Rayyan melangkah masuk ke dalam KLIA2. KLIA2 merupakan salah satu lapangan terbang bertaraf antarabangsa di Malaysia. Ianya bukan sekadar lapangan terbang tetapi lengkap dengan pusat beli belah. Kalau orang biasa nak shopping di sini memang salah tempatlah nak oi. Mahalnya berganda! Biasa yang shopping di sini foreigner je takpun orang - orang yang tak tahu nak habiskan duit kat mana lagi.
Rayyan duduk sebentar di kerusi yang ada. Ini kali pertama dia menjejakkan kaki di KLIA2, selama ini dia di KLIA1 takpun Lapangan Terbang Subang. Penat juga kakinya melangkah. Dia hampir sesat dalam tempat ni.
********
Sofia bingkas bangun dari tempat duduknya. Tudungnya di kemaskan sebelum dia melangkah keluar dari kapal terbang itu. Seminggu sudah dia menghabiskan masa di Singapura bersama keluarga tercintanya.
"Im home!" Sofia mendepakan tangannya.
"Singapura je. Tapi gaya macam jauh sangat." Suffi memerli adiknya.
Sofia menarik beg sandang abangnya. Suffi terkebelakang sedikit akibat tarikan Sofia. Sofia hanya tergelak melihat keletah abangnya.
Sofia dan sekeluarga segera berlalu. KLIA2 ini terlalu besar. Dari pintu keluar dari kapal terbang nak ke tempat ambil bagasi je ambil masa berminit - minit. Sofia sudah mula rasa perjalanan ini mengambil masa berjam lamanya. Mujur dia hanya membawa handbag, begnya yang lain telah dia campak ke bahagian kargo. Taknaklah angkut beg tu. Capek!
"lamanya..." Sofia sudah mula merengek.
"come on my dear. Lagi sikit je." Papa Sofia sudah memberi kata - kata semangat kepada puteri tunggalnya.
"Lagi sikit, lagi sikit. Dari tadi baby dengar. Escalator dah naik turun dah ni, tangga lagi. Ni jalan lagi. Ni belum sampai tempat bagasi lagi. Kalau pintu keluar tak taulah berapa lagi kilometer yang baby kena lalu." rungut Sofia.
"Baby, lagi sikit je ye. Nanti dah keluar kita beli Baskin Robin untuk hilang penat baby tu." kali ni mamanya pula yang pujuk.
Dengan berat hati, Sofia melangkah. Setelah beberapa langkah, akhirnya dia tiba di tempat bagasi. Suffi memerhatikan skrin sebelum kembali ke arah keluarganya semula.
"so Boy, kita punya no berapa?" soal papanya.
"Kita punya nombor 7. Tapi belum buka lagi." Jelas Suffi.
"okeylah, Boy, Baby, kita tunggu jelah di sana." ajak mamanya.
"alaaa.. baby dah penat." rungut Sofia.
"Boy, ambilkan troli." arahan papanya segera Suffi turuti.
"berdiri di sini baby. Biar boy tolak baby." Papanya menunjuk ke arah troli itu.
"haa? kenapa boy kena tolak budak ni." Bantah Suffi.
"because baby ni comel." tawa Sofia kedengaran.
Dengan segera Sofia berdiri di atas troli. Riang rasanya bila abangnya menolaknya.
"Haa. pergi ambil troli sendiri. Jangan nak suruh Boy tolakkan bagasi baby pula. Beg boy pun banyak." kata Suffi sebaik saja melihat bagasi - bagasi di nombor 7 mula keluar.
" okey, fine!" Sofia segera mengambil troli.
Bagasi pinknya segera di capai.
Sofia dan keluarga segera menuju ke arah pintu keluar. Sofia meminta papanya bawakan trolinya kerana dia mahu guna laluan automatik. Tak sanggup nak tunggu panjang - panjang.
Sofia dan mamanya segera ke arah laluan automatik. Passport Sofia diletakkan ke dalam tempat yang di sediakan. Sofia gemar menggunakkan laluan ini kerana, dia hanya perlu meletakkan passport dan di scan cap jari dan settle! Tak payah nak hadap muka sesetangah pegawai imigresen yang kerek tu.
Sofia dan mamanya menunggu papa dan Suffi yang sedang melewati bahagian imigresen. Kelihatan sekumpulan pramugara juga lalu bersebelahan mereka, salah seorang pramugara itu mengenyitkan mata pada Sofia. Sofia agak terkejut. Fuh! Nasib baik sado. Kalau lembut tak adanya aku nak pandang. Getus Sofia.
"Sofia!" Rayyan yang sedang menunggunya di hadapan pintu ketibaan antarabangsa berteriak.
Rayyan mendekati keluarga Sofia.
"Assalamualaikum Tan Sri, Puan Sri." Sapa Rayyan
"waalaikumsalam." Papa Sofia tersenyum.
"tak perlu Tan Sri Puan Sri sangatlah. Parents kamu tu pun sama juga. Lagipun kamu kawan Sofia panggil aunty dan uncle je." mesra mamanya.
Rayyan tersenyum.
"Aunty, kalau boleh saya nak ajak Sofia temankan saya. Itu pun kalau bolehlah. Saya janji sebelum maghrib dia dah ada dalam rumah."
"eh boleh. Uncle tak ada masalah."
"baby okey ke? Tak penat ke nak keluar ni?" soal mamanya.
"baby okey."
"kalau okey, pergilah. Nanti boy angkatkan beg baby." Mamanya memegang bahu Sofia.
"haish.. boy lagi yang kena." rungut Suffi.
"alaaa.. boy ada seorang je adik kan. Jadi boy berbaktilah dengan baby." pujuk Sofia.
Suffi sudah muncungkan bibirnya konon sedih.
Rayyan dan Sofia menyalami ibu bapa Sofia sebelum mereka pergi.
"rajin you nak jemput I. I ingat you semalam main - main."
"sebenarnya semalam memang I main - main pun. Dah bosan tak ada kerja di rumah tu yang I jemput you. You kan kawan I. So apa salahnya kalau I berbakti pada kawan I." jawab Rayyan.
Sofia hanya senyum. Hmm Kawan? K-A-W-A-N kawan. Aku tak nak jadi kawan kau lah! Aku taknak friend zone ni! Teriak hati kecil Sofia.

ANDA SEDANG MEMBACA
Encik Crush, aku disini!
CasualePerigi cari timba? Ada aku kisah? yang penting aku stalker setia kau! Salah ke kalau perempuan lamar lelaki? Salah ke perempuan tackle lelaki? Salah ke perempuan lagi advance? Salah ke?? this is my first story.. so byk kekurangan.. tatabahasa dan pe...