Author pov..
Di syarikat...
Hazemi duduk di sofa di dalam bilik CEO sambil meminum secangkir kopi panas yang baru saja dibuatnya. Pemandangan yang sangat indah dan sudah tentu suasana yang sangat santai pada pagi tersebut.
Tiba-tiba pintu pejabatnya diketuk. Hazemi terus menyuruh orang tersebut masuk dan orang tersebut berdiri di belakang sofa.
Viper: selamat pagi tuan CEO
Hazemi: tak payahlah nak formal sangat. Sejak bila kau berbudi bahasa dengan aku pulak ni?
Viper: sejak kau "Rasmi" jadi CEO.
Hazemi: belom lagi.. selagi aku tak tandatangan surat perlantikan jawatan aku belom rasmi lagi.
Viper: ouhh bila kau nak tandatangan nya?
Hazemi: kalau tak silap aku minggu depan hari Isnin. Kau datanglah ye. Kalau tak datang aku heret kau datang jugak.
Viper: dengan senang hati tuan CEO
Hazemi: kenapa kau datang sini pagi-pagi buta ni?
Viper: aku dah bawak orang yang kau suruh bawak tu?
Hazemi: ha? Siapa? Sejak bila aku suruh kau cari orang pulak ni?
Viper: kau suruh aku cari pembunuh upahan untuk jadi bodyguard encik Hariz kan? Kau tak ingat?
Hazemi: LAHHH BARU SEKARANG NAK BAWAK? AKU SURUH KAU BAWAK DIORANG BULAN LEPAS LAGI! SEKARANG BARU NAK BAWAK?
Viper: ye..ye aku tau. Dah² jangan marah-marah. Kang cepat tua baru tau.
Hazemi: diamlah kau. So kat mana diorang tu sekarang?
Viper: ada di luar. Kau nak aku panggil diorang masuk?
Hazemi: ha bawak diorang masuk.
Viper: baiklah.
Viper keluar dan bawa orang yang dia maksudkan tadi ke dalam pejabat hazemi. Terlihat 5 orang lelaki berpakaian kemas dan rapi seperti seorang ejen. Dengan badan yang tinggi dan tegap masuk menghadap hazemi. Viper berdiri di sebelah hazemi.
Viper: inilah orang yang kau suruh aku cari. Salah satu faktor kenapa lama sangat adalah diorang ni dari pelbagai negara bukan semua di Malaysia. Aku nak kena tempah tiket flight lagi. Lepastu cari tempat tinggal lagi dan macam-macam lah.
Hazemi: banyak alasan lah kau. Dah sekarang aku nak kau panggilkan Hariz ke sini. Kau tau kan pejabat dia kat mana?
Viper: tau.
Hazemi: dah pergi sekarang.
Viper akur walaupun jelas pada muka dia tak suka di arah seperti itu tapi arahan tetap lah arahan dia still anggap hazemi seperti bossnya. Viper keluar dari lif dan terus ke arah pejabat tempat Hariz berada.
Sebelum dia masuk dia ketuk pintu terlebih dahulu dan setelah mendapat arahan dari dalam untuk masuk baru dia masuk. Viper cuba untuk memaparkan wajah yang ceria walaupun muka dia memang menakutkan.
Viper: selamat pagi encik Hariz
Hariz: eh.. encik viper. Awak buat apa kat sini?
Viper: saya mendapat arahan dari Tengku untuk panggilkan encik. So mari kita pergi sekarang
Hariz: baiklah
Hariz mengemas sikit atas mejanya yang berselerak dan dia ikut viper untuk ke pejabat hazemi. Mereka berdua masuk dalam lif dan lif naik satu tingkat ke atas. Buka saja pintu lif mereka berdua keluar dan viper membukakan pintu pejabat untuk Hariz.
YOU ARE READING
𝐶𝐼𝑁𝑇𝐴 𝑇𝐴𝑁𝑃𝐴 𝑆𝐸𝑁𝐺𝐴𝐽𝐴
RomanceCerita ini mengesahkan tentang Hariz yang kena bekerja di bawah anak boss nya iaitu Tengku hazemi. Apa yang Hariz tak suka dari hazemi adalah dia suka buat sesuatu tanpa bincang dahulu dan itu membuatkan Hariz muak dengan dia. Tapi takdir berkata l...