Natalia Adawiyah berjalan menuju ke hotel bersama Rayyan dan Sofia. Terujanya hati ini. Sudah lama dia tidak merasa gembira. Dia tidak pernah sangka hari ini akan tiba.
"jap ye. I tukar kasut sekejap saja tau. Then kita keluar tengok lampu. " kata Sofia. Segera masuk ke hotel meninggalkan Natalia Adawiyah dan Rayyan di luar.
Sofia terpaksa menukar kasutnya. Kasutnya membuat dia tak selesa bergerak. Dia penat setelah seharian berjalan. Dia perlukan kasut yang flat.
"cantiknya pokok sakura ni" kata Natalia adawiyah."secantik kisah cinta kita." Rayyan berseleroh.
"ingat pick up line ni jadi lah?"
"ehh? Tak jadi ke? Alaa.. " rengek Rayyan.
Natalia Adawiyah terketawa kecil.
"ehh Danny!" tetibe Natalia Adawiyah bersuara.
"Danny mana pula? You ni.. Dah sampai Jepun pun you nak ingat mamat bangang tu dah kenapa? "soal Rayyan. Ehh panasnya hati aku. Getus Rayyan.
Danial Akmal terus berjalan ke arah mereka.
"Danny? "giliran Rayyan pula terkejut.
"apa awak buat kat sini? " soal Natalia Adawiyah ke hairanan.Danial Akmal terus memeluk Natalia Adawiyah. Natalia Adawiyah dan Rayyan tersentak dengan kelakuan kurang waras Danial Akmal.
Rayyan terus menarik Danial Akmal dan menghadiahkan penumbuk.
"tak malu ke peluk anak dara orang?" marah Rayyan.
"dahh sabar Rayyan. Sabar! "Natalia Adawiyah cuba menenagkan Rayyan. Aishh jangan macam - macam Rayyan. Ini negara orang. Kalau negara sendiri pun tetap tak boleh! Kalau viral, susah nanti!
Danial Akmal yang terduduk sekali lagi menangis. Entah apa yang merasukinya.
"nangis pula? "hairan Rayyan.
Rayyan segera membangkitkan Danial Akmal.
"kau ni apa hal? "soal Rayyan.
Segera Danial Akmal menuju ke arah Natalia Adawiyah.
"awak.. Saya cintakan awak. Ye saya tahu saya salah. Saya tak nampak awak sebelum ni. Saya minta maaf. Saya cintakan awak Lia" Danial Akmal berkata sambil mengesak.
"cinta? Awak tahu tak saya tunggu awak berapa lama? Awak tahu tak saya terseksa macam mana? Awak tahu tak betapa terumbang ambingnya saya? Semua sebab saya cinta kan awak! Apa yang saya dapat? Sakit! Ye sakit saja yang saya dapat! " Natalia Adawiyah pula menangis.
Rayyan sekadar memerhati. Dia mahu Danial Akmal dan Natalia Adawiyah selesaikan sendiri.
"saya tahu. Saya janji saya akan cinta awak. Saya mahu awak saja. Saya tak mahu orang lain. Tolong lah. Saya tahu saya buta sebelum ni. Saya tahu. " Rayu Danial Akmal.
Rayyan tergamam melihat rakannya itu. Danial Akmal terkenal dengan sikap macho. Tapi hari ini dia tewas kerana perempuan. Perempuan. Seorang perempuan yang dahulu pernah membuat dirinya turut merana. Hebat juga kuasa Natalia Adawiyah.
"dah lah tu Danny. Awak balik lah malaysia. Awak pergilah dengan Liyana. Tak ada guna lagi awak meraung kat sini. Awak dah pun terlambat. " Natalia Adawiyah masih lagi mengeluarkan air mata.
"Rayyan.. Tolonglah lepaskan Lia. Aku tahu kau cinta Lia. Tapi aku pun cinta Lia. Memang aku lambat untuk sedar. Tapi aku sedar dah sekarang. Aku janji Lia takkan nangis sebab aku lagi. Aku janji aku akan jaga Lia seperti mana kau jaga Lia. "Danial Akmal merayu kepada Rayyan.
Kakinya tidak mampu untuk berdiri. Dia terduduk di kaki jalan itu. Penat. Itu lah yang dia rasanya.
"aku bukan taknak lepaskan Lia. Tapi.. "tak sempat Rayyan menghabiskan kata, Danial Akmal sudah terbaring.
"Danny! "teriak Natalia Adawiyah.
"weyh bro! "Rayyan terus mendapatkan Danial Akmal yang sedang rebah itu.
"apa... Yang... Berlaku...? "soal Sofia yang baru saja keluar daripada hotel.
P/s: hei korang!! Cerita ni dah nak habis tau. Lagi sikut je. Padan muka Danny. Kau nangis lah air mata darah sekali pun Danny! Okey utk next chapter best. Hint, kahwin! Hehehehehehehhehehehehe. Bye. Tidur dulu. Semoga mimpi korang tak indah sbb teringat ingat kisah ni HaahahahahahahahA
YOU ARE READING
Encik Crush, aku disini!
RandomPerigi cari timba? Ada aku kisah? yang penting aku stalker setia kau! Salah ke kalau perempuan lamar lelaki? Salah ke perempuan tackle lelaki? Salah ke perempuan lagi advance? Salah ke?? this is my first story.. so byk kekurangan.. tatabahasa dan pe...