga.
"Atok aku pilih tarikh tu, so kitorang ikut jela, lagipun mama aku dengan ibu Eider akan uruskan semua tu, aku cuma bagi tema apa and warna saja."
"Oh faham." Ringkas gadis yang berada di talian menjawab.
"Kau tak kerja ke?" Soalan Bunga.
"Eh bodoh, dekat sini malam." Balas Aurora sambil duduk kembali di sofa. Kepala digelengkan. Soalan apa lah yang kawan dia bagi?
"Oh sama erk." Bunga ketawa terkekeh-kekeh dengan soalan sendiri.
Waktu malaysia dengan Beijing sama ya.
"Okey la Rora aku nak off call dulu sebab aku sambung baca novel." Sambung Bunga lagi.
"Yelah makcik oi, aku pun ada kerja sikit ni, okey bye." Talian telefon ditutup oleh Aurora terlebih dahulu.
"Member kesayangan aku dah nak kahwin, aku nya bila nak kahwin?" Aurora menyoal tentang diri dia sendiri.
"Eh sekejap bila masa dia baca novel?"
Sesudahnya gadis itu melangkah masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan diri sebelum dia menyiapkan makanan malam sebentar lagi. Malas mahu fikir sejak bila kawannya membaca novel, yang dia tahu kawannya itu bukan seorang yang bergemar dengan novel?
••༺☆༻••
Bunga, tak tidur lagi ke." Ujar Puan Mawar sambil berjalan mendekati ke arah Bunga.
"Kejap lagi Bunga tidur, Bunga nak habiskan novel ni dulu." Novel yang dipegang ditunjukkan pada sang ibu.
"Sejak bila anak mama ni suka baca novel ni?" Tanya Puan Mawar. Seraya itu melabuhkan punggungnya di birai katil.
YOU ARE READING
WE MEET AGAIN [OG]
Romance✦ 𝐖𝐄 𝐌𝐄𝐄𝐓 𝐀𝐆𝐀𝐈𝐍 ✦ ╰┈➤ slow update 𝓔𝓲𝓭𝓮𝓻 𝓦𝓪𝓴𝓮𝓮𝓵 ⋆ 𝓑𝓾𝓷𝓰𝓪 𝓑𝓪𝓽𝓻𝓲𝓼𝓱𝓪 Walaupun dirinya dulu pernah dibuli dan dipukul dengan teruk oleh rakan sekelasnya hanya disebabkan dia seorang yang pandai dari segi pembelajaran...