3 sahabat keluar dari perkarangan sekolah lalu menuju ke perhentian bas. Masing - masing bergelak ketawa. Menunggu kedatangan bas merupakan satu aktiviti yang paling kurang gemar oleh semua pelajar. Selepas menunggu, kena berhimpit dalam bas macam sardin dalam tin. Sardine pun tak padat macam ni.
Jadi, Natalia Adawiyah dan 2 orang sahabatnya lebih gemar solat zohor terlebih dahulu sebelum pulang. Solat lebih baik daripada menunggu bas yang selalu tak tepati masa. Selain dapat pahala solat di awal waktu dapat juga kurangkan dosa mencarut ketika berebut bas. Hannah terutamanya, sifat kelakian takkira lelaki atau perempuan. Siapa yang cari pasal dengan dia, habis dibantainya.
"Hello, you all." Satu suara menegur mereka. Syafiq and the geng rupanya.
Sudah lepak bersama ketika waktu rehat, nak balik pun terjumpa? Jodoh ke ini? Danial akmal pun ada juga! Aduh! Jantung Natalia Adawiyah bagai nak tercabut aje rasanya.
"hey, you all pun baru nak balik?" sofia menyambut kehadiran mereka.
"yup. Tadi kami buat revision sikit. Esok ada kuiz."
"alah, korang kan selalu top 4 the best students dalam sekolah ini. Aku jamin korang tak perlu revision pun dapat score." Hannah menyatakan pendapatnya.
Betul apa Hannah cakap. Syafiq, Rayyan, Farid dan Danial selalu dapat top 4. Bukan setakat bijak, handsome dan aktif sukan pula. Jadi tak perlu hairan mereka ini sering dikejar ramai pelajar perempuan.
"eh, macam mana you boleh jamin we all tak perlu buat reision dah boleh score? Kami sendiri tak jamin." Rayyan cuba mencantas pendapat Hannah.
"hek eleh, satu sekolah tahu kebijaksaan kauorang. Itu pasal kauorang ramai sangat peminat. Itu belum termasuk ada pelajar bergaduh beremput antara kauorang." Hannah mula mengukuhkan pendapatnya.
"ada pelajar gaduh sebab kami? Biar betul!" syafiq teruja bila mengetahui.
Eh, mamat ni. Tak kan tak pernah tahu. Tak tahu atau pura - pura tak tahulah.
"peminat aje. Walaupun kami ni ramai peminat tapi kami berempat tetap masih single. Sedih." Farid meletakkan tangannya di dada, kepalanya ditundukkan dan riak wajahnya pura - pura sedih.
"itu yang buat I pelik dengan you all. Peminat punya ramai tapi taka da seorang pun yang sangkut? Musykil." Sofia menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"peminat memang ramai, tapi orang yang I nak tak pernah tunjukkan minat pada i." syafiq menghela nafas. Satu keluhan yang teramat sedih.
"dah cuba Tanya ke? Entah - entah dia minat kau juga."
"I minat you sebenarnya. Will you be mine?" Syafiq menghulurkan tangannya.
"gila ke kau ni? Tak nak aku." Hannah tolak mentah - mentah.
Suasana riuh sebentar dengan gelak tawa mereka semua kecuali Danial yang masih membisu. Otaknya ligat menghafal segala formula yang dia telah ulang kaji tadi.
"see, belum apa - apa lagi dah kena reject mentah -mentah." Syafiq pura - pura membuat muka sedih.
"eh, Danny yang kau membisu aje kenapa?" soal Rayyan.
Danial Akmal tidak berkata apa - apa hanya menunjukkan sehelai kertas yang telah dilipat empat.
"alaa, tak beku ke otak kau, Danial ?" Farid menggaru kepalanya.
Sekali lagi Danial Akmal membisu, dia hanya mengukirkan senyuman. Senyuman dia! Sungguh sempurna. Ibarat air batu cair menjadi air kalau lihat senyuman dia.
"Natalia?" panggil Farid.
Natalia Adawiyah tak menyambut panggilan Farid, dia leka melihat wajah tampan Danial Akmal. Sofia yang berada di sebelahnya terus menyikunya.
"amboi, Nat. you pandang Danny tak berkelip." Sindir Rayyan.
"untunglah Danny ada mata yang pandang dia aje. Kita ni siapa nak orang pandang." Farid mengusik lagi.
Kata - kata mereka disambut gelak tawa yang lain. Natalia Adawiyah sudah merah diusik. Danial Akmal yang menyedari dirinya sedang diperkatakan hanya memandang kosong ke arah Natalia Adawiyah lalu sambung melihat kertas yang dipegangnya semula.
..........
Natalia Adawiyah merehatkan diri di sofa di ruang rehat miliknya di butik mamanya. Memang sengaja mamanya, Puan Nazatul menyediakan satu ruang atau bilik khas untuk Natalia Adawiyah. Natalia Adawiyah akan menghabiskan masa selepas waktu sekolah ke butik mamanya. Bukanna apa, jika mahu pulang ke rumah tiada sesiapa. Jadi dia akan pulang ke butik mamanya yang merangkap rumah keduanya.
Natalia Adawiyah memegang sampul surat yang berwarna pink. Di dalam sampul surat itu terdapat satu surat untuk Danial Akmal. Ye. Itulah surat luahan perasaan Natalia Adawiyah terhadap Danial Akmal.
Dari jauh Natalia Adawiyah memandang susuk tubuh seorang pelajar lelaki. Hatinya semakin berdebar tatkala tubuh itu semakin menghampirinya.
"Danial." Natalia Adawiyah cuba menegur Danial Akmal.
Danial Akmal memberhentikan langkahnya. Mulutnya membisu, hanya menunggu tindakkan Natalia Adawiyah yang seterusnya.
"ini untuk awak!" Natalia Adawiyah menghulurkan sepucuk surat kepaa Danial Akmal.
"saya tak mahu." Danial Akmal terus melangkah pergi.
Fuh! Dunia ibarat terhenti seketika. Adakah dunia telah berhenti berpusing. Adakah ini mimpi semata – mata? Kenapa dunia kelihatan gelap? Badan tiba – tiba menjadi lemah. Hati ini seperti kaca yang pecah berderai.
Danial Akmal langsung tak membuka dulu surat itu. Sebaliknya terus menolak tanpa membacanya. Kejam!
"Natalia." Panggilan dari Puan Nazatul memberhentikan lamunan Natalia Adawiyah.
"Natalia, jom makan." Ajak Puan Nazatul lalu meninggalkan Natalia Adawiyah sendiri.
Natalia Adawiyah menyimpan surat itu di dalam laci. Hatinya sakit apabila terkenangkan peristiwa itu. Mentah – mentah Danny reject aku. Aku teruk sangat ke? Hmm. Masih lagi kategori comellah. Natalia Adawiyah menghela nafas panjang.
"Biarlah berlalu. Satu sekolah dah tahu pun aku suka dia. Ini sebab geng gossip tu punya pasal. Habis satu sekolah heboh." Natalia Adawiyah cuba menenangkan hatinya.
Ya, ketika Natalia Adawiyah memberi surat itu kepada Danial Akmal. Rupa – rupanya Linda and the gang sedang memerhatikan mereka. Linda and the gang memang terkenal dengan sifat mereka yang tersangatlah kepoh.
"Tengoklah. Tunggulah. Satu hari nanti Danial Akmal pasti akan pandang aku juga. Ingat senang ke aku nak mengalah. Hey, ini Natalia Adawiyah, pantang mundur kecuali operasi." Tangan kanannya di genggam dan diangkat paras bahu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Encik Crush, aku disini!
RandomPerigi cari timba? Ada aku kisah? yang penting aku stalker setia kau! Salah ke kalau perempuan lamar lelaki? Salah ke perempuan tackle lelaki? Salah ke perempuan lagi advance? Salah ke?? this is my first story.. so byk kekurangan.. tatabahasa dan pe...