Loceng masih belum lagi kedengaran di High School Florida. Angin sejuk meniup lembut .
Kedengaran hiruk-pikuk kedengaran yang keluar masuk. Almaklumlah sudah dekat untuk waktu pembelajaran bermula.
"Weyh Dylan " panggil Barbara yang tidak jauh darinya.
Dylan memperlahankan langkah dan dibukakkan sedikit earphone yang dari tadi disumbatkan di telinganya.
"Woi !" Barbara menepuk bahu Dylan kuat .
"Ehh mak ko !" Dylan termelatah.
Dia kemudiannya menarik muka mencuka habis. Sepasang renungan tajam dari mata Dylan di hadiahkan khas untuk Barbara .
Mahu kena serangan jantung di situ gara-gara tingkah Ara.
"Haa tau melatah aku panggil tadi tak nak nyahut " Ara tergelak kecil . Dia menekup mulutnya dengan tapak tangannya setelah melihat raut wajah Dylan berubah.
"Could u see this ? i'm hearing a song . cant u see?" bicara Dylan berseloroh sambil menayang earphone berwarna biru laut yang kini digenggam erat oleh tangan kirinya.
Ara menjelirkan lidah .
"Ishh marah sangat nampak !" Ara berkata sambil berjalan mengekori Dylan dari belakang .
"Mana boleh aku marah dengan kawan aku sorang ni " Dylan menarik pipi Ara lembut .
Ara secepatnya menepis tangan Dylan .
"Auch ! Auch !" sakit lah " Dylan menayang barisan gigi hadapannya.
"Hah tahu pun sakit yang gatal sangat tangan tu dah kenapa " Ara menyilangkan tangannya di dada.
"Amboi merajuk . Buruk serupa king kong !" Dylan tergelak terbahak-bahak . Dylan kemudian terus berjalan di sepanjang koridor .
"Ishh bukan nak pujuk " Ara membentak dari belakang.
"Ishh tak kuasa lah nak pujuk . Btw semalam apa cer ? best tak parti tu ?" Dylan menukar topik,soalan bertubi-tubi dihadiahkan kepada Ara.
"Entah..biasa je kenapa ?" Ara tersengih apabila flashback apa yang berlaku semalam.
Sungguh indah baginya dapat spend masa dengan crush pujaan hatinya itu , Zayn.
"Yeke biasa habih tu asal kau sesengih sorang-sorang macam kerang busuk ni " Dylan mengajuk mimik wajah Ara.
Satu pukulan kecil hinggap di lengan kanan Dylan kerana segan.
'ehh macam tu ke muka aku tadi' Ara bermonolog.
"Ishh dia ni orang ajak semalam malas datang .Lepastu tuduh orang bebukan lak " Ara membebel panjang.
"Bukan malas lah " Dylan memusingkan badan dan berdiri di hadapan Ara.
"Semalam aku kan dah call ko cakap yang coach kelab tiba-tiba kata nak buat latihan tambahan " Dylan menambah .
Ara mengangguk tanda memahami . Bukan apa , dia hanya rasa sedikit terasa dengan ketiadaan Dylan yang sentiasa busy dengan aktiviti kelab bola sepak.
*******************************************
Dylan duduk di kerusi plastik . Dia melihat kawasan sekeliling kelas 5B yang belum di penuhi pelajar .
"Weyh Dylan " bahu kirinya ditepuk perlahan.
"Eh" bahu Dylan sedikit terhenjut dek terkejut.
"so-sorry " balas lelaki irish yang sedikit tebal accentnya.
"Nih aku nak kasi kau ni . Ada orang kasi tadi " Niall menghulurkan sekeping sampul surat.
Dylan mengangkat kening bagi bertanya indirect kepada Niall.
YOU ARE READING
Crush(MALAY/ZAYN MALIK FAN FICTION COMPLETED)
FanfictionBarbara atau mesra disapa Ara. Mempunyai crush sembunyi-sembunyi. Tahun senior menjadi titik klimaks pada kehidupannya. Cinta tiga segi ? Atau mungkin segi empat sama ? *********************** "Awak..kita satu geng kan nanti untuk group folio add...