Ara P.O.V
"Ara bangunlah cepat kawan kamu dah lama tunggu kat bawah tu " mama menarik selimut yang dari tadi aku gunakan untuk membalut badan aku .
"erghh, tak nak lah mama..mama cakap lah ngan dia..datang esok ke tahun depan ke..." aku masih malas bangun dari tempat aku tidur . Malas lah sape yang rajin sangat ganggu waktu cuti aku ni .Kalau aku tau siapa dia aku bedal kang baru tahu langit tinggi rendah .
"Ishh kamu nih macam tu pula , cepat bangun penat Dylan tunggu buat malu orang lah dia nih " kali ini mama menggunakan senjata paling kuatnya iaitu mengarah.Nada mama juga tidak semendatar tadi.
"Ummm yelaa yelaa " aku menghentakkan kaki tanda protes.
"Ishh budak ni nak pergi mana tu ?" soal mama lagi membuatkan aku mati langkah.
"Jumpa Dylan lah....." aku malas mahu mengulas panjang .
Mama hanya menggelengkan kepala.Mujur satu saja Barbara Palvin yang tinggal di kediaman ni kalau tidak mahu tunggang terbalik dunia.
"Emm kau nak apa Dylan ?" aku menanya terus. Mata aku ditenyeh . Pleaselah baru bangun tidur kot, tahi mata pun tak buang lagi dengan serabainya.
Dylan bingkas bangun dari tempat bertapa sementaranya iaitu sofa milik mamaku yang dibeli dua tahun lepas .
"Ara kau okay ?" Dylan menggenggam erat kedua belah tangan aku gaya Prince Charming dalam cerita Boys Over Flower tu , ishh bukan watak Lee Min Ho tapi sebaliknya watak Kim Hyun Joong.
Aku menepis tangan Dylan . Mimpi apa mamat ni . Mahu heart attack mama papa aku kalau nampak drama murahan dia ni .
Dylan tersengih macam kerang busuk sebusuknya.
"Seriouslah kau nak apa ni datang rumah aku pagi buta ni !" teriak aku over.Dah hilang sabar juga dengan perangai mamat mereng nie.
"Pagi buta kau cakap dah pukul dua belas tengah hari lah " Dylan menayang muka tidak percaya sejurus meletakkan tangan di kepala dan menggoyangkan kepala.Ish Ish Ish.
Tergamam aku dibuatnya , mati akal pula . Jam dinding tak menipu bukan , benar pukul dua belas . Aku pengsan ke apa lama gila aku tidur . Mungkin kerna aku stress kot , stress sebab semalam . Macam mimpi pun ada . Harry langsung tak beri aku kesempatan nak cakap apa-apa.Tapi aku hormat keputusan dia . Harry lelaki yang baik , kawan yang setia mendengar luahan kata, biarlah memori yang menemani kami sebagai bekal.
"Oi Ara kau mengelamun aku masuk minang kau ke? " pergh gila budak ni. Kalau kau masuk minang dah lama aku reject.
"Ishh tepilah " aku menolak Dylan yang menghalang laluan aku. Terhuyung-hayang badan sekeping dia tu.
Aku menghumbankan diri dalam dakapan sofa. Mata kembali tertutup. Masih mengantuk sih!
"Amboi banyak cantik kau! " terpa Dylan.
Aku membuka mata dan Dylan seinci je dari muka aku. Argh sesak nafas dibuatnya.
Cepat-cepat aku tolak Dylan untuk kali kedua sampai jatuh tergolek si O'Brien tu.
"ehh sorry sorry " aku kekok berdiri.
Dylan merenung aku tajam. Tak tajam mana pun tajam lagi mata pisau rumah aku.
"jum pergi rumah aku Brad nak jumpa bakal kakak ipar dia ni rindu katanya " Dylan menggenyitkan mata. Gosh flirting nak muntah aku.
"Ew whats that! " aku meniru gaya dia menggenyit mata dengan mulut yang senget-senget tu sekali aku tiru.
Dylan tersembur gelak hingga air liurnya membasahi muka aku. Free free je.
"Ugh pengotor la kau ni. Jap aku nak mandi kau tunggu! " satu pandangan maut dilemparkan .
YOU ARE READING
Crush(MALAY/ZAYN MALIK FAN FICTION COMPLETED)
FanfictionBarbara atau mesra disapa Ara. Mempunyai crush sembunyi-sembunyi. Tahun senior menjadi titik klimaks pada kehidupannya. Cinta tiga segi ? Atau mungkin segi empat sama ? *********************** "Awak..kita satu geng kan nanti untuk group folio add...