"Shin Hye awak busy tak balik sekola ni ? " soalan diajukan khas untuk Park Shin Hye .
Shin Hye yang sedang sibuk mengemas alatan tulis menghentikan geraknya seketika .Gayanya seolah terpaku dengan soalan itu.
Wait Zayn is asking for Shin Hye and not me.Bukan apa ,sebelum Shin Hye datang sini dia mulai rapat dengan aku .Tapi since kewujudan Shin Hye aku seakan tidak wujud lagi di mata Zayn .
Aku memandang Zayn tajam . How dare he did this to me ! Give me a hope then tackle others girl.Who he think he is.He shouldnt treat me like a trash . Dah lah tackle deskmate aku pulak tu macam takde orang lain kat dunia yang sememangnya sphera ni .
"Tepi sikit " aku kataku yang seakan menengking . Arahan ditujukan kepada Zayn yang menghalang laluan aku .
Riak Zayn seakan terkejut dengan tindakan aku .Dahi dikerutkan.
"Awak nak ikut sekali pun takpe " suara lunak Zayn yang hinggap di telinga aku .Aku hanya tunduk . Malas nak bertentang mata dengannya.Tidak mahu terpedaya dengan pujuk rayu dia .Dia nak keluar dengan orang lain bukannya aku . Aku ini seolah kacau daun sahaja . Orang ketiga yang boleh cover diorang nanti , macamlah aku tak tahu.
"taknaklah , malas " pertanyaannya aku balas dengan sambil lewa .
"Reason ?" Zayn menyoal kembali .Dia kemudiannya menyilangkan tangannya.
Ishh mamat nih nak reason bagai . Kalau aku kasi tahu real reason baru tahu . Tapi nanti aku juga yang malu .Confirm lah dia tolak aku mentah-mentah . Aku suka gila nak mati kat kau , kau boleh pilih perempuan lain.Pandang aku pun nak tak nak ni kau nak ajak aku teman kau date . Cubaan membunuh aku secara perlahan ke apa ni .
"Saya taknak jadi orang ketiga " entah macam mana ayat tu terkeluar dari mulut aku .Sinis jugak ayat aku ni .Mungkin perasaan amarah yang kian merasuk jiwa .
"Orang ketiga ? tak saya tak faham la " Zayn seakan blur di situ . Dia memandang tepat ke wajah aku bagi meminta jawapan .
Aku memandang dia kosong . Entah hati ni masih sakit . Aku tiada jawapan untuk itu .
"Saya ajak dia sebab...." dia kemudiannya cuba menjelaskan situasi . Mungkin sudah dapat mengagak gaya aku yang sememangnya dingin kepadanya .
Tapi bukan penjelasan yang aku mahukan sebenarnya. Aku....Aku tahu aku egois . Aku just nak Zayn menjadi milik aku seorang . Namun , dia sememangnya bukan milik aku .Mungkin kalau dia tidak dengan Shin Hye dia akan keluar dengan gadis lain juga .Aku hanyalah rakan sekelas untuk Zayn.Tidak lebih dari itu .Aku perlu sedar semua tu . Aku harus bendung perasaan suka yang sudah melarat kepada cinta mati ni .
"Tepi lah saya dah lewat " belum sempat Zayn menghabiskan ayatnya aku sudah menepisnya ketepi.Aku berjalan tanpa langsung menoleh kebelakang .
'Ara ! " panggilan yang tidak aku sahut .
'Maaf Zayn '
Langkah di percepatkan . Air mata yang bergelinangan akhirnya berderai jua . Aku menangis teresak-esak .Aku cuba menekup dengan telapak tangan aku supaya esakan aku tidak kedengaran .Pelajar sudah mula surut .Aku duduk di kerusi panjang berhadapan library .
Suasana disitu agak sunyi .Almaklumlah , library selalunya penuh dengan hidupan manusia time seminggu before exam je . Time macam ni nak lalu depan library pun tak mahu .
Awan mula mengeluarkan isinya .Air takungannya dilimpahkan ke atas bumi yang kering kontang .
'Hujan' getus hati aku .
Aku mendongak ke langit saat air mata deras mengalir di pipi.
Hujan juga memahami sanu bari hatiku . Biarlah rasa sedih ini aku tahan sendiri . Takpe aku kuat . Aku mampu menahan rasa perit cinta yang tidak berbalas ini .
You are my first love and you will be the last but it seems....
**********************************************************************************************************************************************************************************************************
P/S: Sometimes its really hard the fact since your imagination is way happier then. Korang rasa apa sebenarnya yang Zayn nak cakap ? Comment below let me know i'm curious.
YOU ARE READING
Crush(MALAY/ZAYN MALIK FAN FICTION COMPLETED)
FanfictionBarbara atau mesra disapa Ara. Mempunyai crush sembunyi-sembunyi. Tahun senior menjadi titik klimaks pada kehidupannya. Cinta tiga segi ? Atau mungkin segi empat sama ? *********************** "Awak..kita satu geng kan nanti untuk group folio add...