Birthday Party~

170 9 2
                                    

Deruman kereta BMW Zayn memenuhi bunyi di ruangan perumahan Yong Hwa .

Zayn keluar menapak keluar dari perut kereta .Mata dia melihat rumah banglo dua tingkat di hadapannya.Pokok -pokok yang hijau menghidupkan lagi suasana kedamaian.

Kemeja biru laut dan jeans berwarna coklat cream menjadi pilihan persarungannya.Ringkas sahaja malas dia nak bergaya lebih . 

Zayn mengembalikan pandangannya kembali kepada Shin Hye yang berjalan terjengkut-jengkut di belakangnya.

"Kenapa tak biasa pakai heel ?" Zayn bertanya selamba . 

'Ishh minah ni tak reti pakai heel nak pakai ' Zayn membebel dalam hati .

Bukan apa dia paling tidak suka kalau perempuan, menyeksa diri sendiri semata-mata hanya nak nampak cantik. Paling pantang bagi dia . Walaupun zaman sekarang memang dah berkerumun perempuan spesies macam tu.

Shin Hye tersipu-sipu malu lalu mengangguk. Rambut yang terjurai diselitkan di telinga.

Dia membongkokkan badan  dan mengurut perlahan buku lalinya yang kian memerah.

"Dah jum-lah " Zayn tidak menunggu lama untuk Shin Hye memberi jawapan . Dia lantas menarik tangan Shin Hye hingga tiba ke muka pintu.

Shin Hye hanya mengekori dari belakang tanpa bercakap banyak.

Wajah Yong Hwa yang flawless dan berambut yang ala 'emo' kemudiannya terpampang di muka pintu . Dia menarik tombol pintu .

Sekuntum senyuman lebar di hadiahkan .Lelaki berwarganegara korea itu tidak menyangka pulak Zayn yang kadangnya berwatakan snobbish tu mahu datang ke party hari jadinya yang ala kadar ni.

Masa Yong Hwa invite dulu waktu di kelas Zayn seakan tidak berminat langsung.

Namun , tidak disangkakan Zayn selaku rakan sekelasnya yang terawal sampai.

Mata Yong Hwa terkunci pada tangan Zayn yang masih menggenggam erat pergelangan tangan Shin Hye .

Zayn segera melepaskan pegangan selepas berjaya membaca anak mata Yong Hwa.

Dia lalu berjalan melepasi Yong Hwa dengan terburu-buru .

"Selamat hari jadi Yong Hwa " Shin Hye memberi ucapan dalam keadaan kekok.

"Kalau ye pun nak wish saya masuklah dalam dulu"Yong Hwa chuckled.

Shin Hye blushing habis.Zayn mengambil tempat di sofa yang kurang dengan kegiatan manusia.Shin Hye pula duduk berdekatan .

Mata Zayn meliar merenung pelosok sudut rumah .Ramai juga yang datang .Namun,tiada pula kenalan dari kelas.Rata-rata muka baru yang langsung tidak di kenali.

"Bored huh?" Shin Hye bersuara setelah puas membaca keletah Zayn.

Tiada jawapan di berikan. 

"Guys nah air " Yong Hwa menghidangkan tiga gelas air ice lemon tea.

"Ara awak duduk lah sekali kat sini " Yong Hwa mempelawa lalu meninggalkan mereka.

Ara nodded dan duduk di two seats away from Zayn.

Zayn terpaku melihat Ara yang menyarung sepasang blouse peach ringkas bawah lutut.Tiada aksesori meleret yang dikenakan.

Ara yang dari tadi sibuk menarik-narik blousenya kelihatan tidak selesa.

'Ishhh aku duduk ni confirm habis nampak perut aku yang buncit ni' Ara membebel di dalam hati.

"Ara tak tahu pulak awak nak datang "Shin Hye memulakan perbicaraan.

Crush(MALAY/ZAYN MALIK FAN FICTION COMPLETED)Where stories live. Discover now