**
"Ara ambilkan balang biskut tu pas kat aku "Dylan mengeluarkan arahan yang kalau aku buat pun tak apa kan?
"ambil sendiri " kata aku bingkas bangun.
"eh nak pergi mana pula tu? "
Terkebil-kebil mata Dylan dibuatnya.
"nak masuk bilik tidur "
"amboi banyak cantik kau aku datang sini bermandi peluh semata-mata datang nak sembang dengan kau. Kau boleh pula nak buat tahi mata"
Dylan dengan sikap hiperbolanya memang tidak dapat dipisahkan.
"so? " aku memeluk tubuh.
"so em.. jap"
Dylan menunjukkan sebelah tapak tangan petanda menyuruh aku menunggu dia habis mengunyah dahulu.
Biskut balang yang dibuka ditutup kembali dengan penutup. Kemudiannya diletakkan di meja bersebelahan sofa.
"kau bosan ke? "
Soalan diajukan Dylan yang kini berdiri disebelahku. Mungkin dia dapat membaca wajah aku yang cemberut habis.
"nope "
Aku buat muka. Nafikan perkara yang benar.
"eleh nak tipu aku.. aku kenal la kau ni " tanpa segan silu Dylan mencubit pipi aku.
Segera aku tepis.
"ish dia ni " aku menunjuk buku lima yang tidak sebesar mana.
"Ara jum teman aku balik rumah aku jap ada barang tertinggal "
Dylan mengubah tajuk.
"why not kau terus balik je "
lol aku menghalau Dylan terus. Malas aku nak teman dia dahlah berejam duduk sini sikit hadap phone je, biskut favourite aku pun dia habiskan. kuang asam!
Hari jadi aku pun dia tak ingat. Dari tadi buat don't know je.
"Amboi halau nampak! Temanlah woi aku nak lepak sini lagi "
Dylan ni kalau mendesak tak sah!
"kejap je eh? mama papa aku suruh jaga rumah dorang keluar "ulas aku panjang lebar.
"tau " balas Dylan perlahan.
"mana kau tau? " aku mula sangsi dengan mamat ni. Dia ada ilmu magik ke boleh tahu. Ke lebih parah dia guna ilmu hitam.
"saja teka " Dylan menayang riak wajah seperti tersalah cakap.
Lepas je aku inform maid keluarga aku auntie jonna aku terus berjalan ke hadapan kembali. Dylan dari tadi mundar-mandir dengan handphone tidak lengkang dari tadi.
Ish annoying selalunya dia tak macam ni. Ke dia ada orang lain? Hati aku confirm berderai kalau betul.
Ish apa kau ni Ara duduk diam-diam. Jangan nak jadi penyebab hubungan persahabatan ni hancur. Jangan dilayan perasaan kau ni. ' aku cuba memujuk diri sendiri.
Langkah yang dihentikan kembali aku atur.
"dah jum " kata aku menyedarkan Dylan.
Dylan memandang aku dari atas ke bawah. Diulang-ulang perbuatannya menyebabkan aku tidak selesa.
Aku memeluk tubuh sendiri.
"ei pervert " kata aku ringkas. Dylan menghentikan perbuatan yang tidak bermoral tu.
"eh tolong sikit, pergi tukar pakai baju lain.. dress kalau boleh " kata Dylan menyusulkan penyebab dia pandang aku sedemikian rupa.
Ish aku pakai t-shirt dengan seluar tracksuit kot bukan pakai mini skirt. Senonoh apa. Lagipun, aku dah baik hati nak teman dia, dia nak complain macam macam pula.
"tak nak "
"tukarlah.. takkan kau nak pakai macam ni depan mak mertua kau "
Mak mertua? Don't get it. Sejak bila aku kahwin?Dapat free mak mertua turun dari langit ke.
Aku buat muka blur. Aku memandang Dylan yang tersengih macam kerang busuk. Okay dah faham! Dasar ulat bulu.
"ew " kata aku saat dapat menelah loya buruk seorang Dylan.
Selepas berapa minit aku siap tukar baju aku turun kembali ke bawah. Penatlah nak layan kerenah Dylan ni ada-ada je.
Aku kenakan kemeja kosong berwarna peach dengan jeans biru laut. Malas aku nak pakai dress seperti dicadang Dylan gila apa nak teman dia je pun.
"much better " komen Dylan setelah melihat persarungan aku.
Tanpa aku sedar aku matching dengan baju lengan panjang stripes berwarna peach dengan seluar jeans biru laut dipakai Dylan. Macam pasangan kekasih.Ni dah dua kali terpakai sama. Betul ke ter? Ke aku sengaja?Entah soalan itu aku tinggalkan tanpa jawapan.
"dah jum"
"eh kita nak naik apa? "soal aku jelas bengong disitu.
Dylan menayang kunci yang berada di tangannya.
Dylan ni memang duduk berapa blok barisan hadapan je pun tapi masih naik kereta. Nak air-con katanya. Tapi jauh tak jauh lah juga. Kalau nak ke sana memang bermandi peluh jugalah.
****
YOU ARE READING
Crush(MALAY/ZAYN MALIK FAN FICTION COMPLETED)
FanfictionBarbara atau mesra disapa Ara. Mempunyai crush sembunyi-sembunyi. Tahun senior menjadi titik klimaks pada kehidupannya. Cinta tiga segi ? Atau mungkin segi empat sama ? *********************** "Awak..kita satu geng kan nanti untuk group folio add...