Bab 39

4.9K 223 15
                                        

Danial Akmal mengambil tempatnya di ruang makan. Diana yang baru saja usai mandi mengambil tempat di sebelah Danial Akmal. Haruman Victoria's secret menusuk hidung Danial Akmal. Diana suka memakai sabun mandian yang mempunyai bau yang kuat dan harum. Di bilik airnya ada lebih daripada 5 botol jenis sabun mandi sahaja. Belum termasuk scrub badan ataupun shampoo kepala. Semuanya tersusun kemas di suatu rak di dalam bilik air itu.

Datin Rozana sibuk menghidangkan juadah berbuka. Dia sempat menghidangkan nasi di atas pinggan putera dan puteri kesayangannya. Meskipun Dato' Ahmad tiada bersama, kerusi yang selalu diduduk oleh Dato Ahmad dibiar kosong.

Azan maghrib sudah kedengaran. Jarak rumah mereka dengan surau tidak lah jauh mana. Cukup jelas untuk mereka dengar seruan Illahi. Danial Akmal mengetuai bacaan doa diikuti oleh mama dan kakaknya. Danial Akmal sekadar memakan sebiji tamar dan air bandung cincau sebelum menunaikan Solat Maghrib.

Danial Akmal sudah terbiasa untuk solat maghrib terlebih dahulu sebelum makan makanan yang berat ketika berbuka. Perkara ini telah dididik oleh ibu dan nenek sewaktu dia membesar di kampung. Terbit rasa rindunya terhadap keluarganya dikampung.

Usai solat maghrib, Danial Akmal kembali ke meja makan. Kelihatan kerusi mamanya kosong. Tak mungkin mamanya sudah selesai makan memandangkan pinggannya masih terisi nasi.

"Mana mama?" Soal Danial Akmal.

Diana meneguk air terlebih dahulu sebelum berbicara.

"Mama solat dulu." Terus tangannya kembali menyuap.

Danial Akmal mengangguk tanda faham.

"Kenapa Kak Dee tak solat dulu?" Soal Danial Akmal lagi.

Diana memandang ke arah Danial Akmal. Dia tersenyum.

"Hihi. Kak Dee tak puasa hari ni."

Suasana meja makan kembali senyap. Datin Rozana yang baru usai solat maghrib turut serta makan bersama. Tiada perbualan antara mereka.

Usai makan, Danial Akmal dan Diana menolong Datin Rozana mengemas meja makan. Pinggan mangkuk dibasuh oleh Datin Rozana sendiri. Bukan rumah ini tiada pembantu rumah, tetapi Datin Rozana bukanlah seorang yang suka bergantung terhadap pembantu rumah.

"Ida... awak tolong hidangkan pudding yang encik Rahman bagi tadi ye." Arah Datin Rozana.

"Baik, Datin." Ida sekadar akur dengan arahan yang diberi.

Siang tadi encik Rahman sempat singgah ke rumah bekas Isterinya ini untuk menghantar pudding karemal kegemaran anak anaknya.

Usai membasuh pinggan mangkuk, Datin Rozana membantu pembantunya menyiapkan hidangan pudding itu. Datin Rozana terus berlalu ke arah ruang tamu dimana kedua anak anaknya sedang menonton televisyen. Dulang berisi pudding karamel itu dibawa oleh Ida.

"Waaaahhh!!! Pudding!!" Diana sudah keriangan melihatnya. Bantal yang dipengangnya diriba diletakkan di tepi.

Danial Akmal hanya membiarkan kakaknya yang terlebih teruja. Bukan Danial Akmal tidak teruja tetapi dia lebih bersifat cool gitu. Hoho.

"Makan Danny." Jemput Datin Rozana.

"Sedapnya!!! Mama yang buat ke?" Soal Diana.

"Apa pula mama. Ini kan papa kamu yang buat. Siang tadi papa singgah hantar. Kalau ada Daddy, mama dah jemput dah papa kamu buka sekali." Jelas Datin Rozana.

Meskipun hubungan Dato Ahmad dan encik Rahman akrab, tetapi untuk membawa encik Rahman ke rumah ketika ketiadaan suaminya bukanlah sesuatuu yang akan dibuatnya. Datin Rozana sangat hormat suaminya.

Diana sekadar mengangggukan kepalanya tanda faham. Danial Akmal pula masih diam membisu.

"Papa always know apa fav anak anaknya." Kata Diana.

"Dah dia papa kamu. Papa membesarkan kamu semua. Tak ingat ke waktu dulu kecil, kamu bertiga berebut nak habiskan pudding karamel. Waktu tu first time papa belajar buat pudding." Datin Rozana terketawa kecil teringat keletah anak anaknya sewaktu kecil dulu.

"Tulah. Danny siap tarik rambut Dee waktu tu." Diana juga tergelak bila mengingatnya.

Danial Akmal yang setia mendengar turut tersenyum. Siapa yang tergelak sendiri bila berthrowback kisah lalu.

"Tapi kan maa.. Danny sekarang dah ada fav yang lain." Kata Diana bersahaja.

Danial Akmal sudah tersedak bila mendengarnya.

"Ya Allah Danny. Makan tu perlahan lahan. Idaaa!! Ambilkan air untuk Danny." Arah Datin Rozana kepada Ida yang sibuk didapur.

Diana sekadar tersenyum melihat adiknya.

"Maa... nak tahu cerita tak..." sengaja Diana mengangkat keningnya.

"Kak Dee jangan buat cerita. Uhuk uhuk." Danial Akmal masih batuk bersisa. Danial Akmal tahu apa yang dimaksudkan Diana.

Ida datang dengan segelas air kosong.

"Ishh.. Danny ni. Minum air tu dulu baru cakap. Ni batuk batuk, nak cakap." Tegur Datin Rozana.

Danial Akmal segera minum air kosong yang dibawa oleh Ida. Datin Rozana menghayunkan pergelengan tangannya tanda untuk Ida beredar. Ida yang faham dengan isyarat majikannya terus berlalu. Danial Akmal meletakkan gelas itu di atas meja. Lega.

"Haa.. apa yang kamu nak cakap Dee?" Soal Datin Rozana kembali.

Diana mengukirkan senyuman terlebih dahulu kepada Danial Akmal. Seronok dapat sakat adiknya.

"Ni Danny ni. Selain pudding karamel ni. Dia sekarang minat giler makan pudding oreo yang dibuat dengan penuh kasih sayang" kedua dua tangan Diana diletakkan dibadannya. Matanya dipejam untuk ekspresi muka yang lebih mendalam. Cewah!

"Pudding oreo? Papa ada buat ke? Setahu mama. Restoran papa kamu tak ada jual pudding oreo." Datin Rozana memegang dahunya.

"Apa pula papa. Bukan papalah ma.. ini bakal menantu mama yang buatkan." Kata Diana.

Danial Akmal berdengus. Dia mengalih pandangan kepada televisyen. Malas nak layan kakaknya. Sakit hati kalau terusan dilayan.

"Haa? Bakal menantu mama? Siapa pula? Diana bila masa kamu ada boyfriend ni." Keliru Datin Rozana. Setahunya Diana memang tidak pernah bercinta dengan sesiapa. Kali terakhir dia bercinta waktu zaman kuliahnya.

Mereka putus sebab lelaki itu tak dapat terima yang rutin Diana di kolej sangat padat. Sibuk pun boleh jadi asbab nak putus? Tu kata orang kalau dah tak suka, benda kecil pun boleh jadi isu.

"Bukan Dee lah maa! Ni Natalia, bakal menantu mama yang berjaya memenangi hati anak teruna mama dengan pudding oreonya." Kata Diana.

Danial Akmal terus mencampakkan bantal ke arah kakaknya. Diana mengaduh. Disebabkan Danial Akmal terlalu malas nak mendengar drama yang direka oleh kakaknya, baik dia bangun masuk bilik.

"Haa.. tengok tu ma. Ada orang malu lah. Tu yang masuk bilik." Sekali lagi Diana mebyakat adiknya.

Danial Akmal membaling bantal sekali lagi sebelum berlalu pergi. Datin Rozana sekadar tersenyum melehat karenah anak anaknya.

"Tapi Dee.. betul ke Danny dengan Lia?" Datin Rozana bertanya dengan penuh keterujaan.

Diana mengangkat keningnya. Senyumannya terukir, begitu juga dengan senyuman Datin Rozana.



P/s: hello readers!! Maaflah nana lewat. Eh.. kenapa Datin Rozana senyum senyum juga tu?? Dia pun nak jadi macam Diana ke? Tolong satukan Danny dan Lia?? Haa.. jeng jeng jeng. Nantikan bulan depan ye. Hihi.

Encik Crush, aku disini!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang