Wait, kau nak apa?

313 13 3
                                    

Aku menelekup muka aku di atas meja biru . Lelah aku rasa . Penat menelaah sikap manusia di sekitar . Pelbagai ragam yang ditonjolkan .Cikgu Justin tak datang hari nih . Kelas waktu dia pulak tiada yang ganti . Apa lagi jadi haru biru la jadinya . Budak kelas aku nih memang lain daripada yang lain . Unik dia lain macam.Mencuitkan hati pun ada jugak . Tergelak aku tengok perangai diiorang nih satu persatu .

Ada yang menyanyi la . Siap ada back up singers lagi . Buat macam koir sekolah . Kalau sedap takpe lah juga . Ni memang betul-betul suara "One In A Million " serupa katak panggil hujan pun ade . Tak kalah jugak ada yang menari . Macam sesi menunjukkan bakat je aku rasa . Tarian kau dah lapuk kot . Macam zaman purba dah aku tengok . Hahaha memandai je aku bagi komen tak berbayar ni .

Hm apalah nasib aku ni , dah lah lone ranger . Takde sape nak jadikan aku geng kat kelas ni . Apa kurangnya aku ? Hm memang terlebih kurang . Dah le rendah tak tinggi mana. Pipi pau , kening macam shin chan . sape je berani nak dekat . Kulit pun tak flawless mana .

Aku memandang keluar tingkap . Kepala masih ku letakkan di atas meja .Mataku melihat kecantikan alam semula jadi . Cantik sungguh langit .Mendung saja .Angin lembut sayup sayup meniup rambut ku . Mata ku kian layu dek itu . Perlahan -lahan mataku tertutup . Tiba-tiba *TUK ! TUK ! kedengaran seperti bunyi ketukan . Ada orang mengetuk mejaku . Mataku terbuka kembali . Perlahan-lahan aku mengangkat kepala .Aku memberikan renungan tajam .

"Weyh , budak ada orang nak jumpa kau kat luar " belum sempat aku tanya kenyataan telah diberikan oleh lelaki yang obes itu . Sedap sedap ja panggil aku budak . Budak kelas ni memang mana nak ingat nama aku . Nama artis pujaan diorang yang nama berbelit belit tu boleh pulak dihafal.

Aku berjalan keluar kelas.Kelibat susuk badan yang tegap di hadapanku sejurus aku melepasi pintu sedang menyandar di dinding. Dia membelakangi aku . Aku memerhatikan lelaki itu dengan lebih dalam , gaya yang sangat aku kenal . Betul lah ni dia , sangkaan aku tak meleset jauh .Akhirnya ,Aku berdehemm . Dylan menoleh ke arah ku . Hanya Senyuman manis diterbitkan . Dia mengaru-garu kepalanya yang kelihatan agak kusut . Seperti ada sesuatu yang ingin dibicarakan . Aku berdiri kaku . Malas ingin memulakan perbicaraan . Masih blur mungkin . Yelah tadi elok elok berapa saat lepas aku nak tertidur sekarang aku tercegat berdiri kat sini macam pak guard pula .

"Kelas kau takde cikgu kan sekarang ni ? Kelas aku pun takde . Jum pegi kantin . We grab some food aku lapar gile dah ni " dylan bertubi tubi bercakap. Kelihatan seperti mengarah pun ada .

"Wait ? why me . Aku takutlah nanti tiba-tiba ada cikgu ganti ke apa .Sekarang baru pukul 8 kot.Tunggulah time rehat nanti. Kalau nak makan sangat pegilah sana pegi sorang-sorang asal ajak aku jugak . Mengada sungguh lah dia ni '"aku membalas . kening aku dikerutkan.

Mukanya kelihatan agak terkejut dengan jawapan aku itu . "Ara.. you know what . i tengah gastrik ni and guess what , kalau tiba-tiba i pengsan nanti macam mana ? sape nak tolong ? thats why i decided nak pergi dengan you .You la tolong gendongkan nanti . Tula guna you ikut i. Hahahaahahaha . "Dylan laughed so hard . Langkahnya mendekatkan jarak antara kami. I just look at him and rasa nak baling penyodok pun ada patut ke suruh aku gendong dia kalau dia pengsan . Entah -entah aku yang pengsan sampai berbuih-buih mulut lak nanti.

Belum sempat aku memberi kata putus tangan aku seperti ditarik . Dylan menarik tangan ku dan meneruskan langkah. Aku mendongak memandang tepat ke muka dia semasa perjalan . Dengan tak tau malunya dia hanya tersengih macam kerang busuk .Sebaik berlapik dengan lengan baju aku . Kalau tak dah lama aku taekwondo dia . Juga , sebaiklah dia ni kawan baik aku sejak tahun lepas kalau tak ..tak kuasa aku nak layan kerenah gila dia ni .

**********************************************************************************************************************************************************************************************************

P/S: IDK WHY BUT I LOVE THIS CHAPTER :)THANKS ROF READING . Dylan was so close with Ara.Adakah mereka tidak pernah langsung menyimpan perasaan antara satu sama lain ? What do u think ? comment pls :)




Crush(MALAY/ZAYN MALIK FAN FICTION COMPLETED)Where stories live. Discover now