Bab 46

3.6K 168 3
                                    

"Amboi. Malam ni kau sedondon dengan Danny. "Tegur Hannah sambil tangannya sibuk mengemas.

Natalia Adawiyah yang sedang sibuk mengemas hanya tersenyum. Hari ini hampir semua menyatakan benda yang sama. Gosip tentang dia dan Danial Akmal telah pun tersebar meluas. Mereka juga turut diusik oleh cikgu cikgu memandangkan mereka memakai sedondon warna putih seperti mahu bernikah saja. Merah padam muka Natalia Adawiyah setiap kali diusik.

"Can I help you? "Rayyan tiba tiba saja menyampuk masuk.

"Haa bagus kau sampai. Nah ambil kain lap ni, lap meja ni. Aku nak hantar bekas bekas ni untuk dibasuh. "Hannah memberi Rayyan kain lap yang dia maksudkan. Hannah mengambil bekas bekas kotor itu.

Hannah beredar. Rayyan terus mengelap meja itu.

"You.. "Rayyan menegur Natalia Adawiyah.

"Kenapa? "Natalia Adawiyah mengangkat kepalanya.

"Why you pakai baju sedondon dengan Danny? Why you tak pakai sama dengan I? "Rajuk Rayyan.

Natalia Adawiyah tergelak kecil.

"Kami tak rancanglah. Lagipun awak tak janji pun nak pakai baju sama dengan saya. "Jawab Natalia Adawiyah.

Kami tak rancang? Pembetulan Natalia oi. Danial Akmal yang tak rancang. Kau ngan Diana sibuk rancang untuk sedondon tu apa dia.

"Kalau I tahu. I suruh you pakai baju hijau nacam I. "

Ya, malam itu Rayyan memakai baju hijau pucuk pisang.

"Kalau awak suruh pun, saya tak pakai. "

"Haa tengok tu. "Rayyan mula nak merajuk.

"Saya belum habis cakap. Saya bukan tak sudi. Tapi saya mana ada baju kurung warna hijau "kata Natalia Adawiyah.

Amboi Natalia. Pandai pujuk Rayyan. Natalia Adawiyah ni pun satu. Dah tahu Rayyan suka yang pergi layan tu wak gapo?! Okey terguna bahasa lain pula. Hoho.

"Tak apa. Kalau you tak ada, I boleh belikan. Bukan satu. Sepuluh pun I boleh bagi. "Rayyan menunjukkan kesepuluh jarinya.

"Amboi. Untuk Nat je? I? " Shima menyampuk.

"You? You minta kat Im. "Sengaja Rayyan mahu mengusik dengan menyebut nama Imran di hadapan Shima.

"Why Im pula? "Shima tersipu. Dia pura pura tidak faham.

"Eleh. Nak nafikanlah tu. I dah tahu dah lah you dengan Im tu pasangan bahagia. "

"Shhh.. "Shima cuba mendiamkan Rayyan.

"No need shh shh. Satu form six dah tahh dah pasal ni. "

Muka Shima merah padam bila diusik oleh Rayyan. Natalia Adawiyah tergelak kecil melihat muka Shima.

Telefon bimbit Natalia Adawiyah berbunyi. Tertera nombor yang tidam dikenali.

"Siapa? "Rayyan bertanya.

"Entah. "Natalia Adawiyah mengangkat bahunya.

"Tak payah angkatlah. Entah sesiapa lah nak kacau you malam malam ni. "

Natalia Adawiyah memandang Rayyan dan telefonnya bersilih ganti.

"Kalau penting macam mana? "Natalia Adawiyah serba salah.

"Kalau penting dia akan call lagi. "

Sekali lagi telefon Natalia Adawiyah berbunyi dan tertera nombor yang sama.

"Haa. Baru boleh angkat. "Terang Rayyan.

Segera Natalia Adawiyah mengangkatnya.

"Assalamualaikum. "

"Ya?  Siapa ni? "

"Oh. Kenapa? "

"Haaa?! Ye ke? "

"Danny? Haa okey. "

"Dekat hospital mana? "

"Okey. Nanti saya datang dengan Danny. Awak jangan nangis ye. Banyakkan berdoa. "

"Waalaikumsalam. "Natalia Adawiyah mematikan panggilan.

"Siapa? "Soal Rayyan.

Natalia Adawiyah tidak menjawab soalan Rayyan. Terus saja dia berlalu meninggalkan Rayyan.

Natalia Adawiyah terus berlari mendapatkan Danial Akmal.

"Danny! "Natalia Adawiyah memanggil Danial Akmal yang sedang sibuk mengangkat dulang yang baru saja di basuh.

Danial Akmal sedar yang Natalia Adawiyah kelihatan panik saat ini.

"Ada apa? "

"Ibu.. "

"Kenapa dengan ibu? "

"Ibu.. Dia.. Dia.. "Natalia Adawiyah semakin cemas.

"Awak. Slow slow. Cerita kenapa dengN ibu? "

"Ibu... Dia di hospital, sakit jantung. " Natalia Adawiyah tak mampu menyusun ayat dengan baik saat ini.

Hampir terduduk Danial Akmal dibuatnya.

"Awak.. "Natalia Adawiyah menyedarkan Danial Akmal.

"Awak. Awak balik dengan Rayyan ye. Saya nak ke hospital sekarang juga. "

"Tak. Saya nak ikut. "Bantah Natalia Adawiyah.

"Tak payahlah. Awak balik aje dengan Rayyan. "

"Please. Pleade allow me. "Pujuk Natalia Adawiyah.

"Fine! But make sure yang mama tahu. "

Natalia Adawiyah segera mengangguk kepalanya.

"Dah mari. "Terus Danial Akmal melangkah.

"Awak! Jap. "Natalia Adawiyah menghentikan langkah.

"Kenapa lagi? "Danial Akmal berdengus.

"Kena bagitahu cikgu dulu. Tak manis tinggalkan majlis begitu saja. "

Danial Akmal setuju dengan cadangan Natalia Adawiyah. Kelihatan cikgu Ruzi dan cikgu Hasim sedang rancak berborak. Danial Akmal terus saja menghampiri mereka. Natalia Adawiyah mengikut Danial Akmal daripada belakang.

"Cikgu.. Maafkan kami. Kami terpaksa pulang awal. Ada hal kecemasan di kampung. "Sipan saja bicara Danial Akmal.

"Dua orang sekali? "Soal cikgu Hasim kehairanan.

"Ye cikgu. Saya kena ikut Danny balik juga. Sekarang juga. "Jelas Natalia Adawiyah.

"Haa. Baikah. "Cikgu Ruzi memberi kebenaran pulang.

"Terima kasih cikgu. "Danial Akmal sempat menyalami kedua cikgu itu sebelum beredar.

Natalia Adawiyah hanya menundukkan badannya sedikit sebagai tanda hormat.

Natalia Adawiyah dan Danial Akmal terburu buru melangkah mendekati kereta.

"Heeyyy.. You nak ke mana? "Rayyan cuba menghalang langkah mereka.

Danial Akmal terus menolak ke tepi Rayyan. Dalam otak dia sekarang ini hanyalah ibu.

"Haa maaf Rayyan. Jumpa lagi. Bye. "Natalia Adawiyah sempat menunduk dan melambai ke arah Rayyan.

Rayyan terasa sakit hati diperlakukan sebegitu rupa. Dia mahu tahu ke mana mereka mahu pergi. Apa yang menyebabkan mereka terburu buru. Kalau ikutkan hatinya mahu saja dia mengekori mereka sekarang. Tetapi memandangkan dia sudah berjanji dengann Imran untuk mengemas semula kedudukan meja di dewan itu. Terus saja dia membatalkan niatnya.

Rayyan masih sakit hati lagi pabila mengingat dirinya ditolak oleh Danial Akmal.

"Tak apa. Hari ini hari kau. Esok lusa hari aku pulak. "Rayyan berdendam.

Encik Crush, aku disini!Where stories live. Discover now