Bab 53

3.8K 175 13
                                        

Natalia Adawiyah keluar dari perut kereta. Begitu juga dengan ibu dan Danial Akmal. Raqeem masih terkial kial menyarung seliparnya. Memang acap kali dia menaiki kereta, dia akan membuka selipar atau kasut dan duduk bersila.

"Qeem.. Cepat sikit. "Tegur ibu.

Raqeem hampir selesai.

"Okey.. Dah siap! "Anak kecil ini keluar dari kereta itu.

Danial Akmal sempat menekan punat untuk mengunci kereta. Mereka terus melangkah.

"Qeem.. Pegang kak Lia sini. "Ajak Natalia Adwiyah.

Natalia Adawiyah tidak mahu anak kecil ini terlepas memandangkan suasana pasar ini agak sesak, macam macam perkara kemungkinan terjadi. Natalia Adawiyah mengambil langkah berjaga jaga dengan meminta Raqeem memegang tangannya meskipun umur Raqeem sudah 10 tahun.

Raqeem tidak membantah dengan arahan Natalia Adawiyah, dia segera memegang tangan Natalia Adawiyah.

Mereka berempat lalu di hadapan gerai menjual ayam goreng. Raqeem terus menarik tangan Natalia Adawiyah.

"Bu! Qeem nak ayam gunting! " pinta Raqeem.

"Semalamkan Raqeem dah beli. Lagipun Raqeem bukan habiskan pun. Minta je lebih. "Danial Akmal menghalang Raqeem.

Dahi Danial Akmal berkerut. Manakala Raqeem sudah menunduk, dia tak berani melawan kata kata Danial Akmal. Dia tahu jika dia lawan pasti teruk jadinya. Bukan dia tak kenal perangai Danial Akmal yang sangat tegas.

Natalia Adawiyah mengusap rambut Raqeem dengab lembut.

"Awak janganlah garang sangat dengan Raqeem. Dia budak lagi. Biasalah tu. "Marah Natalia Adawiyah.

"Qeem.. Nanti balik akak buatkan ayam gunting untuk Raqeem ye. "Pujuk Natalia Adawiyah.

Raqeem terus memandang ke arah Natalia Adawiyah. Senyumannya terus ke telinga.

"Betul ke kak? "

"Ya.. Betul. "

"Akak boleh buat ke? "Soal Raqeem lagi.

"InsyaAllah akak cuba. "

"Janganlah awak berjanji dengan budak kecil tu. Awak bukan tahu masak pun. "Perli Danial Akmal.

Lengan Danial Akmal di pukul lembut oleh ibu.

"Haish.. Apa cakap macam tu dengan Lia. Bagus niat Lia tu. Tak apa Lia, lia tak pandai masak tak apa. Nanti ibu ajarkan. "Kata ibu.

"Betul ni ibu? "Teruja Natalia Adawiyah.

"Ya."

"Terima kasih ibu! "

"Sama sama.. Ini ibu ajar untuk bakal menantu ibu juga. "Sengaja ibu menyakat.

Danial Akmal terus melangkah. Dia malas mahu masuk campur. Ibu tersenyum melihat anak saudaranya itu. Manakala Natalia Adawiyah sudah merah diusik.

Mereka terus melangkah. Mereka membeli sayur sayuran, bawang, ayam, ikan dan daging.

"Bu.. Raqeem haus. "Rengek Raqeem.

"Kita pergi beli air di gerai pak Fuadlah. "Cadangan Danial Akmal.

"Jom. "Ibu bersetuju.

Pak Fuad memang yerkenal dengan airnya yang enak dan segar. Dia telah berniaga di pasar sekitar kampung itu sekian lama.

Mereka tiba di gerai air pak Fuad yang hanya beberapa langkah daripada tempat mereka berdiri tadi.
"Fuad.. Bagi air milo satu. Lia dan Akmal nak air apa? "Kata ibu. Ibu tahu Raqeem hanya akan memesan air milo saja.

Encik Crush, aku disini!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang