Bab 61

2K 84 12
                                    


Natalia Adawiyah melangkah masuk ke pusat beli belah. Hari kerja jadi suasana pusat beli belah ini agak lengang. otaknya masih lagi berfikir sama ada mahu mengikuti rancangan Sofia ke Jepun atau tidak. Hatinya masih lagi bermain beribu perasaan.

Kakinya memasuki salah sebuah kedai. Tangannya membelek barang yang berada di situ. Matanya memandang ke arah barang tersebut tetapi fikirannya jauh melayang. Natalia Adawiyah berdesah. 

Dia melangkah keluar daripada kedai ini. Kakinya terus berjalan tanpa arah tuju. 

"Lia!" sapa seseorang daripada belakang.

Natalia Adawiyah terus memandang ke belakang. Dia kenal perempuan yang berhadapnya ini.

"Raisha!" Natalia Adawiyah menyapa dengan riang.

"buat apa di sini?" soal Natalia Adawiyah.

"kerja." jawab ringkas Raisya.

Natalia Adawiyah baru sedr akan baju yang dipakai oleh Raisha, baju seragam sebuah kedai yang ada di dalam pusat beli belah itu.

"kerja?" soal Natalia Adawiyah.

"haah. Aku dapat tawaran jadi manager kat sini. Gaji masyuk, aku sambar lah." terang Raisha.

"oh. Awak duduk di mana? Rumah Akmal?" 

"eh tak lah. Rumah Kak Dee. Kondo dia yang kat belakang ni." 

Diana memiliki rumah sendiri hadiah daripada Dato Ahmad.

"oh tinggal sekali lah dengan Kak Dee"

"tak juga"

"tak juga?" hairan Natalia Adawiyah.

"ikut kak Dee lah nak balik ke tak kondo tu. Tapi dia jarang balik kondo tu. Dia selalu duduk kat rumah papa dia. Lagi dekat. So aku tinggal seorang diri saja." jelas Raisha.

Natalia Adawiyah mengangguk faham. Lama benar dia tidak berbual bersama Diana semenjak Diana sibuk dengan kerja.

"tak takut ke duduk seorang diri?" tanya Natalia Adawiyah.

Raisha tergelak dengan soalan Natalia Adawiyah. Baginya soalan ini soalan yang tidak matang. Polosnya lah Lia ni. Patutlah Akmal suka.

Natalia Adawiyah kehairanan. Kenapa Raisya gelak? Salah soalan ke?

"nak takut apa? security 24 jam. InsyaAllah selamat." kata Raisya

"maksud saya, yang wuuuuu" kedua tangan Natalia Adawiyah diangkat paras dada. Jari jemarinya digerakkan.

"hantu ke?" Raisya sekali lagi ketawa.

aish tak sangka ini taste si Akmal! getus hatinya.

"mana ada hantu. InsyaAllah tak ada. Jiran - jiran ada. Jiran handsome - handsome." kening Raisha diangkat. teringat dia dengan jirannya yang merupakan teruna.

kacak bergaya. Kadang kala selalu juga jirannya itu mengajak minum kopi bersama. Raisya dan Helmy sudah lama putus, kerana Helmy bermain kayu tiga dengannya. Jadi, ini lah masa untuk Raisya mencari pengganti.

"ibu bagaimana sihat?" soal Natalia Adawiyah. Lama dia tidak bertanya khabar orang tua itu.

"alhamdulillah ibu makin sihat. Itu yang aku berani nak tinggalkan ibu."

"alhamdulillah. Nanti kirim salam kat ibu ye."

"insyaAllah. Kau dengan Akmal macam mana? Bila nak berlangsungnya?" soal Raisya.

"berlangsung apanya. Kan Akmal dengan Liyana. Tunggu lah kad jemputan daripada mereka." Natalia Adawiyah gelak untuk menghilangkan rasa kekok.

"Liyana?"

"haa Liyana Lukman. Satu Malaysia tahu mereka sedang hangat bercinta. Padanlah dua - dua nama besar. Kita ni beshe - beshe je." 

"Jadi betul lah haritu Kak Dee cakap."

"cakap apa?"

"tak. haritu aku terdengar yang Kak Dee borak di telefon. Aku tak jelas sangat dengar. Aku just dengar Kak Dee kata tahniah Liyana. Untung Danial dapat Liyana. Nanti kak Dee bawa Liyana ke butik ni ye. Tapi pastikan Liyana dan Danial free lah. haa itu yang aku dengar. Tapi aku tak tahu yang Liyana tu dan Danial tu siapa."

Natalia Adawiyah tergamam. Jantungnya bagai terhenti berdengup.

"mestilah Liyana tu Liyana Lukman. Danial tu pula Akmal. Kan dah ada gosip tu." Natalia Adawiyah cuba untuk senyum.

"gosip tu semua orang boleh reka." kata Raisya.


********

Danial Akmal duduk menghafal skrip. Mulutnya terkumat kamit.

"Hai Danny!" kata Liyana.

"hai Liyana. Apa you buat di sini? Hari ni tak ada scene you kan?" soal Danial Akmal.

"saja rindu" manja Liyana.

"you jangan lupa janji you. You ingat tak yang you janji nak ikut I pergi cari cincin." ingat Liyana.

"ye.. I tak lupalah. Habis shoot ni I terus ikut you." 

"yeay! Tak sabarnya nak kahwin!" teruja Liyana.

"eh.. tunang dulu." ingat Liyana kembali.

Danial Akmal hanya tersenyum melihat gelagat Liyana. Liyana yang dia kenal sejak sekolah sehinggalah sekarang, langsung tidak berubah. Masih manja. Tiada lelaki tidak cair dengan kemanjaan Liyana ini. Tetapi kadang kala Liyana ini bersifat agak nakal. Pening juga Danial Akmal dengan sikap Liyana ini.

"hey Danny, cepat pergi touch up." arah Lili, pembantu pengarah.

"okey." Jawab Danial Akmal.

"I pergi shoot dulu. Tinggal satu scene saja. I nak shoot betul - betul so I tak yah nak retake. Lagi cepat I habiskan ni, lagi cepat I boleh bawa You pergi cari cincin." Danial Akmal kenyitkan mata sebelahnya.

"okey baby boo."Manja Liyana.



*p/s: hai reader! mesti korang sedang panaskan sekarang ni? hahahaha. sabar! Ni Nana nak cakap, cerita ni nak ke penghujungnya. Lagi sikit je. Doakan Nana diberikan rezeki untuk menulis. Korang boleh komen lah kat bawah ni. Nak maki Danny pun boleh tau! Hahahaha.

Encik Crush, aku disini!Where stories live. Discover now