Rayyan singgah di kedai kek. Mengikut kata Sofia Natalia Adawiyah amat meminati chesse cake. Rayyan membeli sebiji kek keju yang seberat ½ kg. Dia mahu beri kejutan kepada Natalia. Dia benar – benar berharap Natalia Adawiyah akan menyukainya.
Kereta Rayyan berhenti di hadapan butik mama Natalia Adawiyah. Dia sangat teruja untuk menemui Natalia Adawiyah.
"maafkan saya. Saya kawan Natalia. Dia ada di sini?" sungguh sopan kata – kata Rayyan.
"Lia? Ada. Duduklah dulu, akak pergi panggilkan dia ye." Shima berlalu meninggalkan Rayyan.
Shima mengetuk pintu bilik Natalia Adawiyah meskipun pintu itu tidak tertutup.
"ye kak Shima? Kenapa?"
"ada orang nak jumpa Lia. Katanya kawan Lia."
Natalia Adawiyah memandang ke arah Danial Akmal. Danial Akmal membuat muka ingin tahu.
"siapa pula. Hmm tak apalah kak Shima. Nanti Lia jumpa dia. Kak Shima boleh sambung kerja."
"baiklah, Lia." Shima berlalu pergi.
"awak, saya pergi dulu ye. Nanti saya akan kembali."
"hmm" hanya itu saja jawapan Danial Akmal.
Natalia Adawiyahmelangkah untuk menemui 'kawan' yang di perkatakan oleh Shima.
Siapa pula kacau aku 'dating' dengan Danny ni.
"hai, Lia." Rayyan menegur Natalia Adawiyah.
"ehhhh... Rayyan." Terkejut melihat kehadiran Rayyan
"I ada bawakkan chesse cake untuk you." Rayyan mengangkat plastic yang berisi kek.
"waahhh!! Ada kek. Untuk Lia aje ke?" Rina yang sedari perbualan Rayyan dan Natalia Adawiyah dari tadi.
"eh, ni besar ni. Memang beli untuk semua. Mama you mana? Boleh kita makan sama – sama."
"mama kat atas."
"tak apa. Biar Kak Shima ambilkan pinggan ye. Aduh terliur dah ni." Shima tiba – tiba muncul menawarkan diri untuk membantu.
"nak Kak Rina panggilkan Puan ke?" Rina juga menawarkan diri.
"boleh juga. Terima kasih." Sungguh berbudi bahasa Rayyan.
Rina dan Shima masing – masing menuju ke tempat masing – masing.
"oh, Rayyan rupanya." Danial Akmal menyandarkan diri di dinding.
Rayyan dan Natalia Adawiyah menoleh ke arah Danial Akmal.
"Danny, apa kau buat di sini?" Rayyan terkejut dengan kehadiran Danial Akmal.
"aku yang patut tanya soalan itu."
"aku singgah sini. Sofia kata Lia suka kek ni, tu yang aku bawakan."
"prihatin sungguh." Sinis kata – kata Danial Akmal.
"kau tu kenapa di sini?"
"aku ajar Lia di sini setiap hari."
"setiap hari?"
Maknanya Lia banyak menghabiskan masa berdua dengan Danny?! Oh tidak!
"ye setiap hari sampailah pada hari terakhir SPM. Sudah seminggu kami belajar bersama" Natalia Adawiyah bersuara.
Sampai habis SPM? Maknanya hampir 2 bulanlah Lia dan Danny akan bersama? Teruknya!
"kenapa you tak minta I ajar aje. I pun kan boleh ajar."
YOU ARE READING
Encik Crush, aku disini!
RandomPerigi cari timba? Ada aku kisah? yang penting aku stalker setia kau! Salah ke kalau perempuan lamar lelaki? Salah ke perempuan tackle lelaki? Salah ke perempuan lagi advance? Salah ke?? this is my first story.. so byk kekurangan.. tatabahasa dan pe...