Bab 62

2K 85 2
                                    


Johan menunggu Raisha yang belum selesai kerja. Dia duduk di dalam sebuah kafe yang tidak jauh daripada tempat Raisha bekerja. Sesekali dia akan melihat telefon bimbitnya. Dia ternanti pesanan ringkas daripada Raisha. Hatinya meronta untuk bertemu dengan Raisha. Meskipun rumah mereka hanyalah bersebelahan, tetapi Johan tetap sentiasa rindu akan Raisha.

"you!" sapa Raisha daripada belakang.

"hai! Lambatnya you!" rengek Johan.

"nak buat macam mana, tadi ada staff buat hal. Sebenarnya bukan staff yang buat hal. Customer tu buat hal." Raisha mengurut kepalanya. Berdenyut rasanya tiap kali ingat insiden tadi.

Seorang pelanggan yang bertindak kurang ajar terhadap staff dia. Raisha sebagai pengurus terpaksa berhadap dengan manusia begitu. Kenapalah ramai manusia yang suka salah gunakan istilah customer always right tu ye? Customer memang lah always right tetapi staff bukan hamba.

"dah.. chill kan diri you dulu. Then kita balik ye." Pujuk Johan.

"you tak balik rumah lagi ye?" sedar Raisha setelah melihat pakaian Johan. Johan masih mengenakan kemeja di badannya. Sah! Balik daripada bank terus ke sini.

Johan merupakan eksekutif kewangan di salah sebuah bank terkemuka di Malaysia.

Johan sekadar mengangguk perlahan.

"eih! Kenapa tak balik dulu?" soal Raisha.

"tadi ada banyak kerja, tu yang I terus ke sini." Jelas Johan.

Menjadi pegawai bank bukanlah tugas yang mudah. Pulang lewat adalah perkara yang biasa dilaluinya. Cuma sebelum kehadiran Raisha, dia tidak pernah terfikir untuk pulang awal. Setelah Raisha muncul dalam dirinya, dia sentiasa ingin pulang awal agar ada masa untuk bertemu dengan Raisha.

"laa. Yang you datang juga ke sini tu kenapa? You mesti penatkan. You ni kan. I boleh balik sendiri. Rumah belakang ni je pun!" getus Raisha.

"tak apalah, kan sekali jalan saja." Pujuk Johan.

"okey lah, jom order makanan. I lapar." Rengek Raisha penuh manja.

Raisha ni nampak saja ganas, tetapi clingy!

******

Danial Akmal dan Liyana keluar daripada kedai barang kemas. Teruja hati Liyana kerana apa yang dihajati telah dapat.

"okey, cincin checked! Sekarang I perlu fikir hantaran yang lain. I ingat esok I nak pergi pavi." Kata Liyanan dengan riang.

"you nak I temankan ke?" pelawa Danial Akmal.

"no need lah. You must be busy tomorrow, since you said you have a lot of scene."

"haah. Esok I banyak scene. Tapi you okey kan tanpa i?" risau juga Danial Akmal jika Liyana pergi sendiri.

"no need to worry! Im big enough!" Liyana cuba meyakinkan Danial Akmal.

"eh Akmal!" satu suara menyapa mereka.

"Raisha!" teruja Danial Akmal melihat sepupunya berada di hadapannya.

"Liyana, ni Raisha. Raisha, ni Liyana." Danial Akmal memperkenalkan mereka.

"hai, im Liyana." Sapa Liyana dengan penuh sopan.

"yes, I know you lah!" sempoi Raisha!

"Akmal ni Johan. Johan ni Akmal. Eh! Danny!" Raisha tersasul memperkenalkan Danial Akmal dengan nama panggilan Akmal.

Nama panggilan Akmal Cuma dipanggil sewaktu Danial Akmal berada di kampong bersama keluarga.

"nice to meet you, Johan." Danial Akmal dan Johan saling bersalaman antara satu sama lain.

"ni sepupu i." sekali lagi Raisha memperkenalkan Danial Akmal.

"oh I tak tahu pula you sepupu dengan artis. Patutlah susah I nak usyar you dulu." Usik Johan.

Johan ingat lagi waktu mula – mula mereka berkenalan, Raisha buat dek je weyh!

"ish you ni!" cubit manja Raisha.

"ehem!" Danial Akmal berdeham.

"ops sorry. Kau buat apa kat sini mal?" soal Raisha.

"oh sedang cari cincin tuning." Liyana menunjukkan beg kecil yang berada di tanggannya.

"wow cincin tunang!" teruja Raisha.

"nanti you datang tau majlis I. I nak you datang." Pelawa Liyana.

"eh, tunang je kan? I malu lah nak datang. Kalau majlis kahwin I nak lah pergi." Segan Raisha.

"eh.. no. no. no. you must go. Sebab you cousin Danny. So you must be there, okey?"

"okey. insyaAllah." Raisha senyum senget.

"okey lah aku dengan Liyana gerak dulu. Ada banyak benda nak settle ni." Danial Akmal membawa diri bersama Liyana.

Encik Crush, aku disini!Where stories live. Discover now