Bab 54

3.7K 181 4
                                    

Natalia Adawiyah menyiapkan diri. Mujur dia ada bawa sehelai dress labuh berwarna biru muda. Natalia Adawiyah menyikat rambutnya. Dia termenung seketika melihat cermin.

"Lia... "Tegur Raisha yang baru saja usai mandi setelah balik kerja.

Raisha sudah pun menyarung blouse kurta dan berseluar slack. Raisha mengeringkan rambutnya yang masih basah

Natalia Adawiyah masih lagi membisu.

"Hey, Lia! "Raisha segera menepuk belakang Natalia Adawiyah.

Natalia Adawiyah tersentak lalu menoleh ke arah Raisha yang badu saja ingin melabuhkan punggung di atas katil.

"Termenung apa tu Lia? "Soal Raisha.

Natalia Adawiyah kembali memandang ke arah cermin.

"Tak ada apalah, Sha. "Nafi Natalia Adawiyah.

"Ini mesti tentang Aira kan? "Raisha sibuk mengeringkan rambutnya.

Natalia Adawiyah memandang Raisha melalui cermin di hadapannya. Dia mengeluh.

"Sha.. "

"Nak tanya tentang Aira kan? "Raisha mengagak.

Natalia Adawiyah terus pergi ke arah Raisha dan duduk di sebelah Raisha.

"Okey.. Apa yang kau nak tahu tentang Aira? "Soal Raisha.

"Aira dan Aina seiras ke? Kenapa gambar gambar Aina aje yang ada dalam rumah ni. Aira mana? Ke ada cuma saya aje yang tak sedar? "Soal Natalia Adawiyah.

Raisha memandang tepat ke arah mata Natalia Adawiyah. Dia lihat gadis di depannya ini betul betul ingin tahu.

"Aira dan Aina kembar seiras. Aira ni lebih lasak berbanding Aina. Aina jenis lembut berbeza dengan Aira. Aira dan Aina sama sama bijak. Mereka ditawarkan SBP. Aina menolak kerana masalah kesihatan. Aina mempunyai sakit asma yang teruk, jadi keluarga mereka macam halanglah Aina ke SBP.

Tambahan pula, Aina dan Aira ditawarkan ke sekolah yang berbeza. Kalau Aina pergi, tiada siapa yang boleh pantau dia. Jadi Aira dan Aina terpisah sejak tingkatan satu." Jelas Raisha.

"Oh.. Seiras. "Natalia Adawiyah menganggukkan kepalanya.

"Tapi walaupun mereka seiras, Akmal tetap boleh bezakan. Ada satu hari tu, si Aira menyamarlah jadi Aina. Dia datanglah ke sini. Aku masa tu memang mati mati ingat dia Aina. "

"Lepas tu? Macam mana tahu tu Aira? "

"Akmal pun cakap jangan nak menyamar jadi Aina, saya tahu awak Aira bukan Aina. Aira pula mula mula pertahankan diri habis habisan. Memang Aira tiru sebiji macam Aina. Akmal katalah Aina lebih cantik. Lama juga mereka berdebat, akhirnya mengaku juga. "Raisha ketawa mengenang peristiwa itu.

Natalia sekadar membentukkan O dimulutnya.

Cantik.. Bijak.. Macam mana aku nak atasi Aina? Walaupun dia sudah tiada, tapi Danny tetap sayang dia. Aku ni dah lah tak cantik. Tak bijak pula tu. Mengeluh Natalia Adawiyah.

"Lia.. "Raisha memegang lembut peha Natalia Adawiyah.

"Jangan fikirkan sangat, okey? "Raisha memujuk Natalia Adawiyah.

Natalia Adawiyah sekadar menganggukkan kepalanya.

"Dah.. Aku nak siap siap. Kau keluarlah dulu, nanti bising pula pak cik tu. Dia kalau membebel. Hmm Masha Allah! "Raisha memegang kepalanya.

Natalia Adawiyah sekadar mengagukkan kepalanya. Dia sempat melihat cermin jika ada yang perlu di tambah.

Natalia Adawiyah keluar daripada bilik. Kelihatan Danial Akmal dan Raqeem sedang asyik menonton televisyen. Danial Akmal terus memandang ke arah Natalia Adawiyah.

Encik Crush, aku disini!Where stories live. Discover now