***
"Hm ni lah tempat yang Dj M ajak jumpa , fuh gementarnya nak jumpa kawan internet" aku bebel sendirian saat kaki mulai memasuki restoran lima bintang . Baju yang sedikit tertarik aku betulkan.
Okay Inhale..Exhale..
Cop ! ni bukan ke restoran yang Zayn bawa dulu .
*tingg !
Aku check satu notification yang datang dari facebook .
Okay dari Dj M dia cakap dia duduk dekat meja tepi tingkap pakai jaket biru jeans.
Aku perhati satu-persatu kelibat manusia kat situ.
Ha ! adapun mamat yang sama dengan apa yang dikatakan.Dia sedang memandang arah bertentangan hanya belakang badan je yang aku nampak.
"Ah cuak lah pula , aku tak pernah jumpa dia , dia pun tak pernah jumpa aku "
Langkah yang longlai aku tetap aturkan.Shakinglah juga.
Aku dah berdiri tegak di depan mamat yang aku anggap Dj M tu . Kerusi ditarik dan aku labuhkan punggung.Mamat tu masih ralik dengan telefon langsung tak sedar akan kewujudan aku.
Akhirnya dia mengangkat kepala dan ..its Zayn.
Aku silap orang ke apa ? i must be wrong ..aku salah meja kot..Aku tangkas bangun .
"Ara ?" soal Zayn pelik .
"sorry saya salah meja saya-"
"awak ke gula-gula kapas tu ?" soal Zayn dengan nada yang tidak sekata.
Aku terhenti . Apa ni macam mana Zayn tahu nama facebook aku bukan semua orang tahu , malah Dylan pun tak tahu.Melainkan kalau dia Dj M . Tapi takkanlah Dj M tu sweet lain gila dengan Zayn ..Zayn sweet tapi tak macam Dj M.
"saya Dj M" Zayn teruskan berkata.Nampaknya dia dah dapat tangkap apa yang jadi .
Bye princess
Princesss
lama tak sembang dengan awak i miss u
Bait kata yang sering dikatakan oleh Dj M bermain difikiran aku.Zayn ialah Dj M.Orang yang selama ini berada di hadapan aku ialah orang yang selama ni aku sembang sampai ke siang.
Aku terus ingin beredar melangkah ke luar restoran. A BIG WOW ! Aku tinggalkan Zayn di belakang.
"Ara tunggu " Zayn menarik tangan aku membuatkan langkah aku terhenti.
Zayn memandang mata aku fokus .
"Awak tahu betapa saya kusutnya saya dengan perasaan saya selama ini . Saya kusut sama ada saya suka dekat awak atau gula-gula kapas .Saya pernah tanya awak pasal ni kan ? Awak sendiri cakap kalau kita suka dua orang pada waktu yang sama kita pilih yang kedua.Awak tahu siapa orang yang kedua tu ?"
Aku masih membisu.Zayn macam nak luahkan seluruh apa yang dia pendam je.Tapi aku tak tahu kenapa aku rasa masa sakit hati aku tidak ingin dengar apa yang dia cuba jelaskan.Buat apa ! Dulu dia pun tidak mahu dengar penjelasan aku.
"Orang kedua tu awak ! awak Ara..sekarang saya lega sangat lega sebab awak orang yang sama .Maksudnya saya bukan player , awak ingat saya mudah sangat ke suka orang ? "
Aku masih dalam mood membisu.
"Since Dylan jumpa saya haritu , dia bagi amaran dekat saya untuk kembali kepada awak atau dia sendiri akan rampas awak dari saya -"
"Dylan ?"
"yup dia cakap;"
"zayn sorry..i need a time see u later "
Entah mengapa aku rasa aku perlu beredar .Sekarang bukan masa yang sesuai untuk berbincang hal ini.Marah aku pada Zayn belum reda .Takut kalau lain pula jadi , nanti aku hempuk Zayn dengan handbag pula.
Aku bergegas pergi. Sebelum aku menapak jauh aku mendengari namaku dipanggil berkali.
Sorry Zayn.. i'll talk to you later :').
Hanya bayang-bayang Dylan yang bermain di fikiran aku .Dylan kenapa kau nak ugut Zayn macam tu?Please..jangan buat apa-apa yang melebihi role kau yang sebetulnya sebagai sahabat , jangan buat aku anggap kau lebih dari itu.
**************************************************************************************************************************************************************************************************************************************
p/s : So apa korang rasa ? Respon please :p.Lately fandom directioner selalu gaduh dengan belieber :( . Bukan ke dulu we're a big family huh hm
YOU ARE READING
Crush(MALAY/ZAYN MALIK FAN FICTION COMPLETED)
FanfictionBarbara atau mesra disapa Ara. Mempunyai crush sembunyi-sembunyi. Tahun senior menjadi titik klimaks pada kehidupannya. Cinta tiga segi ? Atau mungkin segi empat sama ? *********************** "Awak..kita satu geng kan nanti untuk group folio add...