Heart Attack

112 7 0
                                    

***
..still Ara P. o. v

Seperti yang dijanjikan Dylan menghantar aku ke kedai burger. Kelibat Zayn jelas kelihatan memakai jacket hitam dan t-shirt putih dipadankan dengan jeans biru gelap memang taste dia.

Namun Zayn tidak lagi akan kewujudan aku. Dah badan pun fix membelakangi aku.

"Dah dah balik sana " aku menghalau Dylan pergi setelah keluar dari kereta. Dasar tak sedar diuntung aku ni XD .

Dylan menurunkan cermin kereta.

"Tapi kitorang lapar " Dylan menayang muka sedih dikuti Brad. Adik abang dua kali lima je.Patutlah tadi baik je nak hantar ada udang sebalik mi bandung rupanya.

"Ish mana boleh nanti Zayn tak kasi " aku memberi sebab yang tak goyah kalau dorang tanya lagi confirm aku dah tak boleh backup reason dia.

"pandai je kau " kata Dylan terus parking kereta dan berjalan seiring dengan aku.

Dylan ni memang muka tembok!  Tembok china tu! 

Brad genggam tangan aku,  Dylan pula jalan sebelah dah macam family bahagialah sangat.

***

"Ara " Zayn memanggil nama aku mata pula melilau melihat tetamu tiada kad jemputan Dylan dan Brad.

"Hm" aku hanya membuat suara seakan membalas sapaannya minta diperlanjutkan apa yang tertangguh.

"perlu ke awak bawa dia " ayat ditujukan pada Dylan.

"Dan dia juga.. sekali " ayat khas ditujukan pada Brad si gebu montel.

"Brad kunyah macam ni bukan macam ni " Dylan mengajuk cara makan Brad yang seperti singa kelaparan. Budak mana reti makan tanpa kecomotan di pipi.

"Ara you tak ajar ke anak kita makan macam mana tengok ni dah comot " Dylan membuat muka ala serius.

Semua pelanggan kat situ dah pandang pelik. Mereka pandang lagi pelik kat Zayn seakan Zayn tu laki jahat orang ketiga yang suka hancurkan rumah tangga orang.

Aku ni pulak macam bini yang kejam tak reti jaga anak. Dylan dan Brad suami dan anak terbuang.

Aku segera mencubit pinggang Dylan.Rasakan banyak sangat tengok drama mamat ni. Otak kena berus sikit.

"Aduh.. aduhh.. ok ok dah tak buat dah " Dylan surrender mengangkat tangan. 

Beberapa minit kemudian Dylan minta diri pulang dulu since Brad pun dah tersengguk akibat kekenyangan mata pun jadi layu.

"Sorry ye ?" kata aku pada Zayn .Rasa bersalah pula dia kena belanja sekali Dylan dengan Brad .

"Eh takpelah saya tak kesah pun sebab-"

"you just used kad kredit mak awak tanpa izin lagi ke ?" soal aku .Masih segar diingatan yang Zayn guna kad kredit mak dia tanpa izin  untuk sewa restoran lima bintang jadi tempat date hari tu .Gila kentang...

"Ishh no laa i just dapat duit poket dari ayah i tadi " jelas Zayn masih tergelak . 

"Ara lets jalan-jalann sekitar jap " ajak Zayn yang sudah berdiri .

Udara segar di kawasan sekitar diambil sepuasnya . Dingin juga malam macam ni . 

"what u think about internet love.. i mean yela you don't know exactly who's that person tapi you just suka kat dia " Zayn tiba-tiba bersuara dan menyoal soalan seperti itu. Mahu ternganga jugalah nak menjawabnya.

"I'm not percaya sangat benda macam tu " aku jawab tanpa berselindung.

"Tapi kenapa " zayn ketawa.  Memang style dia lepas cakap sikit ketawa.

Aku menjungkitkan dahi.  Kalau nak cakap pasal internet friend Dj M je lah yang loyal tegur aku sampai sekarang.

"kenapa tanya? " soal aku sengaja ingin memanjangkan perbualan.

"sebab i feel like dah terjatuh cinta dengan one of kawan internet saya tu.. tapi masalahnya... " Zayn memusingkan badan dan jalan mengundur sambil memandang aku. Kedua-dua tangan diselukkan di kocek bajunya.

"masalahnya? " aku bagi muka blur.  Phew untunglah minah yang Zayn suka tu. Aku bertahun depan mata pun dia tak pandang.

Entah kenapa aku tak begitu jeles pabila Zayn cakap macam tu.  Kalau dulu dah meroyan dah angin satu badan.  Mungkin sebab aku dah matang tangani perasaan aku kot. 

Zayn is a human so he can love anyone he wants even its not me.  Pahit pun kena telan.  Aku dah sedar diri since zaman dia dengan Selena lagi.

"masalahnya... boleh ke kita suka kat dua orang pada waktu yang sama? " Zayn berhentikan langkah kakinya.

Aku juga hanya berdiri.  Tangan diletakkan di bawah dagu buat ala-ala tengah berfikir.

"you must love one of them. . macam ni sape you suka paling last?  Like kalau you suka yang first tu.. you takan suka orang lain punyalah so if i'll be you i choose the first one " kata aku lagsk seperti dr.  cinta bertauliah padahal soal hati sendiri pun masih pusing.

"oooohhh " Zayn hanya meng o kan apa aku cakap. 

Selepas berapa tika puas mengambil udara Zayn mempelawa untuk menghantar pulang. 

Such a tired day.  But cool too. 

***

p/s: my new story "stay with me " do read if u want no pressure lol.  Harini boleh tengok runningman yeahh.. padahal hari-hari tengok haha.

Crush(MALAY/ZAYN MALIK FAN FICTION COMPLETED)Where stories live. Discover now